Friday 26 August 2011

ter.botak.kan.kepala.

Ni tak tau la kisah sedih ke kisah lawak. Pada sapa-sapa yang tak tau, aku selama duduk di lugano ni, selalu menggunting rambut sendiri. Self-service kata orang. Kenapa aku gunting rambut sendiri? Pasal aku rasa tak berbaloi pegi gunting rambut kat kedai pasal mahal sangat dia charge sekepala. Paling murah pun 15 chf. Pada orang macam aku yang selalu gunting rambut kat kedai india masa kat malaysia, memang tak berbaloi bayar 15 chf semata-mata nak trim rambut. Aku bukan nak gunting rambut bergaya fesyen terkini.

Maka tersebut la kisah yang terjadi petang Khamis tadi. Aku menggunting rambut aku sendiri pakai mesin yang boleh letak extended "kepala". Ada "kepala" 1 sampai la "kepala" 8 kalau tak silap. Aku selalu gunting rambut pakai "kepala" 4. Kira yang sedang-sedang saja la pendek rambut tu lepas dah gunting. Kalau ikut mark kat "kepala" 4 tu, benda ni potong rambut sampai setengah inci.

Sooooo..aku pun start gunting rambut. Dari belakang ke belah tepi kiri, pastu belah tepi kanan. Bila dah gunting tu aku puas hati. Skrang ni tinggal rambut belah atas nak kena rodok dengan mesin gunting rambut ni. Sekali rodok, ok. Dua kali rodok, ok. Setelah berkali-kali aku rodok rambut aku, tetiba "kepala" 4 tu terlepas dari mesin gunting rambut. Terus zaaaapppp mesin kat tangan aku tu rodok rambut aku kat tengah. Depan pulak tu. Aku tengok cermin. Alamak tak dapat nak save dah. Memang tak dapat nak save.

Last-last, aku rodok gak la rambut sampai botak. HUHUHU. Dah tak hensem dah nak berhari raya. Rasa macam hipster pun ada gak. Rasanya last yang aku ingat aku botakkan kepala time sekolah menengah. Sekarang ni dah complete dah stail rambut aku duduk kat oversea. Mula-mula dulu simpan panjang, sekarang ni dah botak. Cukup satu cycle.

PS: gambar nanti aku upload. Aku upload gambar aku simpan rambut panjang, rambut tak brapa nak kemas, rambut kemas, dengan rambut botak. Tengah nak cari lagi gambar-gambar ni.

Monday 22 August 2011

Meeting with my SV

Rasanya aku tak pernah tulis pasal meeting dengan SV aku, fabio. Hari ni tergerak nak tulis sikit meeting hari ni. Basically dia ingatkan tinggal setahun jer lagi masa untuk siapkan phd. Kalau nak ditambah lagi setahun selepas dah minta extend setahun pun bole kata fabio. Tapi dia cakap directly, you're in trouble.

So apa benda yang kami bincang? next presentation pasal proposal dengan next experiment. Proposal tu dah hampir nak siap. Dalam 2 hari ni aku jangka siap. Cuma nak kena bagi orang lain baca gak. At least ada orang tolong tgk2 kan grammar berterabur tu.

Next experiment sebenarnya aku dah plan lama dah. Cuma aku tersibuk sampai terdelay experiment ni pasal proposal tu. Lagipun amat la susah nak shift dari programming ke writing. So aku pikir next week dah start programming balik. Pastu bole la pikir pasal benda lain pulak.

OK guys..doakan benda aku plan ni success k..

Sunday 21 August 2011

Lagu Raya #2


aku pun tak tau apsal aku suka dengar lagu raya ni..
berulang-ulang aku dengar time masak berbuka..



mungkin pasal ada suasana riuh rendah..
ada suara budak-budak riang ria..
ada suara perempuan yang berbual..
ada pembayang ayah tengah buat apa..
emak tengah buat apa..
sampai lupa menantu pulang..
abang buat apa..
nenek buat apa..
keadaan atuk camna..

semua ada dalam lagu ni..
memang terasa meriah walaupun aku duduk sorang kat sini..

Wednesday 17 August 2011

Busker

Ni gambar busker sebulan lepas..
Kat Lugano ni time summer memang ada macam-macam sampai aktiviti sampai 1 august..
Salah satu aktivitinya busking atau street performance...









busking yg aku tengok hari tu mmg entertaining..dalam sehari tu ada banyak buskers tapi organizer letak buskers ni tempat berbeza..


note: teka-teki post lepas noris dah dapat jawab..klu nak tau jawapan teka-teki tu tgk la kat comment post lepas.

Tuesday 16 August 2011

Lagu Raya

kalau korang semua perasan..
dalam lagu raya..
mesti ada lirik..
air mata mengalir, kampung halaman, ayah dan ibu..
pastu rentak mesti slow..


klu lagu macam tu bukan lagu raya la kan..


lagu raya jamil hamid baru la raya




ok aku bagi teka teki pasal lagu raya..


dalam banyak-banyak lagu raya..
lagu raya yang satu ni langsung tak sebut pasal raya..
tapi orang selalu kaitkan dengan raya..
apakah tajuk lagu itu??

Saturday 13 August 2011

Takde Tajuk


Gambar lama..malas nak letak di Facebook. Saja letak kat sini pasal gambar ni tak brapa jadi. Susah gak nak ambik gambar macro. Tangan nak kena steady. Pastu kena sabar tengok keliling cari angle yang cantik. Gambar ni aku ambik di Parco Ciani, nama park di Lugano.

Monday 8 August 2011

Apa nama burung???

Rumah aku ni, ok bukan rumah, studio apartment, boleh cakap dekat la dengan Cimetero Lugano atau dalam bahasa melayunya kawasan perkuburan kat Lugano. Cimetero ni kalau ikut agakan aku lah, jauhnya mungkin dalam 500meter dari rumah aku. Memang la tak nampak cimetero ni dari rumah aku pasal ada bangunan-bangunan lain yang hadang. Kalau macam rumah si osman dulu, cimetero ni sebelah rumah dia jer.

Apsal aku cerita pasal cimetero ni??? Macam ni, dulu mak aku ada cakap pasal burung yang selalu ada dekat cimetero. Cuma aku tak ingat burung apa. Mak aku cakap kat mesia pun burung ni memang sikap dia selalu ada di kawasan kubur. Masa family aku datang sini lah mak aku ada tersebut pasal burung ni. Burung ni pagi2 time subuh selalu berbunyi. Aku sepanjang duduk sini ingatkan bunyi gagak ke apa. Tapi mak aku yang bagitau bukan gagak.

Sekarang ni aku nak tau nama burung tu. Kalau kat mesia dia panggil apa eh??? Tetiba datang niat nak tau pasal baru kejap tadi aku dengar burung tu berbunyi kat luar. Kalau korang tau bagitau la aku eh.

Sunday 7 August 2011

Sahur

Sahur di Mesia dgn luar negeri ni banyak bezanya. Kalau di Mesia, tak sahur pun takpa. Kalau di rumah, makanan banyak. Kat sini, tak sanggup tak sahur, dah la summer, siang panjang weeeehhh. Selalunya aku sahur makan makanan yang aku makan time sungkai (berbuka). Masak lebih sikit time sungkai tu. Sahur panaskan balik. Tapi aku malas masak nasi lebih. Selalunya makan dengan roti jer la. Sambil makan teringat kat sahur kat Mesia. Sedihhhhhh.

Kat Mesia dulu masa duduk sorang2. Sahur kat kedai. Ada jer kedai buka jam 4-5 pagi. Nak makan apa order jer. Kat sini aku sorang jer la yang masih berjaga. Bila tengok ke luar, semua rumah gelap gelita. Bilik aku ni jer la yang terang benderang. Pastu pasal malam pendek, aku selalunya berjaga sampai ke subuh. Lepas subuh baru tido. Bangun jam 12. Paling lewat pun jam 2.

Puasa dan sahur sorang-sorang ni sangat la tak best. Lagi-lagi bila takda orang melayu kat sini. Langsung tak meriah. Sedih sorang-sorang. Gembira pun sorang-sorang. Tak tau la raya nanti camne. Yang pasti aku jer melayu yang raya sorang-sorang kat sini. Rasanya kena plan trip kot time raya. Sedihhhhh