Monday 8 November 2021

Pindah Rumah

Bulan lepas bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.

Bini dapat info dah start kena masuk ofis bergilir-gilir. Lepas tu, rumah kami pun dah siap renovate. Aku bincang dengan bini dah alang-alang dia nak masuk ofis, baik pindah terus masuk rumah baru. Dekat dengan ofis dia pastu tak penat aku nak ulang-alik hantar ambik dia (bini aku tak pandai drive).

Nak pindah rumah ni nampak macam senang tapi nak mengemas tu, dia punya leceh lain macam. Lagi-lagi bila aku dah duduk lama kat rumah sewa dulu. Dekat 8 tahun juga duduk rumah sewa yang sama. Bila dah duduk lama ni, memang banyak la barang. Ntah dari mana barang ni, bila kemas baru la perasan banyak betul barang. Siap ada barang yang beli pakai sekejap pastu simpan. Then lupa ada barang tu. Hahaha  

Mengemas rumah sewa satu hal pastu nak mengemas masuk rumah baru pulak. Lagi-lagi dulu sewa rumah landed, dua tingkat, sekarang ni duduk apartment. Dari rumah besar ke rumah kecik. Lagi la leceh nak mengemas. Ni pun kalau ikutkan tak abis lagi mengemas kat rumah baru tapi buat sikit-sikit la. Masalah nanti bila salah sorang mengemas, nanti nak cari balik tak jumpa pula barang tu.

Setakat ni lebih kurang sebulan la juga dah duduk rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Masa duduk rumah sewa dulu, dekat 30 minit juga nak menghantar mengambil bini aku, sekarang ni dekat jer dalam 10 minit kalau tak banyak kereta. Cuma nak ke kedai runcit payah. Pastu nak cari makan pun tak senang macam duduk rumah sewa dulu. Makanan yang senang nak cari pun fast food tapi mana tahan makan hari-hari. 

Tapi tak tau la kan sebab sekarang ni aku kerja dari rumah. Kalau dah masuk ofis nanti lain la pulak ceritanya. Kena pulak ofis aku kat tengah-tengah KL. Nak drive, jem pastu parking mahal. Nak naik LRT tak check lagi timingnya. Aku berdoa semoga dipermudahkan.

Monday 20 September 2021

Cubaan berlari 5KM

Aku ada terjumpa satu youtube video pasal berlari. Video tu buat challenge untuk orang yang tak exercise untuk berlari 5 KM. Ni berlari non stop untuk 5 KM tau. Bukan completekan 5 KM jer.



Ntah macamana aku pun terinspire nak start lari 5 KM non stop. Kat description video tu ada bagi jadual training untuk capai 5 KM. Kalau tak jumpa boleh jer tengok kat gambar bawah ni tapi quality low la eh. 


Sekarang ni aku dah masuk Week 2. Week 1 mula-mula tu rasa lama lari 1 minit, skrang ni rasa sekejap jer. Tapi lepas lari 1 minit aku tak walk 90 seconds, aku try walk 60 seconds. Kadang-kadang rasa tak cukup 60 seconds walk tu untuk ambik nafas. Tapi aku paksa juga lepas 60 seconds walk, kena lari 60 seconds. Pernah juga aku try, lari 90 seconds (1 minit 30 saat) pastu walk 60 seconds. Rasa mcm boleh buat.

Sekarang ni aku nak fokus cubaan berlari 5 KM non stop ni. Pastu nanti baru pikirkan nak naikkan KM dan juga pace. Aku cuba untuk bagi update perkembangan larian aku ni.

Monday 13 September 2021

73

73 ni berat aku dalam beberapa minggu lepas. Sekarang ni dah turun jadi 71.55

Aku tengah berusaha untuk turunkan berat aku ke ideally 65. Bukan nak kurus sangat pun tapi nak sihat dan cergas. Takde la rasa lemau memanjang.

Petang-petang sementara work from home ni aku selalu jogging tapi lutut tak boleh nak bertahan. Kalau aku jogging 2 hari berturut-turut, lutut ni memang rasa sengal dan sakit. Pastu rehat la sehari. Kalau sakit sangat sampai 3 hari rehat baru jogging balik.

Aku ada baca dengan tengok youtube, runner suggest untuk alternate hari jogging tu. Kalau hari ni jogging, esoknya rest atau pun buat training lain. Aku tak jumpa lagi nak buat training apa selain jogging. Ada yang suggest buat recovery pakai foam roller. Untuk hilangkan sengal-sengal kat otot. Tapi cuma untuk otot. Untuk lutut tak boleh buat apa kecuali buat training untuk kuatkan lutut tu.

InsyaAllah aku akan selalu update journey kurangkan berat badan ni.

Vaksin Sinovac

Saja jer la letak kat sini..untuk kenangan.

Aku register vaksin 25 Mei 2021. Sebenarnya aku ni pun ragu-ragu jugak nak ambik vaksin sebab takut side effect. Lagi pun cepat sangat vaksin ni keluar. Tapi lepas kaji dan ada data bagitau peratusan orang yang kena side effect tu sangat kecil, aku pun tawakal. Register jer la. Kalau dah ditakdirkan jadi apa-apa, itu kehendak Allah. Yang penting aku dah berusaha dan bertawakal mencari kaedah pencegahan penyakit Covid19 ni.

Bila dah register tu, rasa macam lama pulak nak hospital nak panggil untuk vaksin. Bila dengar berita, baru tau rupanya Malaysia kekurangan bekalan vaksin. Jadi kena la tunggu sampai suppy vaksin ni dah ok. Aku pun dah tak berharap dapat kena panggil cepat. Sebab mesti lama lagi nak tunggu supply vaksin. Pastu mesti orang yang register dulu dari aku yang akan dapat appointment dulu. Tetiba dapat message yang aku dah dapat appointment vaksin 5 Julai 2021. Aik, tanya bini dia dapat message appointment vaksin tak? Dia kata tak dapat lagi.

Aku sembang dengan jiran aku. Dia cakap maybe dorang bagi appointment ikut umur dan kawasan. Sebab aku kena cucuk vaksin kat hospital swasta, bukan kat Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Jiran aku ni pun dapat appointment sehari selepas aku kat tempat sama. 

5 Julai tu aku pun pegi la cucuk vaksin. Dapat la vaksin sinovac. Sinovac ni dari pembacaan aku, pakai kaedah lama untuk cipta vaksin. Kaedah lama tu macam ni, vaksin ni pakai virus yang dilemahkan. Kalau vaksin lain pakai kaedah baru, kalau tak silap extract protein virus. Sebenarnya sama saja. Tujuan vaksin ni untuk tingkatkan imunisasi bukan ubat melawan sakit. Ada beza antara ubat dengan vaksin. Ubat untuk perawatan, vaksin pulak untuk pencegahan. 


Dah cucuk tu, first simptom aku dapat adalah letih dan mengantuk. Pastu pening kepala sampai rasa berat jer kepala. Tapi takde la muntah-muntah atau tak boleh bangun. Boleh kata mild jer la simptomnya. Dalam 3-4 hari juga la rasa tak sedap badan ni. Tapi tak demam pun. Aku ingatkan kena tunggu 1-2 bulan lepas first doss baru la cucuk second dose. Sekali 14 hari jer la. Second dose 26 Julai 2021. Lepas cucuk langsung takde simptom. Releks jer macam takde pape. Ramai orang kata effect second dose yang teruk sampai tak boleh bangun la effectnya. Sekarang ni dah full vaksin tapi mungkin akan ada booster shot tapi tak tau la bila. Kalau itu yang terbaik takpe la. Aku ok jer asalkan dapat mencegah. 




Thursday 19 August 2021

Counter Offer - Continue

Sambung lagi cerita counter offer ni..

Lepas dah agreed dengan offer company R, aku kena pulak resign dari company A. Sebenarnya susah juga nak resign dari company yang kita baru masuk tak sampai sebulan. Aku risau jadi bad impression kat company A ni jer. Iyer la baru masuk, pastu resign. Tak sempat nak kenal sangat dengan staf-staf company A ni pun. Yang aku kenal pun, new staffs yang join dari company lama aku masuk ke company A. Staff asal company A memang aku tak kenal sangat.

Tapi aku ni kira bernasib baik la juga sebab dalam contract company A tu stated dalam tempoh probation, each parties boleh terminate contract by giving one week notice. Then aku pun pikir aku tak breach contract and aku follow contract tu so aku pun bagi written one week notice for resignation. Hantar emel ke big bosses and direct superior. Pastu malas nak pikir dah. Aku pun masa tu pikir nak siapkan report yang dah assign kat aku before aku resign.

Esoknya, direct superior aku tanya napa nak resign. Aku direct jer la dapat better offer kat tempat lain. Big bosses pun tanya. Aku jawab direct jer. Aku pun bagitau dorang, company R ni aku dah reject banyak kali tapi still datang dengan improve offer. One of the big bosses siap nak counter offer lagi. Dia whatsapp tanya apa yang dia boleh offer supaya aku stay. Tapi aku reject awal-awal sebab aku tak nak pening kepala, hahaha. Nanti terperangkap lagi bila bagi figure dia boleh meet karang aku yang jadi serba salah. Aku cuma bagitau, aku dah tak dapat nak refuse offer company R. Dia pun paham dan respect decision aku. 

So at the end, aku serve notice seminggu. Siapkan report, siapkan presentation slide, masuk meeting dengan tuan punya contract, lepas tu ada la dalam 2-3 hari free tak buat apa-apa sebab kerja yang important dah siap. Tolong2 team member yang ada problem and tolong kemas, pasang server baru kat bilik server. Then sekarang ni, dah kerja kat company R. Mostly banyak masa kena study balik la sistem-sistem dorang ni for the time being. Kalau ada cerita2 menarik aku post la kat sini nanti.


Saturday 14 August 2021

Counter offer

Sambung balik cerita kerja..

Kalau tak silap aku dekat hujung minggu first week tu, company R yang aku reject tu call balik aku, minta aku reconsider decision aku reject offer dorang. Aku pun explain, aku dapat offer kerja lain, pakej pun lebih kurang sama pastu dekat dengan rumah. Orang HR tu faham tapi dia counter offer pulak. Dia tanya sekarang ni kena pegi office ke? Aku bagitau ya. Dia counter kalau accept offer company R, tak perlu gi office until further notice (sebabkan Covid dan PKP). Tapi sebab aku dah accept offer company A, aku malas dah nak pikir lagi. Aku reject lagi company R ni.

Then dalam awal minggu, HR company R ni call lagi kalau dia offer improve salary + work from home, adakah aku akan consider? Aku bagitau siap-siap, aku tak nak sebab aku dah accept offer company A.  HR company R ni dah sampai tahap merayu minta aku consider counter offer company R. Aku dah pelik tapi masa tu aku fikir, "eh biar la..bukan problem aku pun..aku dah reject kot". Pada aku, counter offer yang HR company R ni propose memang tak berbaloi pun. Sekali lagi aku reject company R ni. Then selang 2 hari kalau tak silap, technical manager company R ni pulak call.

Kali ni technical manager tu pulak counter offer. Aku reject jugak. Alasan aku, buat apa kerja stress-stress kalau pakej tu tak berbaloi. Tak lama lepas tu dia call lagi, kali ni dia cakap dia dah bincang dengan chairman (masa tu aku tak tau pun dia bincang dengan chairman sebab dia cuma sebut dato). Technical manager counter offer aku dengan tanya soalan aku nak pakej macamana? Aku minta masa untuk fikir sebab aku memang tak nak accept offer company R ni plus aku fikir sepatutnya company R ni kalau nak aku kerja dengan dorang, company R ni patutnya offer pakej yang aku takkan tolak awal-awal dulu.

Lepas tanya kawan-kawan, bincang dengan bini, pikir pros and cons, kawan aku pun ada bagi suggestion berapa gaji sepatutnya aku minta, aku pun bagilah figure yang aku nak sekali dengan pakej yang aku nak. Technical manager tu cuma cakap, "kalau kami boleh meet apa yang encik minta, harap encik jangan reject la." Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku pulak jadi gelabah. Aku cakap sebab tu la awal-awal lagi aku tak nak bagi figure sebab kalau dapat meet, aku pulak yang tersepit. Tapi aku pun masa bagi figure tu dah pikir takkan la dorang nak meet figure yang aku bagi tu sebab agak tinggi. 

Rasanya dalam 2-3 hari juga kot, technical manager tu call balik bagi tau company R setuju dengan apa yang aku minta. Ahhh sudah, aku pulak yang tersepit. Aku minta masa kat technical manager tu, balik bincang dengan bini. Bini pulak cakap ikut la aku nak pilih mana. Aku pun pikir-pikir balik, dah alang-alang kerja stress, better dapat pakej setimpal dengan stress. So aku pun agree dengan offer company R ni. Problemnya pulak nak resign dengan company A. 

Ni aku cerita kat post lain la eh..nantikan sambungan...


Wednesday 4 August 2021

Happy Birthday Azra' Aqilah

 


Happy Birthday anakku Aqilah yang ke 3 tahun. Tak terasa sekejap jer dah besar. Lagi-lagi sekarang ni musim Covid, tak dapat nak keluar rumah. Lagi la tak sedar anak membesar depan mata.

Dari tak pandai cakap, lambat duduk, berjalan pun lambat. Sekarang ni mulut petah. Tapi tak paham sangat apa Aqilah ni cakap sebab tak berbutir. Mungkin sebab kakak Amirah cakap laju, dia pun nak cakap laju.

Aqilah ni creative dan pandai main sendiri. Sebab selalu sangat mandi kolam, dah pandai menyelam dah. Tapi tengok handphone pun lama. Entah kenapa Aqilah ni kalau makan tak berapa ikut timing. Kalau dah minum susu, makan biskut jadi kenyang. Nasi tak nak makan. Kalau time dia lapar terus bagi nasi ok la. Kekadang kan tak sempat nak order atau masak. Kesian tengok dia lapar bagi jer la susu dengan biskut. Tapi lepas tu kenyang dah dia, tak nak makan nasi.

Cuma Aqilah ni tak pandai lagi ABC, atau kira 123. Sebab lama tak sekolah kot. Macam kakak dia dulu, umur 3 tahun dah boleh dah sikit-sikit. Ni pun masih lagi hisap jari. Bukan time nak tidur jer. Kadang-kadang time bosan hisap jari. Tambah lagi kalau rambut panjang suka tarik-tarik rambut depan. Kalau rambut dia pendek, dia cari rambut kakak. Hahaha. Lain anak lain tebiatnya. 

Ayah doakan anak-anak ayah jadi anak yang solehah, dengar kata, beradab, cerdik dan pintar, dan jadi anak yang membanggakan ayah dan umi. Amiin

Tuesday 3 August 2021

Tawaran Kerja

Bulan Mei aku pulun cari kerja.

Bulan Jun, alhamdulillah aku dah dapat offer kerja.

Dapat 2 offer, satu as Senior Technical Engineer satu lagi Senior System Analyst. 2 offer ni pakejnya lebih kurang sama in term of salary, medical benefits dengan cuti. Aku pulak yang pening kepala nak pilih yang satu. Pikir punya pikir, akhirnya aku pilih yang paling dekat dengan rumah. Kenapa? Umur dah macam aku ni, traveling pergi dan balik kerja ni boleh jadi satu sebab stress. Lagi pun masa tu terbazir macam tu jer sebab kena travel pergi balik kerja.

Lepas dah buat decision, aku informed dua-dua company, satu aku accept (company A), satu lagi aku reject (company R). Then dalam awal July aku dah start kerja kat company A. Macam biasa la, first week kerja, meeting with bosses, outline expectation, job scope etc, and start kerja seperti yang diarahkan. Everything went smooth kat tempat baru ni. 

Interview zaman sekarang

Paling kelakar, masuk jer report duty kerja setengah hari je. Sebab dapat berita ada vendor yang positif covid masuk building tu dalam 2 minggu sebelum aku report duty. Hari aku report duty tu, ada orang yang nak sanitize building. Tak sempat nak buat pape. Dorang datang sembur jer abis basah laptop. Pastu dorang bagi arahan, building kena tutup at least 24 jam. Haha. Baru masuk kerja terus dapat cuti sehari. Report duty hari Khamis, dapat cuti Jumaat, pastu hujung minggu. Memang best.

Tapi hari Jumaat tu aku datang juga office. Nak study overall kerja yang aku kena buat expecially report. Banyak report nak kena buat. Dah la dateline dekat. Aku ada masa dalam 10-12 hari jer untuk siapkan report-report tu from scratch. Masuk jer hari Isnin, kelam kabut aku siapkan report. Sempat juga aku bagitau superior aku, rasanya tak sempat tapi aku akan inform kemudian kalau masa tak cukup. Memang tak cukup masa. Nasib baik la dapat extend masa.

Dalam aku sibuk-sibuk nak siapkan report tu, company R yang aku reject offer kerja dorang, call aku balik. Minta aku reconsider decision aku...


Tuesday 27 July 2021

Cari Kerja

Kisahnya, kalau tak silap aku dalam awal bulan Mei, bos aku bagitahu semua staff di Data Center yang kontrak company sebagai vendor akan tamat pertengahan bulan Jun. Since staff kat data center ni boleh kata semuanya kontrak, bos advice untuk kami start cari kerja. Bos pun very transparent bagitahu yang company tak dapat nak serap semua staff data center ke HQ sebab memang takde project baru dan ongoing project pun dah ada orang.

Aku pun paham time covid ni bisnes agak payah juga nak survive. Tak boleh nak salahkan company juga. Dah memang takde projectkan. Sebenarnya aku memang berniat nak stay lama kat company ni cuma aku tak nak kerja kat data center. Kerja kat data center ni bukan tak best tapi otak jadi tepu, badan jadi lemau sebab tak jumpa orang lain selain kawan sekerja. Tapi tu lah dah tertulis rezeki aku sampai kat company ni sampai bulan Jun jer.

Since bos pun dah bagitau untuk cari kerja lain, aku pun start cari kerja dengan contact kawan-kawan, aktifkan balik linkedin. Alhamdulillah juga, kat linkendin tu ramai juga recruiters yang contact and message aku, minta cv. Kalau tak silap dekat 20 juga la yang contact aku. Ada juga yang aku apply. Aku pun lost count berapa banyak interview yang aku attend. Baiknya time covid ni, interview semuanya virtual. Tak payah nak pergi office interview tu. 

Cerita pasal interview ni, rata-rata akan buat 2 atau 3 steps interview. First interview tu biasanya interview pasal work experience, education, current project yang aku involved and soalan-soalan yang pada aku biasala dalam interview. Second steps selalunya berkenaan technical, since aku apply kerja technical. So ada buat live coding. Ada juga yang tak buat live, dia bagi soalan coding dengan timing lepas beberapa hari submit ke dorang. Ada yang buat dua-dua, dia bagi soalan, aku kena provide solution. Pastu baru dia invite untuk buat live coding. Step yang ke tiga, tak banyak company yang buat. Ada satu company ni, dia buat third steps untuk evaluate aku ni sesuai ke tidak kerja dengan company ni. Interview ni company panggil cultural fit. Maybe company ni pernah hire orang yang power technical tapi tak boleh nak adapt dengan company culture sebab tu dia buat third step ni.

Untuk live coding session, dari pengalaman aku, technical manager yang conduct. First time aku buat memang pressure juga la. Dah la lama tak buat coding. Tapi aku sempat la juga praktis coding. Aku praktis pun dengan soalan-soalan coding dari company-company lain yang minta submit solution tu. So aku memang tau yang interview dengan company-company awal memang takkan lepas punya bab technical coding tapi aku guna la opportunity tu untuk praktis. Dari pengalaman aku, bila live coding ni, dia lebih kepada thought process macamana nak selesaikan problem. Of course la dia tengok juga cara coding. Tapi aku be frank jer kalau aku lupa syntax sebab lama tak buat.

Start dari bulan Mei aku cari kerja, dalam pertengahan Jun tu aku dah dapat offer kerja. Alhamdulillah. Ada 2 offer yang aku dapat. Yang ni aku cerita kat post lain la pulak. 

Wednesday 21 July 2021

Kisah Sepanjang 3 Bulan Lepas

Yup. Banyak cerita yang nak diceritakan.


Aku list la dulu. Nanti aku boleh buat separate post for each list. Untuk aku baca semula pada 3-4 tahun akan datang.

a) Aku busy cari kerja. Sebab my contract for current jobs almost due. And my boss informed us (ramai juga kami masa ni) to start finding new job.

b) Aku busy interview kerja. Alhamdulillah, banyak juga aku pegi interview. Mudahnya time covid ni semua interview buat online. Yang tak bestnya, wifi laptop aku selalu disconnected. Problem dengan driver.

c) Busy dengan renovation rumah. Ingatkan sempat la nak masuk rumah baru. Sekali announced PKP, renovation tak boleh buat kerja. Bersabar jer la nak buat macamana.

d) Vaksin. Dapat vaksin boleh kata terkejut juga la. Sebab aku expect lambat lagi. Even daftar vaksin pun kalau tak silap bulan 5. 

e) Kisah trading. Ni banyak benda aku nak cerita tapi tak nak la pulak blog ni jadi kisah trader. Tapi tu la trading ni syok cuma yang tak syoknya dah banyak kali loss ni. Bila fikir-fikir balik rasa macam tak berbaloi pulak trading ni. Hahaha

f) First time dalam hidup aku, company counter offer. Padahal aku dah decline offer dorang 3 kali. Fuhhh

Tu jer la dulu kot. InsyaAllah lepas ni ada la lagi kisah-kisah yang aku nak tulis. Cuma priority nak post pasal kisah-kisah kat atas ni dulu.

Monday 26 April 2021

Happy Birthday To Me

Aku tak sempat nak buat posting ngam-ngam time birthday aku. Biasalah sekarang ni malas len macam. Aku kena ubah habit, kena buka laptop time malam untuk update blog, takpun baca ebook.

Well, tahun ni birthday aku yang ke 41. Tua dah ni dah masuk 4 series. Kalau tak ingat umur sendiri terasa macam masih 30-an jer. Bila pikir-pikir balik, dah tua ni. Lagi-lagi bila teringat ada saudara-mara yang seumur dengan aku ada yang dah meninggal. Huuu len macam rasa tu. 

Tapi syukur alhamdulillah, kesihatan aku baik, kerja ok, duit cukup tak la kaya tapi tak la miskin. Boleh lagi makan minum kat luar bawa family. Cukup dengan seadanya.

Aku cuma bermohon pada Allah agar rezekiku dan keluargaku dipermudahkan dan diberkati, punya kesihatan yang baik, punya keluarga yang harmoni, amalan-amalan yang diterima dan keampunan dosa sempena harijadi aku ni.

Rambut dah panjang, lagi ketara uban

Simpan untuk kenangan rambut panjang sebab covid


 

Monday 15 March 2021

Sekolah dah Mula

Kakak dah start sekolah. Taska adik tak buka lagi. Ni sebab lama duduk rumah tak boleh nak berpisah dengan kakak. Jadi adik pun mengikut la hantar kakak ke sekolah. Nasib baik la sekolah dekat. Nak hantar adik balik pun sekejap jer. 

Adik dah macam stail makcik-makcik nak pegi pasar pagi. Pastu bila beli barang kena minta diskaun hehehe ^_^ 

Semua nak color matching. Sampai botol susu pun nak sama color. Sib baik la beg kat rumah takda yang sama warna.

Kakak steady jer nak masuk sekolah. Dah jadi senior kat sekolah. Even baru darjah 2..hihi

 

Habit Scroll Video

Ntah la bila aku dapat habit tengok video kat facebook ni.

Benda ni sangat-sangat la buang masa. Kadang-kadang tu aku saja buka video sebab tak mengantuk. Tapi bila dah start, tak sedar dah 2-3 jam spend tengok video kat facebook tu.

Video yang aku tengok tu pun selalunya yang engineering, bola, sampai la video mengarut lawak-lawak bodoh. Bila dah sedar benda ni buang masa kadang-kadang terpikir gak. Apa aku dapat tengok video-video ni?? Mostly video aku tengok tu tak berguna untuk aku pun. Just untuk entertainment.

Masalahnya benda bila dah jadi habit susah nak buang. Kena force diri. Kalau tak memang melekat la habit yang tak berapa elok ni. Sekali sekala takpa la. Ni boleh kata tiap-tiap malam kot. 

Sekarang ni aku tengah cuba buang habit ni dengan create habit baru. Habit baru aku ajar anak aku matematik start dari jam 9 sampai jam 10.30. Pastu anak aku tidur, aku start study chart. Sekarang ni modal tengah sangkut. Tapi takpa study dulu dari aku buang masa tengok video-video tu. Kadang-kadang ada juga video yang best tapi tak selalu keluar. Aku pun bukan search. Just follow suggestion by fb bila tengok video ni.

Ni belum lagi cerita wall feed fb. Aku jadi pelik pulak sekarang ni semua orang nak tonjolkan diri kat alam maya. Maybe sebab aku dah tua kot sebab aku tak paham kenapa nak kejar like dan share unless kalau orang tu berniaga lain cerita. Dapat like dengan share ni boleh dapat income ke dari fb. Kalau jadi influencer tu lain sebab income bila dapat jadi duta produk. 

Ke sebab aku dah tua tak dapat nak hadam??

Thursday 28 January 2021

Cerita Trading Lagi

Dah lama tak cerita pasal trading.

Kalau tak silap dalam akhir bulan 11 atau awal bulan 12 aku start trade real account. Nak implement apa yang aku dah praktis. Aku ada buat post kat sini cerita pasal apa yang aku praktiskan.

Ceritanya masa awal-awal trade real account tu, aku dapat profit. Tapi lama-lama teknik tu tak berapa nak menjadi. Rugi lebih banyak dari untung. Sampai tahap aku rasa macam ada tak kena dengan teknik ni. Ini perasan aku la. Bila aku kaji balik kenapa ada perasaan begitu then aku buat kesimpulan. 

1. EMOSI. 

Ini paling susah nak kawal. Bila dah profit, aku fikir teknik jadi. Lepas ni kalau entry mesti profit sebab guna teknik sama. Padahal tak semestinya. Kena ingat market bukan kita punya. Lepas tu bila rugi. Mesti akan ada rasa nak revenge trade. Last-last rugi lagi. Sangat susah nak bertenang dan control emosi ni. Patutla nasihat otai-otai bila dah rugi atau profit kena stop trade sekejap. Tenangkan minda. Sebab kita ni akan teringat trading yang dah lepas jadi kita akan jadi either excited or moody. Jadi kononnya trade dengan teknik tapi sebenarnya dah langgar setup.

2. TRADE FATIGUE. 

Ini aku sendiri cuba dan tested. Selalunya kalau aku entry satu atau dua layer sahaja, aku lebih tenang dan fokus. Tapi kalau aku entry banyak layer, aku jadi kelam kabut. Tak tau kenapa, maybe aku belum cukup teror dengan entry layer-layer ni.

3. LUPA TEKNIK. 

Sebab pernah jadi la aku buat kesimpulan ni. Trading ni sabtu, ahad market tutup. Bila 2 hari berehat, boleh lupa trading teknik. Sampai aku tertanya hari tu camne aku boleh profit?? 

4. DONT LOSE MONEY.

 Kalau dah profit, asingkan profit tu. Kalau dah rugi, jangan sampai abis duit. Pastikan sentiasa ada duit untuk trade. Kalau duit abis, macamana nak trade? Pastu trade yang rugi tu boleh recover balik kalau ada duit untuk trade.

5. BALIK KE BASIC. 

Bila dah rasa sesat atau trade asik tak jadi, balik semula ke basic teknik. Trend, support dan resistant. Marked support resistant. Pecah support, tunggu retrace dan setup, sell. Pecah resistant, tunggu retrace dan setup, buy. Follow trend.

Ni hasil pemerhatian aku la. Maybe tak applied kat orang lain. Bila aku tengok balik trade history aku, semua yang aku list ni jadi penyebab aku rugi dalam trade. Lagi-lagi bila tertengok video kat youtube berkenaan teknik trading. Video tu mempengaruhi trading teknik yang asal. Sudahnya tak jadi apa.

Sekarang ni baru aku paham bila ada otai-otai kata trading ni bukan untuk semua orang. Umpama macam memancing. Tak semua orang boleh tahan. Trading ni macam memancing. Kita tau tempat tu lubuk tapi tak semestinya dapat ikan. Sama macam trade. Kadang-kadang terlepas setup, tak sabar nak tunggu setup dan kejar setup. Ni balik pada emosi. Kalau tak stabil memang payah la.

Orait. Len kali aku post lagi pasal trading. Ni cuma cebisan pengalaman aku. Untuk rujukan aku bila aku perlukan nasihat di masa depan. EH.

Thursday 14 January 2021

Rancangan TV

Sejak Covid ni, aku perasan kat TV dah takde cerita. Semua channel sama. Tak kira la RTM ke, TV3 ke, Astro ke, sama jer semua ulang balik tayang cerita. Kalau ada cerita baru pun drama pukul 7 TV3 yang aku memang tak layan. Tak kuasa nak layan cerita berbelit-belit. Berbelit kira ok lagi tapi tak tahan bila cerita tu macam tonjolkan sisi kurang ajar lebih banyak dari sisi kebaikan. Kalau ada kebaikan pun tak jelas dan kena fikir. Kalau anak-anak tengok, mudah dorang ni ikut benda-benda yang tak elok tu.

Aku ni selalu layan movie kat tv. Hari Selasa kat TV2, movie english, kalau kat TV3 hari Jumaat. Kadang-kadang layan jugak la hindustan hari Rabu. Sejak PKP ni, rasanya rancangan TV pun tak ikut jadual. Kadang-kadang jer ada movie english. Pelik pulak aku. Bukan ke selalunya dorang ulang tayang jer cerita lama. Aku suka layan movie kat tv ni best sebab ada iklan. So boleh berenti jap minum air. Kalau anak meragam pun boleh layan jap anak. Kalau tengok movie kat laptop, nak pause sekejap tu jadi tak best. Potong stim orang kata. Kalau kat tv takpa sebab tak boleh nak control. Hahaha

Pastu sekarang ni semua channel asik buat rancangan pertandingan nyanyi. Macam la Malaysia ni tak cukup penyanyi. Suara biasa-biasa jer kot. Hahaha. Takde pulak dorang ni nak buat rancangan cipta lagu ke, cipta lirik ke. At least lain la dari yang lain.

Yang jual barang kat tv ni lagi la aku menyampah. Dah ada slot khas untuk dorang jual barang. Kalau dulu iklan jer. Skang ni full slot 1 jam jual barang. Dah macam pegi tengok orang jual barang kat pasar malam. Bayangkan on TV nak hiburan, tapi kena suap dengan rancangan jual barang. Macam kena paksa dengar orang direct selling promote borang. Nak lari kemana pun tak boleh.

No wonder la skrang ni orang layan streaming, youtube, tiktok. Sebab content kat tv pun dah macam hampeh. Aku pun skrang ni on tv sebab tak nak sunyi jer. Tak tengok pun tv tu. Ni pun anak asik tengok channel kartun. Aku pun nak tak nak terpaksa layan kartun. Janji ada hiburan

Thursday 7 January 2021

Happy New Year 2021

New Year yang paling rare sebab Covid. Tak pegi mana-mana, takde konsert kat tv. Duduk rumah sepanjang hari. Rest sampai dah tak tau nak buat apa. Nak berjalan pun risau sebab covid ni.

Sempat juga la gi tengok rumah kami yang baru siap tu. Dapat kunci beberapa hari lepas. Hujung minggu tu tengok rumah, bawa anak-anak sekali. Sambil-sambil pikir lepas ni kena buat apa untuk rumah tu, nak beli apa, nak renovate apa. Nasib baik la ada juga kontraktor buat showhouse. So abis masa cari idea nak design rumah camne. Ni nanti aku try la update apa yang aku dan bini aku nak buat kat rumah kami ni.

Untuk tahun baru ni, aku harap aku jadi rajin untuk menulis semula. Bila tak menulis ni, lama-lama jadi makin malas. Yang ruginya aku sebab tak dapat imbau balik kenangan. Tak pun aku tak dapat nak cari balik perkara-perkara yang aku dah pernah buat. Menulis ni untuk aku simpan rekod. Macam sekarang ni semua solution step database aku tulis. Senang aku nak rujuk semula. Lagi-lagi aku perasan, problem pada database ni selalu berulang. Jadi bila aku tulis, aku senang cari balik solution tu.

Covid ni aku harap semoga reda jangkitannya. Paling tidak pun terkawal. Sekarang ni hari-hari angka jangkitan baru dalam seribu ke atas. Jangkitan baru dalam 2000 tu dah macam biasa. Orang ramai pun macam dah lali. Semua dah macam tak ambik peduli. Tambahan pulak orang politik asik nak bercakar jer nak buat pilihanraya cepat sebab kerajaan sekarang ni majoriti tipis. Start naik angka jangkitan baru ni pun sebab pilihanraya negeri Sabah hari tu sebab orang politik sibuk berkempen jumpa orang merata. Sampai ke sudah tak surut-surut angka tu. Politik ni sampai orang dah muak nak dengar berita.

Harap-harap vaksin covid yang dah dicipta tu mampu mengawal covid ni. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat la menghindari diri dan keluarga terutama anak-anak. Tak dapat bayang camne budak kecil kena masuk hospital pastu takde keluarga yang teman. Kalau dah besar ni ada juga la benda boleh buat, paling tidak pun main handphone. Kalau budak kecik umur tak sampai 5-6 tahun, apa lagi yang dorang boleh buat kecuali bermain. Sebab tu la aku berdoa semoga covid ni dapat dikawal. Paling tidak pun, harap-harap dengan vaksin covid ni kita tak la terlalu risau pasal anak-anak.

Duduk rumah jer la belajar makeup