Friday 15 January 2016

Meeting Business Idea

Rabu lepas, aku dan A gi meeting dengan BC berkenaan dengan bisnes idea A yang aku pernah bagi hint kat post dulu.

My impression terhadap A adalah dia tak pernah buat bisnes dan dia amat selesa dengan kerja dia sekarang (akademik). Masa aku dan A berbincang pasal bisnes ni, aku perasan A needs to change his mentality. Sebab A nak bisnes tapi takut orang curi idea dia. Bisnes ni is about menjual. Nak menjual kena la cerita kelebihan produk kita. Tapi kalau takut produk kita ditiru sebab kita cerita pasal produk kita, sampai bila kita boleh nak jual produk.

Kita ni bukan jual barang makanan. Kalau barang makanan lain la.

Aku punya impression tu mempengaruhi aku. Aku cakap kat BC, A ni tak pernah bisnes. Mentaliti dia kena tukar. BC noted dan dia cakap dia try la to input seberapa banyak yang boleh so A can slowly think about it.

Meeting hari tu, A start cerita berkenaan idea dia. A tunjuk demo kat BC. A points out apa problem dia cuba tackle, why dia buat idea ni, and initial customer segment dan sebagainya.

BC gives a good points. BC cakap idea ni ada potensi untuk dijual. The approach is different from current available product. The bisnes idea ada added value and different to other product.

Point lain BC bagi is customer segment. Different customer segment, lainlah financial forecast and marketing approach. Kemudian BC suggest we need to do validation, and tengok mana punya customer segment gives more money tapi at the same time kurangkan kos overhead.

BC punya suggestion ni aku dah biasa buat. Aku cuma nak tengok reaksi A. Syukur, A agreed dan dia nampak the logic of BC punya suggestion. Dan A tak sebut pun pasal investment kat BC.

Next what we should do on this idea is to apply for funding, thinks about product name and doing the validation process. The key here kalau idea tu gempak sekali pun, tapi takda sapa nak beli, bisnes tetap rugi.

Doakan supaya aku dapat jadikan bisnes startup ni berjaya.



Thursday 14 January 2016

Happy Birthday Amirah



Happy Birthday Amirah. Sekarang dah 3 tahun. Bukan 4 tahun. Sekejap jer dah besar.

Amirah dah pandai minta air sedap (air vitagen), air upin ipin ngan air buah (air jelly perisa buah). Balik keje jer minta air manis ni. Tak elok la asik minum air manis jer Amirah

Amirah dah pandai sikit-sikit kayuh basikal. Tak lama lagi expert la tu. Penat la ayah nak kejar Amirah.

Amirah dah boleh tolong ayah ngan umi. Tolong masukkan kain dalam bakul. Tolong kemas mainan. Tolong buka/tutup tv. Tolong onkan kipas.

Amirah pun dah pandai menyapu. Kira lulus la walaupun yang disapu tu tak bersih.

Amirah dah start belajar nyanyi lagu ABC. Tapi takde bunyi. Yang ayah dengar bunyi huruf hujung-hujung jer.

Amirah dah pandai kira 123. Tapi no 5 selalu tak sebut. 1234 pastu jadi 6. Tak tau 5 hilang ke mana.

Sekarang ni Amirah kena belajar tidur sendiri. Tak nak la nenen-nenen lagi. Kesian umi letih tidur tak betul.

Semoga Amirah jadi anak yang solehah, dengar cakap ayah dengan umi, pemurah hati, anak yang baik, sihat, cergas dan cerdas.


Monday 11 January 2016

Seminar Trading Secret

Hari Sabtu lepas, 9/11/2016, aku menghadirkan diri ke Seminar Trading Secret. Seminar ni berkenaan pelaburan saham. Disebabkan aku nak mula melabur dalam saham aku register and kumpul sebanyak mungkin maklumat untuk persediaan diri.

Seminar ni diadakan di Kuala Lumpur, speaker dia is well known figure dan aku rasa dia ni kira expert la dalam dunia saham, ekonomi dan analisis kewangan. Orangnya sempoi dan yang paling penting, dia cuba menyampaikan ilmu saham dengan bahasa yang mudah dan senang untuk audien faham. Oh nama speaker tu Dato Dr. Nasri Khan (DDNK). So kalau google nama ni mesti jumpa since reputation dia quite good.

Banyak benda yang aku belajar dalam seminar ni. The best thing pasal seminar ni adalah audien yang boleh dikatakan above average dalam saham. So kebanyakan dorang ni dah pernah berdagang. So soalan-soalan yang audien tanya adalah soalan yang advance dan directly relevan kepada yang memang nak trade. Soalan-soalan basic tu ada, tapi tidaklah basic sangat.

Since kebanyakkan audien dah advance, DDNK pun banyak buka secret trading saham. However it is worth to note, 90% of trader akan rugi. Kuncinya adalah disiplin. Dan trade tak boleh ikut nafsu dan perasaan. Kena ada indikator-indikator yang jelas. DDNK juga menyarankan untuk cari saham-saham yang boleh homerun which is difficult. Kalau senang dah lama orang lain kaya kan.

Overall, seminar ni best. Sangat rekomen kepada orang yang nak tahu pasal saham. Tapi kena prepare sikit dengan baca pasal asas-asas saham. So takde la terpinga-pinga masuk kat seminar. Advance kelas pun ada tapi yurannya sangat-sangat mahal. Sapa yang mampu sila la register ke advance kelas. 

Aku sekarang ni masih lagi mengumpul sebanyak mungkin ilmu sebelum mula trade. Bila aku dah yakin insyaAllah aku dapat mengurangkan risiko rugi. Thanks to DDNK dan syukur kepada Allah yang menggerakkan aku untuk hadir ke seminar ini.


Wednesday 6 January 2016

Bisnes Idea

UPDATE: aku dah set appointment dengan BC minggu depan. A kata free. We see how it will works.

Ada sorang kawan aku ni. Aku namakan dia sebagai A. A approach aku nak JV buat bisnes. 

A terangkan kat aku berkenaan idea dia. Aku dengar idea A and decide idea A ni ada potential and boleh jual. So A minta aku carikan funder atau dalam kata lain angel investor. Aku bagitau A, angel investor di Malaysia ni tak macam di luar negeri. Angel investor kat Malaysia tak invest on idea. Dorang invest on bisnes.

A tak dapat tangkap apa yang aku cakap. Dan dia still insist untuk aku cari angel investor. Aku cuma cakap aku cuba la cari tapi aku tak jamin kalau angel investor ni berminat.

Aku cuba untuk setkan appointment untuk A jumpa sorang business coach, BC. Tapi A macam tak nak jumpa BC sebab risaukan idea dia dicuri. Errrr, kalau BC tu nak curi idea rasanya idea aku dulu kot BC akan curi since aku dah kenal lama dengan BC.

Tapi takpe, nak buat bisnes ni bukan mudah. Hopefully aku dapat maneuver keadaan ni. Lagipun aku kena cuba gak convince kan si A ni untuk jumpa BC. BC may not an angel investor tapi at least BC boleh tolong kembangkan idea tu or kalau dia nampak loophole kat idea tu. 

Wish me luck, ciao ciao

Monday 4 January 2016

Amirah 2016

Tahun 2016.

Amirah lagi beberapa hari dah masuk 3 tahun. Sekarang ni dah pandai merajuk. Suka cubit ayah. Cakap pun laju.

"cubit karang..haaa"
"ayah gi keje, umi gi keje, miyah gi rumah mak.."
"ayah nak lagu..Jaaauuuhhhhhhh"
"sikit jer..sikit jer"

Amirah makin pintar bercakap. Kadang-kadang sampai kita pun tak reti nak jawab. Geram jangan cerita.

Tapi bila pikir balik dari anak dok diam jer tak bercakap, baik lagi dia bercakap. Nak jaga anak ni banyak cabaran. Diri sendiri la kena ada kawalan. Anak bukan tau apebenda kan