Thursday 21 February 2019

Beijing, China: Travelling

Hari travel ke China telah tiba. Aku pergi berdua, dengan Amir. Dia incharge bahagian sales dan aku bahagian teknikal. Then sebelum pergi, communication dengan company representative pun Amir yang banyak communicate. Dia dah biasa jadi frontier. Aku kalau hal-hal communicate ni malas sikit sebab aku ni introvert. So kalau takde option baru la aku ke depan. Hahaha.

Bagus gak pegi berdua ni. Bukan tak boleh buat seorang tapi aku bila berdua ni takde la mati kutu. Lepas tu aku boleh fokus kat teknikal and Amir boleh fokus if the things can be sold in Malaysia. Kalau aku sorang jer yang pergi pastu sorang-sorang kena pikir sakit gak wei.


Travel ke China ni company tanggung. Flight ticket dengan hotel dorang yang cari. Kami tinggal pack barang, naik flight. Sampai sana tadah telinga, isi kat dalam kepada semua info, tanya mana yang tak paham pastu bawa balik semua info ke Malaysia then present ke CEO. Heh



Ambik gambar depan kapal Airasia
Aku jangkakan flight ni tak penuh. Sekali silap la. Penuh dengan pelancong China. Dorang ni memang berduit kot. Tapi yang peliknya dorang ni tapau makanan naik flight. Aku pun pelik bukan ke tak boleh bawa makanan naik flight. Sangka baik mungkin makanan dalam flight tak kena selera dorang kot. Tak pun sebab portion makanan dalam flight tu sikit. Portion makanan dorang memang besar lebih kurang sama dengan portion makanan orang USA.

Sampai jer kat Beijing dah jam 1 pagi. Ohh takde beza masa dengan Malaysia, so kalau jam 1 kat Beijing, jam 1 jugak la kat Malaysia. Pastu mencari orang yang pickup kami pun dekat sejam sebab tak kenal sapa yang representative hire untuk pickup kami. Dia ada tulis nama cuma tulisan Mandarin lagi besar dari tulisan alphabet. So memang tak nampak.

Depan hotel Jin Jiang kalau tak silap nama

Keluar jer dari airport, mak aaaaai...punya la sejuk. Tak sempat nak cek suhu. Dalam perjalanan nak ke hotel tu lebih kurang dalam jam 2 ke 3 pagi, aku perasan ada lagi orang buat food delivery, orang yang kutip kotak-kotak. Dalam fikiran aku, gila la dah la pagi, sejuk pulak tu. Tahan pulak dorang ni naik basikal, naik motor dalam sejuk-sejuk ni. Kalau naik kereta boleh tahan lagi sejuknya.

Sampai jer hotel dalam jam 3, terus tidur. Esoknya meeting start jam 2 pagi. 

Ok berhenti dulu. Bersambung lain kali

Saturday 9 February 2019

Singapore: Unplanned Travel

Ini semua bini aku punya kerja

Sempena cuti panjang Chinese New Year minggu lepas (2-6 Feb), bini aku cadang kat aku nak pegi Johor, rumah kakak dia kat Kluang. Niat asal tu sebenarnya dia nak pergi Batam. Aku pun tak tau la sapa punya idea nak pergi Batam ni. Aku dulu pernah pergi Batam tapi ikut bot dari Singapore, bukan dari Johor. Kalau dari Johor tak tau la pulak berapa jam nak ke Batam.

Lepas tu tak jadi pulak sebab ayah mentua aku tak nak pergi. Ayah mentua aku tak nak pergi tu sebab dia sedih dapat khabar kawan dia di Masjid Kampung Batu Belah meninggal. So dia macam tak berapa nak berjalan jauh-jauh ni. Jadi bila rancangan nak ke Batam cancel, bini aku pun suggest kita duduk jer la kat Kluang. Jalan-jalan sekitar Kluang.

Aku pun on jer la. Dah cuti panjang tak tau nak buat apa. Sekali dah sampai rumah kakak ipar aku, bini aku cakap,

"Jom bang, kita pergi Singapore!"

Aku pun terkejut, ni apahal nak gi Singapore pulak.

"Apsal tetiba nak pegi Singapore? Passport pun tak bawa, macamana nak pergi?"

"Ada bawa ni..."

"Kalau ada bawa passport, jomlah." balas aku. Hahaha

Aku pun dah lama tak pergi Singapore. Rasanya last pergi sebelum fly sambung study di Swiss. 

Jadi bermulalah kisah kami anak beranak plus ayah mentua aku dengan kakak ipar aku ber"adventure" ke Singapore.


















Thursday 7 February 2019

Beijing, China: Preparation

Trip to Beijing, China from 13-20 Jan 2019.

Basically, trip to China ni more or less agak tiba-tiba because aku tak expect kena pegi China awal tahun. Aku expect mungkin dalam pertengahan tahun bila cuaca kat China dah kurang sejuk dan ada preparation before pegi sana. Dari tahun lepas lagi CEO dah bagitahu cuma pada aku mestilah ada discussion before pergi, ada planning, apa nak buat, purpose nak ke sana etc. 

Then, rasanya dalam 2 minggu sebelum pergi kot, bos bagitahu kena pegi China, CEO baru jer bagi tahu dia. Aku pun terkejut then tanya,

"eh apsal awal sangat bos, tiba-tiba jer." 

Bos aku cakap, 

"CEO baru tahu kat China cuti panjang sebab tahun baru Cina. So dia tak nak tunggu sampai dorang abis cuti dan kita tak dapat buat apa-apa." 

Reaksi aku pulak time tu jadi, 

"adeh, banyak benda nak kena urus ni bos. Berapa lama kena pegi ni bos?"

Bos,

"seminggu, takkan pegi hari kot."

Aku pulak masa tu terfikir camna la anak bini aku nak kena tinggal seminggu ni. Anak pun baby lagi. Bini pulak tak pandai drive. Jadi stress la pulak tiba-tiba. Wahaha.

Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Bini kata takpa dia boleh handle. Aku plan nak bookingkan teksi untuk sewa seminggu. Bini aku taknak, dia nak pakai Grab takpun MyCar. Aku ok kan jer. Aku asik pikir time nak pergi kerja tu nak siapkan anak-anak, risau Amirah buat perangai liat bangun pagi. Tapi bini aku cerita ok la pulak time aku pegi China tu. Bangun pun awal, suruh mandi pun ok. Senang cerita tak buat perangai lah.

Preparation aku pulak nak pegi China ni kelam kabut. Cuma aku pikir nasib baik la aku pergi tak bawa family kalau tak lagi la pening macam pegi New Zealand hari tu. Dah la pegi tengah bulan time duit gaji dah banyak guna. Hahaha

Kena pulak bila CEO bagitau sekarang ni winter kat China. Aku pulak masa tu terlepas pandang sebab pernah duduk Swiss so apa sangat la winter kan. Sekali aku cek weather kat Beijing consistently dalam -1, jadi gelabah aku. Gila sejuk wei. Suhu paling tinggi pun 6C, paling rendah cecah la -9C. Aku pulak tak la heran sangat dengan sejuk tu cuma aku risau kulit jadi gatal-gatal sebab gatal-gatal kat belakang aku ni pun baru jer nak sembuh.

Memang macam-macam dugaan la nak pegi outstation ni. Tapi bila pikir-pikir balik bukan dugaan sebenarnya tapi lebih pada kerisauan yang tak patut-patut. Aku pun last-last tu malas nak pikir, langgar jer la. Janji selamat pegi dan balik. Bagitau doktor yang treat kulit aku, aku kena pegi China, dia prescibed ubat. Tukar duit RM ke Yuan RMB. Sib baik duit RM tinggi sikit banding Yuan RMB lebih kurang 1 Yuan RMB dalam 0.6 RM. Aku tukar pun asal ada duit nak guna untuk makan. Makan pun aku risau sebab aku takut susah nak cari makanan halal. Aku ni kalau makan bukan lah memilih sangat sebab dulu kat Swiss pun aku makan apa yang ada. Janji halal. Tapi tak larat la wei kalau nak mengadap makanan vegetarian jer. Kalau ada ikan ok dah pada aku.

Forbidden City
Alright aku sambung dalam posting lain.