Monday 3 December 2012

Tertipu

Aku nampak harga 17.90 kat tempat benda tu.
Time bayar tak perasan berapa harga benda tu.
Tapi total amount dah lebih 100.
Bila check resit harga sebenar benda tu 69.90. Eh dah kena tipu ni.
Aku tengok balik harga benda tu kat pricetag dia. Laaa bukan harga benda ni. Dia bagi free item worth 17.90.

HARAM. TERTIPU AKU

Tuesday 27 March 2012

CAMP12 and PerCom12


CAMP12. Malaysia punya conference. CAMP tu stand for CApaian Maklumat dan Pengurusan pengetahuan. Aku present paper kat sini. Dengan tak disangka, dapat Best Paper Award. Ni dah kali ke dua aku dapat best paper. Yang dulu, dapat kat CAMP gak, tapi tahun 2008. Although aku macam tak rasa apa-apa dapat best paper, kawan aku cakap literally, you got a best paper at the best IR conference in Malaysia, it is something. Dia cakap macam ni pasal aku cakap aku dapat sijil jer, tak dapat duit pun. Hahaha

PerCom12. Acronym for Pervasive Computing. Aku jadi volunteer. Niat asal tu nak attend for free. Tapi tak dapat. General chairs conference tu suggested aku jadi volunteer. Aku pasal nak attend for free jadi tak kisah. Tapi nama jer volunteer, aku tak tolong apa pun. Aku dok kat counter takde sapa suruh buat keje. Aku lari la masuk parallel session. Tapi dari pengamatan aku, half of apa yang aku dah buat tapi aku tak publish sebab aku pikir tak berapa okay nak publish, ramai participant publish benda yang hampir sama. So the conference is not that great but still not too bad. At least dapat la exchange ideas dengan orang yang bukan se-research area.

That was last 2 weeks activities. Participating and volunteering. So last week memang penat + jetleg tak hilang naik flight from Malaysia. Next 2 weeks dah easter. Sekejap jer masa berjalan. Easter ni pun belum ada plan. Mana nak pegi ek???

Wednesday 29 February 2012

Cerita Research 2

Part of the application dah siap. Nak kena try migrate code gi Android pulak. Pastu kena tengok kalau migrate code ni ambik masa ke tidak. Hopefully sekejap jer. Pening nak code kat iphone ni. Banyak sangat restriction.

Tengah aim buat 2 application. Satu calendar, satu activities pattern. Calendar hampir siap. Background jer belum buat. Dengan nak link ke web service. Kena tengok2 lagi paper pasal ni. Macam ada yang kurang.

Activity pattern dah buat separuh. Tapi blur lagi camne nak explain purpose application ni. Macam takde significant jer. Ni pun kena tengok2 paper orang lain. Mana tau dapat idea. Idea skrang ni just detect. Pas detect dah tak tau nak buat apa.

Cerita lain pulak. Cuaca kat sini dah okay. Dah start panas. Tak perasan pulak kalau2 pokok dah berbunga. Rasa macam belum. Laju jer masa bergerak. Macam tren kat dalam gambar atas.

Tuesday 21 February 2012

Cerita Research

Dah lama tak cerita pasal research. Kalau ikutkan banyak lagi benda tak buat. Basically, post ni as a remainder to myself. At least kalau time-time bosan tu tertengok balik post ni, mana tau dapat ilham ke apa.

Good news. Paper aku accepted. Hari tu aku re-use paper proposal yang aku present kat committee sini. Though the paper is not strong then the conference tu pun not popular, at least fabio cakap better than nothing. The important thing is your peers review your paper. Ok, even review pun tak brapa ok pasal takde komen pape. Dulu aku ada review paper. Pas submit, chair person ke apa jawatan dia tegur aku . Dia cakap put comment or do you thing this paper is too good that you don't have anything to comment.

Next 2-3 week. Aku kena buat experiment. Kena publish lagi. Publish paper bukan senang eehh. Lagi-lagi kalau takde result or experiment tak jadi. Kena programm keje aku tu untuk mini project. Calendar dengan activity. Hopefully dapat result yang ok. Then dapat siapkan within dateline.

Ohh lupa. Aku balik Malaysia lagi. Minggu ke 2 bulan 3. Balik seminggu. Jadi bujang seminggu..hahaha

Saturday 18 February 2012

Sibuk Tapi Sempat

Berjalan ke Venice. Lebih kepada ter-pergi Venice pasal tak rancang.

Bini aku teringin nak pegi Venice. Aku dah pernah sampai dah. Tapi sebab nak bawa bini, kami pilihlah time festival carnevale. Aku tak pernah tengok. Memang teringin nak gak festival carnevale kat Venice ni camne.

Perasmian..ada orang terbang2 tuu
Costume yang famous and synonyms dengan Venice


Sejuk wei Venice time ni..Siap turun snow lagi..hari nak balik tu baru la cuaca ok sikit. Tapi tetap gak sejuk. Lagoon kat Venice ni sampai ada ais batu. Tapi aku pulak tak ambik gambar. Time nampak tu tengah dalam trains. Tak sempat nak capai kamera.

Friday 3 February 2012

Flying Kick




Dah lama tak main snow..dah 2 tahun aku missed snow di Lugano ni..tahun 2009 aku balik Malaysia, tahun 2010 aku pegi India. Balik dari India, touchdown di Milan, snow baru jer habis turun. Tinggal bekas-bekas di jalan jer. Tahun ni ingatkan tak dapat gak main snow. Sekali lebat la pulak snow turun hari Sabtu lepas. Hari ni pun lebat gak cuma snownya tak besar. Kecik2 macam hujan tapi penuh snow kat jalan.

Thursday 26 January 2012

Pasang Angan-Angan

Baru lepas menonton Carling Cup semi final
Liverpool vs Man City. Result?? Seri 2-2, tapi Liverpool pegi final on aggregate 3-2.

Final Carling Cup tu bila?? 23 February, main kat Wembley.

Ni aku dah pasang niat ni.

JOM KE WEMBLEY!!!!

Friday 20 January 2012

Masuk Angin

penyakit masuk angin
hanya untuk orang asia
atau mungkin hanya untuk orang Malaysia dan Indonesia
hanya kerana mereka menggunakan istilah yang sama

masuk angin
dimana angin ni datang
masuk ke badan tak pernah bagi salam
bila nak keluar tak pernah diam-diam

masuk angin
masuk angin itu senang
keluarkan angin bergantung pada orang
entah apa penyebabnya
juga entah apa ubatnya

-----------------------------------------------

p/s: bini aku asik masuk angin jer. Aku jadi risau. Sapa-sapa ada petua camne nak kuarkan angin ni tolong la bagitau aku

Sunday 15 January 2012

Keep It Up..

Dah 4 hari sampai Lugano. Masih belum adapt dengan waktu tidur. Tidur awal, bangun pun awal. Yang tak best, petang jer rasa letih, mengantuk. Sekarang ni tengah paksa diri lawan jetlag.

Oooppss..balik Lugano tidak lagi solo. Return with new status. Taken but still available. Hahaha. Sapa-sapa berkenan sila jumpa agent aku. Nanti dia urus. Haha

Kerja masih belum jalan sepenuhnya. Tinggal lama, nak start balik, berkarat kepala. Tapi dah ada "org rumah" ni senang sikit. Masak, kemas, dia buat. Aku jer la yang tak start lagi kerjanya.

Sooo..officially blog ni akan sentiasa dikemaskini. Hari tu balik Mesia hampir 2 bulan tak sempat nak berblog. Nak browse facebook pun sekejap. Ada jer benda nak suruh buat.


Gambar tengah bersiap sambil testing camera