Thursday 24 September 2009

Lembaran dan Kerja

Salam

Lama tak update blog. Asik malas je nak tulis. Kengkadang tu ada rasa nak tulis tapi rasa macam tak significant pulak kalau di tulis. lol

Hari raya hari tu, sedih la sikit. First time beraya dengan orang putih ni. Dulu pernah beraya tak balik kampung tapi masih lagi ada kawan-kawan orang malaysia. Budaya dan makanan tu masih lagi sama jadi tidak la terasa jauh dari keluarga. Beraya dengan orang putih yang kita susah nak paham bahasa dorang ni, memang teringat dekat keluarga. Terpikir juga kalau masa-masa sebelum hari raya di malaysia, memang muka aku ni ada di bazaar ramadhan jalan masjid india tu. Macam-macam aku beli kalau di situ tapi di sini, alahaiii, satu belanja pun aku tak keluar. Memang jimat sungguh tapi memang tak terasa hari raya dah nak dekat.

First hari raya tu, takde ke mana-mana pun. Pegi rumah si ina makan nasi ayam. Ada bihun, nasi impit ngan kuih raya (biskut kacang je punnn). Pas tu balik tidur jap. Petangnye pegi rumah osman makan nasi tomato. Esoknya dah start buat keje balik..best kan raya aku.

Cerita pasal kerja (maksud kerja tu buat hal yang berkaitan ngan phd la..paham sendiri k) pulak. Setakat ni so far so good. Takde problem besar setakat ni. Bersyukur dulu dr.s suka marah2 aku pasal selalu mengelat. Skrang ni baru la sedar sikit, dengan fabio pun selalu sibuk ulang alik glasgow dengan lugano. So memang kami-kami phd student under dia ternanti2 kan bila dia balik. Semua berebut nak jumpa dia. Kalau dulu, dr.s yang panggil, takdenyer aku nak pegi jumpa. haha betul tak noris. (hanya aku dan noris je tau pasal dr.s ni)

Aku ada gambar masa pergi jungfrau dengan grindelwald ari tu. Baru ambik dari Osman. Tapi gambar raya aku tak ambik. Ada gak kat kamera Osman. Time ambik gambar dengan imam masjid ngan jemaah2 lain. Nanti lain kali aku minta gambar tu..tapi memang berkurun la kalau aku nak minta.

Ciao..ciao..bourna giornata