Wednesday 24 December 2008

Luzern and Bern, Switzerland

Minggu lepas kami sume (aku, Azlina, Osman and wife, Siti dan anak dia, Husna) pegi ke Bern. Kami pegi sana pasal Embassy Malaysia panggil students untuk sesi kenal2 mcm tu la. So event tu dorang buat hari minggu, jadi kami pun gerak hari sabtu, and tinggal semalam kat sana. Pagi sabtu tu kami gerak dalam jam 9 dan singgah sekejap kat Luzern.

So gambar2 kat atas tu dalam perjalanan ke Luzern. Since rail train ni lalu celah2 gunung, Osman and family dia sume pening, termasuk la Husna yg umur 3++ tahun. Aku sorang jer yang tak tidur time tu, so sebab tak wat pape aku pun ambik la gambar2 dari dalam train.

Kat Luzern kami detour jap dalam 3 jam. Gambar kat atas tu kat tempat monumen singa, wajib tgk klu sampai kat Luzern. Kat sini jumpa la orang m'sia yang dah lama tinggal kat Luzern. Mcm biase la, ambik contact number dorg, mana la tau klu2 ada hari sampai balik kat Luzern ni. Then dalam jam 2, kami pun gerak gi Bern. So ada la dalam sejam lagi perjalanan naik train. Tapi rail dia dah elok dah takder la kona kiri, kona kanan..hehe klu nak mabuk free sila la naik train dari Lugano ke Luzern.

Since kami sampai dah dekat nak maghrib, pas check in kat hotel, kami pun jejalan la kat sekitar Bern. Since sini malam kedai sume dah tutup, and weather dia pun lagi sejuk dari Lugano, kami jalan2 jer la tgk2 lampu Xmas. Gambar kat atas tu gambar depan bangunan parlimen Switzerland. So the next day, kami kuar awal dalam jam 8.30, jejalan lagi tgk bandar Bern.

So kuar2 hotel jer, takde keje lain ambik gambar..haha. Gambar clock kat atas tu, adalah tempat di mana Bern diasaskan. And kawasan kat situ dah pun diwartakan sebagai World Heritage (yang macam kat Penang tu). So kat situ mmg kedai2 dalam bangunan yang dah berkurun. So kami pun jalan lagi sambil ambik gambar..hehe

So hari tu kejenye jalan2 sambil ambik2 gambar. Then dalam pkul 12 kitaorg pun gerak gi Embassy tapi aku lupa plak nak ambik gambar bangunan embassy tu. Embassy tu dekat jer dengan old town Bern. Time kitaorg sampai tu dah ramai dah org kat situ. Aku plak igtkan student dari swiss jer yang datang tapi dia panggil gak student dari France ngan German. Embassy bgtau dorg nih masih kena report kat Embassy Malaysia kat Swiss. Kiranya dalam dorg ni dalam kawasan jajahan Embassy Malaysia kat Swiss la kot.

Kat tengah2 tu Duta Malaysia kat Bern ni. And datuk ni peramah jugak orangnya. Aku pulak banyak sembang2 ngan wakil Malaysia Tourism kat sini tapi dia based kat Frankfurt (betul ke eja nih) German. Dia pun baik gak. Rupe ada iras Syed Hamid Albar...haha then nama dia pun Syed gak tapi Syed Yahya laa. Kira kembar nama la. Baiknyer dia nih, siap jemput tido rumah klu sampai gi Frankfurt. And gambar last skali aku nak letak gambar si Husna..asik2 gambar kita org jer ek..mana aci mcm nih..hehe

Si Husna nih umur jer 3++ tahun tapi belum fasih bercakap. Kalau dia bercakap pun bahasa italy jer yang kuar pastu campur2 sikit ngan melayu..haha..payah nak paham aper dia cakap...klu nak air dia ckp aqua..kalau dia boring nyanyi lagi italy sama lagu merdeka..haha..mmg kelakar tgk si Husna nih. So itu jer la trip g Bern tapi singgah sekejap kat Luzern. So next trip tak tau lagi ke mana..aku klu rasa boring2 kat sini mungkin pegi Milan kot since dekat jer dalam 1 jam setengah naik train. Sapa2 nak tgk gambar2 lain aku upload nanti kat dalam facebook. Taip jer nama aku pasti dapat punya aku pun facebook. Ok ciao ciao.

Tuesday 9 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Rasanya ramai orang akan pakai tajuk ini untuk post yang dekat2 dengan raya korban. Kat sini aku beraya dengan cuaca sejuk..huhu..sungguh tak best sampai bibir pun nak pecah2. Kat sini pas sembahyang raya takder pulak dorang buat korban. Lepas sembahyang tu ramai berkumpul sesama dorg untuk sembang2. Ada yang g minum kat kedai (sini panggil bar) untuk sarapan kot.Aku ngan geng mesia yg lain pegi rumah azlina..dia buat makan2 yang simple sambil kitaorg bersembang pasal next trip. Tu jer la hari raya aku kat sini. Balik dari rumah azlina pun dah pukul 3.30pm. Maghrib pkul 4.20 lebih kurang..so mmg takder buat aktiviti pape laa


aah gambar pun lupa nak ambik..aku lupa nak bawa kamera ngan bateri hdpon aku kong setelah call mak aku ngan awek aku..hehe


Tapi ader gambar len pulak..gambar grafiti paling lawa aku pernah tgk..mcm iklan nike pun ada...

side tepi..side tengah sikit..mcm tak center la pulak ek


Tuesday 2 December 2008

Circus, Snow and Florence

Ok ok dah lama tak update. Minggu lepas ader sarkas show kat area rumah aku. Aku tak tau ader sarkas nih, time aku nak pegi beli groceries la aku ternampak khemah2 sarkas nih. So aku pun pegi la tgk dari luar...tiket dia 20chf paling murah..huhu tak jadi la nak tgk. Jadi ambik gambar dari luar jer la.

Hari jumaat lepas, snow turun kat sini. Best jugak tgk snow turun. Lebat pulak tu. Tapi nasib baik suhu tak turun mendadak, at least masih ok la tak sejuk sgt. Takder la aku menggigil kat luar tu. Pasal ini first time tgk snow, mmg kena ambik gambar...hehehe

seronok gak bila snow turun, sume jadi putih. Tapi satu jer tak best, kasut basah..maksud aku kat dalam kasut basah..ntah dari mana air tu masuk..mmg tak best bila berjalan. Rimas jer rase.
Then petang jumaat tu aku pegi Florence, Italy. Naik train dekat 5 jam, dekat pkul 12 mlm baru sampai Florence pasal aku transit jap kat Milan. Ape ade kat Florence? Market macam pasar malam kat M'sia..hehe..being tipical Malaysian, aku mmg suke tgk market dia. Mcm2 barang jual terutamanya barang kulit. So tgk la gambar2 nih ek..


So mmg experiences yang menarik jalan2 kat Florence nih. Tengok bangunan dia berukir penuh seni, mmg cantik sgt. Then kebanyakan bangunan dorg nih dah berkurun2 duduk kat situ. Ada yang dari zaman Roman ngan Medieval lagi..then satu yg menarik kat sini kebanyakannye pandai ckp english tak mcm kat Lugano..I wonder why???

Tuesday 18 November 2008

swiss miniature

Sabtu lepas pegi swiss miniature, model2 bandar2 swiss dalam skala kecil. Hari tu cuaca pun ok, cerah, tak sejuk sgt. Aku pun bersemangat la jugak nak tengok ape yang best kat tempat nih. Tapi Osman ckp kat aku tak best sgt kecik jer tempatnyer. Tapi dah alang2 duduk Lugano nih takkan la tak nak pegi kan semata2 org ckp tak best. Kite tgk dulu gambar2 nya..















Ini kat depan pintu masuk..kena letak muke aku la ek pasal ader la orang tu nak tengok..
















Ini kat dalam swiss miniature tu, tak la besar sgt pun kawasannyer, lebih kurang separuh padang bola..

















Bangunan ni skala bangunan parlimen switzerland kat bern, kalau tak silap. Kawan aku cakap mcm kat putrajaya pulak stail bangunannyer...btul ker??
















ini aku tak ingat, church ker castle..korang rase aper ek??




















yang ni aku ambik kat luar swiss miniature. Ade tasik kat situ, mmg releks la klu nak baca buke ker, study ker, atau saje nak lepak2. Aku suke tgk pokok kat blakang tu, mcm akar dia kat atas, pasal takder daun kat situ. Klu tgk dekat2 mmg nampak mcm akar.




















Kat sini, swan ngan itik dia begitu mesra skali, tak takut kat orang. Tapi nak pegang pandai pulak dia lari kecuali klu bagi makan. Lupe plak, anjing sini pun mesra gak..hehehe

Sunday 9 November 2008

Asia Market

Salam..terase malas nak taip, so just letak gambar jer la ek..gambar kat asia market

tanda asia market

pintu masuk kat tepi tu

kat dalam tu jual la macam2 barang kebanyakannya dari thailand..ada jugak barang buatan malaysia..so bole klu makan makanan ala kat malaysia



Sunday 2 November 2008

Campus 2

Disebabkan hari tu aku letak gambar campus tapi dipenuhi oleh muke aku (ader orang tak puas hati..hehehe), jadi aku post la lagi gambar campus USI ni dah kawasan persekitarannya. USI ni campus dia kecik jer, takder pagar dan open 24/7. Bole masuk asalkan ader student pas dengan stricted access. Stricted access ni macam ni, macam aku, aku cume bole masuk kawasan bangunan faculty of informatic jer dan tak bole masuk bangunan pentadbiran USI. Kad dia lebih kuran same mcm kad staf UPM tapi takde la rosak selalu mcm barrier gate fakulti tu..hehehe. OK banyak pulak cerita, kasi tengok gambar dah ler ek.

Campus USI dari side depan bangunan pentadbiran

Ader tulisan penuh USI tu aper, tapi aku pun tak tau building ni building aper

Lorong yang terbuke kepada sesiape saje yang nak lalu, siap bole bawa pets (anjing) lagi dalam kawasan campus

Tu ader anjing tu, korang tak percaye, memang bole bawa anjing

Siap ader arca lagi USI ni

Campus daripada belakang, yang sebelah kanan tu la faculty of informatics, aku duduk tingkat atas skali. Sebelah kiri, gambar dia ader kat bawah, building utk kelas dorg panggil red building. BTW, building faculty aku dorg panggil black building.

Sunday 26 October 2008

Monte Bre

Soooooo, hari sabtu lepas, dengan tanpa disangka2 dan takder plan2, aku bersama2 Osman (blajar ambik master in finance), Siti (bini osman, pun blaja gak ambik master in finance) dan Husna (anak osman, baru 3 thn umurnyer). Aku ni time tu baru jer pas shopping barang2 nak makan utk mlm ngan esok since sini ahad sume kedai tutup. So, dalam perjalanan tu mmg lalu rumah si Osman ni, jd aku pun menyinggah la kejap. Kebetulan dorg ni pulak satu family nak pegi Monte Bre, jd aku dengan cepatnyer ckp, "Jom la pegi skali." Hehehe... So begitula cetanyer camner aku bole terpegi Monte Bre ni..kite tgk gambar la dulu ek...

Ini gambar kaki Gunung Bre tu...sebelum nak naik funicolare

Masih kat pintu masuk kat kaki gunung Bre tu, tgh nak naik la nih

Ini la laluan funicolare tu, ala2 train mcm kat Bukit Bendera, tapi Osman ckp train nih lagi laju, aku tak tau la aku tak penah pegi Bukit Bendera

Sepanjang perjalanan mendaki Monte Bre nih, banyak la permandangan yang menakjubkan yang amat2 jarang aku dapat lihat sepanjang hidup aku nih. Monte Bre nih takder la tinggi sangat, tapi pemandangan dia..Masya-Allah...terase mcm berader kat atas puncak dunia...dengan satu side nampak bandar Lugano, satu side lagi nampak kawasan pergunungan Alps kot, aku tak pasti..yang pasti mmg cantik permandangan hari tu..so kite tgk gambar lagi..

Bawah tu, bandar lugano..atas tu gunung2 sekeliling lugano..

dah sampai puncak bre..so ader lagi laluan klu nak hiking atau bike riding..ikut jer arah tu

tak nampak lak muke osman ngan anak dia si husna nih..jauh gak kitaorg berjalan tu nak dekat 1/2 jam, penat la jugak...gambar aku ambik pakai camera kat hdpon cikai aku nih jer..tapi dari pada takder gambar..ok la jugak kan gambar tuuuuu..:D

Time ni dah penat giler dah nih...aku balik2 rumah terus tido, 3 jam pas tu baru sedar..2 pun pasal lapar, klu tak haram nak bangun. So aku pun bangun dan masak la sikit utk alas perut..so tu jer la perjalanan ke Monte Bre..Insya Allah klu ader perjalanan lain aku letak la gambar kat sini k