Monday 23 January 2017

Makan

Sejak balik ke Malaysia dah hampir 5 tahun ni, aku dah perlahan-lahan sesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia. Minggu lepas, bini aku buat kerja lebih masa hari sabtu dan ahad, jadi aku sebagai ayah dan suami yang baik (...cheeeewaah..) jaga Amirah. Masuk tengahari, Amirah lapar nak makan tapi ada syarat, kena makan kat kedai tak nak bungkus.

Amirah:"kalau dengan ayah, kita makan kat kedai"
Aku:"Okay"
Amirah: "kalau ada ayah dengan umi, kita bungkus"

Aku terus terpikir, selama ni kami asyik makan di kedai. Kebetulan memang kedai depan rumah, cuma dah agak lama tak masak sampai Amirah pun kalau nak makan, minta ke kedai bukan minta masak makanan dia. 

Memang kat Malaysia ni terutamanya di bandar, masa habis di jalan raya sampai banyak benda nak buat jadi tak sempat. Sampai rumah jer badan dah penat, dalam otak nak rehat jer. Kesian kat Amirah.


Wednesday 4 January 2017

DUIT

Aku pernah dengar dalam seminar berkenaan DUIT ni. Katanya ramai orang nak cari pendapatan pasif (Passive Income) tapi sebelum mendapatkan pendapatan pasif, ada banyak langkah yang perlu seseorang tu kena buat. Speaker tu pun bagi 5 prinsip DUIT. 

(Speaker bagi 5 prinsip ni jer, tapi dia tak terangkan dengan terperinci sebab masa yang terhad)

1. CIPTA DUIT => kena dapatkan pendapatan aktif (Active Income) dulu sebab duit ini yang akan digunakan untuk digandakan menjadi pendapatan pasif.

2. URUS DUIT => kurang pasti kat sini duit tu kena urus camna. 

3. LINDUNG DUIT => ini supaya duit kita tidak hilang begitu sahaja. Jadi simpan la duit dalam bank dan tempat-tempat yang diyakini dapat lindungi duit kita.

4. AGIH DUIT => kena agih duit ikut perbelanjaan, simpanan, untuk anak isteri, dan sebagainya.

5. LABUR DUIT => kat sini la duit tu dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan pasif. Labur duit ni kita boleh labur sama ada dalam properties, saham, ataupun emas. AMARAN: jangan masuk skim cepat kaya, labur duit, goyang kaki, duit masuk tiap-tiap bulan tak buat apa-apa. Salah satu cara untuk kenal pasti skim cepat kaya, duit masuk tiap-tiap bulan dengan percent yang bank pun takkan bagi. 

Contoh: ASB bagi 8% setahun, skim cepat kaya bagi 10% SEBULAN. SEBULAN bukan SETAHUN. Kat situ pun nampak macam ada yang tak kena.

Tuesday 3 January 2017

Hari Pertama di Tadika

Update: Apparently, Amirah menangis masa tengahari sebab bosan takde TV. Belum pandai bermain dengan kawan lagi. Cuma bila tanya ada kawan tak, Amirah cakap ada kawan nama Adam, Anis dengan Zulaikha. 

Hari ni Amirah masuk sekolah tadika. Sebelum pegi sekolah ambik gambar dulu




Sekejap jer dah besar Amirah. Cepat sungguh la masa berjalan. Ayah dan Ummi doakan yang terbaik untuk Amirah. Semoga Amirah dapat ilmu dan keberkatan Cikgu yang mengajar. Dan Amirah mengamalkan ilmu yang Amirah pelajari.