Monday 12 September 2022

Umrah (3)

 Sedikit catatan dan gambar kenangan semasa di Masjid Nabawi, Madinah.

Dalam Masjid Nabawi, sekitar pukul 8 pagi, banyak kelas-kelas agama yang dibuat seperti dalam gambar. Aku tak tau kelas apa, tapi banyak la kelompok-kelompok kecil macam ni, samada mengaji atau mendengar syarahan

Arch dalam Masjid Nabawi

Ziarah Makam Rasulullah SAW dan sahabat nabi, Abu Bakar dan Umar

Perkuburan Baqi, taman syurga

Payung di sekitar Masjid Nabawi



Kiri-kanan hotel, di hadapan pintu masuk ke Masjid Nabawi


Sekitar Bukit Uhud

Masjid Quba dan telaga cincin

Kisahnya di telaga ni la cincin tanda seseorang tu khalifah pernah jatuh dan hilang dalam telaga tu. Tak ingat khalifah yang mana satu yang terjatuhkan cincin tanda ni. Jadi menjadi hiburan rombongan umrah, siapa jumpa cincin di telaga tu dia berhak claim jadi khalifah. Tapi ini cuma gurauan sesama jemaah umrah
Dalam Masjid Quba

Duduk berehat selepas subuh, menunggu payung dibuka di sekitar Masjid Nabawi

Telaga Iziq. 

Kisahnya telaga ni airnya tak dapat diminum kerana rasa air tu terlalu pahit, (ada yang kata masin). Rasulullah SAW telah meludah ke dalam telaga Iziq dan airnya boleh diminum selepas itu. Jadi sekarang ni ramai yang datang ambil air telaga ni untuk berubat. Kalau geng pak arab masuk, dorang terjun mandi berendam dalam telaga tu. Keberkesanan air telaga tu tak dapat dipastikan. Wallahualam.



Ziarah maqam Rasulullah SAW, dan sahabat Nabi, Abu Bakar dan Umar

Dalam ruangan Raudhah

Kawasan menunggu untuk masuk ke Raudhah

Untuk masuk ke Raudhah, perlu booking slot guna app. Jadi setiap orang berpeluang untuk masuk ke Raudah. Cuma masa limited dalam 15 minit sahaja. Bagi yang ikut mutawwif, berkemungkinan dapat masuk 2 kali minimum. Sekali pergi sendiri, sekali lagi pergi dengan mutawwif. Kalau berani boleh la cuba-cuba pujuk rayu dengan guard untuk dibenarkan  masuk. Mana tau ada rezeki. Aku alhamdulillah dapat pergi 3 kali. Yang puas masa pergi dengan mutawwif waktu pagi sebelum subuh. Lama aku duduk dalam Raudhah, tak kena halau masa tu. Puas solat sunat, minta keampunan, dan berdoa sampai tak sedar mengalir air mata. Memang rindu nak ke sini semula.


Sunday 11 September 2022

Umrah (2)

Hari kami sampai di Madinah, lebih kurang hampir ke tengah malam. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi urusan kami, dapat tinggal sebilik laki bini. Kalau ikutkan kami beli pakej 4 orang sebilik. Tapi sebab group kami 20 orang dan bila susun bilik dapat 2 bilik yang boleh duduk 2 orang sebilik. Mula-mula Ustaz mutawwif tu duduk sekali dalam bilik lelaki. Lepas tu dia cakap takpa dia duduk sebilik dengan kawan dia. Dia siap pesan kalau nak duduk sebilik laki bini boleh arrange sendiri la.

Kami pun arrange pindah sebilik laki bini. Mudah la sikit. Senang nak ke masjid sama-sama dengan bini. Takde la tunggu lama kat lobbi. Hotel kami pun tak jauh dari pintu masuk ke Masjid Nabawi. Berjalan kaki dalam 10-15 minit dan sampai pintu bahagian dalam Masjid (bukan kat luar).
Subuh di Masjid Nabawi

Sebenarnya perasan datang Masjid Nabawi dengan Masjidil Haram ni lain tau. Semua perasaan ada. Gembira, rindu, tersentuh hati, sedih, insaf, kagum, segala macam rasa yang tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. Cuma diri sendiri boleh rasa.


Ziarah sekitar Masjid Nabawi


Kubah Hijau tanda kawasan Raudah dan Maqam Nabi


Sekarang ni nak masuk Raudah tak berebut-rebut macam dulu. Kena booking slot kat apps, pastu datang time slot tu. Tunjuk kat guard slot yang kita booking. Pastu beratur tunggu giliran masuk. Kalau tak silap dapat la 15 minit dalam Raudah. Kalau nasib baik cuba beratur lagi masuk Raudah. Kadang-kadang guard tak cek pun booking slot tu. Kalau Malaysia selalunya dia bagi masuk


Solat sunat di Raudah ni pada aku jangan kelam kabut. Ambik masa tapi jangan lengah-lengah pulak. Feeling dia lain macam


Ambik gambar kenangan selepas keluar dari Raudah. Panas petang masa ni. 


Nanti aku sambung lagi..

Thursday 8 September 2022

Umrah (1)


Alhamdulillah, kami diberi keizinan dan kesempatan untuk menjalani ibadah Umrah. Sebenarnya nak pergi Umrah ni dah lama rancang, sebelum Aqilah lahir lagi. Lepas dapat tau bini aku mengandung Aqilah, aku fikir better tangguhkan dulu Umrah sebab bila buat Umrah ni, fizikal kena mantap sebab kita akan banyak bergerak.

Then satu hari tu bini aku cakap nak buat Umrah. Lagi sekarang ni dah takda sekatan lepas pandemik Covid. Aku pun ok kan. Mula-mula tu jadual asal sepatutnya pergi 31 Ogos. Tapi ditunda sebab tak dapat nak confirmkan tiket. Kami masa tu dah terpikir kalau tunda lama sangat kena cancel la. Bukan senang nak sesuaikan tarikh lagi-lagi anak-anak tak ikut. Kena susun elok-elok. Kebetulan time tu cuti sekolah. Nasib baik lah tunda pun tak lama, cuma cuti tu kena adjust sikit la.

Untuk aku, ni umrah yang kedua aku pergi. Umrah pertama dulu dengan family aku, masa tu bujang lagi. Bini aku kali pertama Umrah. Aku risau juga dengan bini aku sebenarnya sebelum pergi tu sebab sebelum pergi tu dia selalu mengadu sakit lutut. Macamana pun kena tawakal sebab bila pergi Umrah ni, semangat dia lagi macam. Ramai yang cerita, time kat sana langsung takde rasa sakit-sakit ni. Dah balik kampung baru la rasa sakit tu.

Alhamdulillah juga, pakej yang kami beli boleh kata paling murah pada masa tu dan berpatutan. Dapat la juga transit kat Oman tapi tak dapat nak keluar dari airport. Duduk la airport dekat 22 jam. Yang best dapat hotel percuma termasuk makan. Yang tak best pusing dalam terminal jer la. Tak boleh buat apa. 

Depan hotel dalam terminal airport Oman

Group Umrah kami tak ramai cuma 20 orang, 4 keluarga. 2 keluarga suami isteri (termasuk aku dan bini), lagi 2 keluarga bawa sekali anak-anak. Keluarga yang bawa anak-anak ni kedua-duanya dari Sarawak. Bagusnya bila tak ramai ni, senang sikit Ustaz mutawwif tu nak kawal. Kepatuhan pada masa pun tepat. Takde la menunggu lama. Bila dah janji sekian-sekian jam, takde yang lambat.

First day transit kat Oman tu takde benda nak cerita. Sebab duduk dalam terminal je. Ustaz mutawwif tu tak galakkan kami keluar sebab tak nak jadi masalah. Ceritanya pernah jadi jemaah yang nak berjalan-jalan masa transit keluar dari airport, hampir tertinggal flight sebab kena tipu dengan teksi. Tapi ustaz tu tak halang cuma kami kena pandai-pandai sendiri la kalau nak keluar airport. Nak mudahkan semua pihak, takda sorang pun keluar dari airport sebab taknak susahkan orang lain. 

Kami sampai Oman dah malam, Esok petang baru kami bertolak ke Madinah. So sambung next time..