Sunday 6 December 2020

Lemau dan Malas

Sejak kerja kat tempat baru ni, aku perasan aku macam dah jadi pemalas dan selalu rasa lemau. Maybe sebab kerja aku sekarang ni kat data center, banyak mengadap server dengan laptop jer. Bila balik rumah kalau buka laptop mesti automatik terus remote ke server nak tengok status. Kena pastikan server dengan DB in order dan boleh akses. Kalau server dengan DB tak boleh akses, memang menjerit la users tak dapat nak buat kerja.

Or maybe juga sebab tempat kerja aku ni jauh. So driving pegi balik kerja dah makan masa sejam pergi kerja, sejam balik kerja. Abis masa kat jalan raya. Jadi bila balik rumah jadi lemau semacam. Cuma bila aku buka laptop, ada jer la benda yang aku kena cek. Cuma nak start buka laptop tu je yang jadi masalah. Malas betul.

Sempena nak tahun baru ni. Aku kena start ubah habit ni. Kena rajin buka laptop tapi kena limit masa untuk check kerja-kerja server tu. Buka laptop untuk aku start baca e-book, start update knowledge aku pasal benda-benda lain. Hari ni aku buka laptop, pastu check stock. Banyak betul peluang yang aku terlepas sebab aku malas nak monitor stock. Padahal stock tu dah dalam watchlist aku. Kurang-kurang pun 10-15% aku dapat untuk stock tu.

Tapi benda dah jadi, aku tak boleh nak undur masa pun. Kena pandang ke depan. Jadi aku kena betulkan balik habit aku ni. Dulu sempat jer nak monitor. Skrang ni jer malas. Blog ni pun, bukan aku takde idea nak buat posting, tapi sebab malas. Jadi malas nak post. Aih kena start rajin balik ni. 


Malas nak edit. Tapi ni yang aku rasa. Asik buat kerja sampai tak ingat ada lagi benda lain yang aku perlu beri perhatian.

Monday 26 October 2020

Tukar HDD ke SSD

Laptop Lenovo Z480 ni kalau tak silap aku usianya dah 7 tahun. Mungkin lebih. Pakai dah lama laptop ni. Yang aku ingat aku beli laptop ni sebab laptop lama motherboard rosak. Ingatkan nak ganti jer motherboard. Sekali harga lebih kurang beli laptop baru. Cancel la beli motherboard. Beli laptop ni.

Sejak 2-3 minggu ni, laptop ni dah start ada problem slow dan hang. Aku pulak jenis jarang shutdown laptop. Selalunya aku hibernate. So bila on balik laptop semua kerja-kerja tak hilang. Takde la nak pikir eh semalam aku buat apa eh. Ni stail on jer laptop terus buat kerja. Kononnya la kan. Jadi beberapa minggu ni, aku perasan laptop ni kalau nak on jer slow. Pastu disk selalu 100% usage. Tak tau la sebab apa jadi macam tu.

Aku try juga goggle nape jadi 100% disk usage. Tak jumpa root cause. Cuma bagi tips cara nak selesaikan masalah 100% disk usage ni. Segala macam aku buat sama jugak. Baiknya sekejap jer. Lepas tu bila shutdown, on laptop balik, jadi semula. Bila hibernate ke sleep ke sama jugak jugak. Last-last kemuncaknya 3 hari lepas. Pagi tu dapat on laptop, masuk tengahari laptop freeze. Petang tu dah ok, aku decide, kerja dah settle kena shutdown laptop. Esoknya nak on laptop, dari pagi sampai petang tak boleh on stuck kat bootup. 

Aku dah start nak stress dah ni. Mulut pun dah start membebel. Iya la buang masa jer kerja tak boleh buat. Bini pun dah tegur, suggest suruh beli baru. Huuu banyak betul duit aku. Terpikir gak nak tukar baru dah laptop pun lama. Aku tanya la kawan-kawan spec laptop sekarang dengan harga. Sib baik la ada kawan ni nasihat try tukar harddisk dari HDD ke SSD dulu. Kalau problem tak solve baru beli laptop baru.

Since aku nak cepat, kalau beli online kena tunggu 3-4 hari jugak baru sampai, aku surver harga kat kedai computer. Mahal gak dorang quote untuk 480gb lebih Rm500. Aku bgtau kat kawan aku, dia cakap mahal sangat tu. Pastu dia tolong carikan SSD. Nasib aku baik ada kawan dia nak jual secondhand sebab performance laptop dia tak improve pun lepas tukar SSD. Aku ok jer sebab nak pakai laptop, ni kerja banyak nak buat ni. Kawan aku ni tolong pasang kat laptop lama, mudah jer caranya. Cabut HDD lama tu, masuk jer SSD kat slot HDD tu. Pastu install la window. Installer windows skrang ni free untuk home edition. Untuk Office kena cari la. Kat Shopee ramai jer yang jual. Aku pun tak beli lagi Office.

Setakat ni aku pakai SSD memang puas hati. Laju la nak restart laptop. Kalau dulu dekat 10 minit gak nak tunggu restart lepas hibernate. Pada aku janji boleh buat kerja dengan tenang. Kalau ada rezeki lebih baru la aku tukar ke laptop yang fancy-fancy sikit. Priority nak ringan dan mudah dibawa. Sebab laptap aku sekarang ni terasa dah berat kalau nak pikul. Tapi selagi boleh guna aku, aku pakai jer la sampai lusuh.

Owh, HDD lama tu jangan buang. Boleh jadikan external harddisk. Beli jer casing external hardisk, boleh la simpan data-data lama dalam tu. Ni pun aku tak buat lagi. Hardisk lama pun tak abis guna. Berabuk jer kat rak.


Monday 5 October 2020

Balik Kampung + Cuti time Covid19

16 September hari tu bini aku cadang balik KK. Aku ni pulak sebenarnya malas nak pegi mana-mana time Covid ni. Tapi bila pikir-pikir balik dah lama tak balik KK tengok mak ayah aku, aku pun ok kan jer la. Jadi balik la kami satu family ke KK. Masa nak balik KK ni time tu Covid kes tak tinggi. Jadi takde la rasa risau sangat. Kalau sekarang ni, nak ke shopping mall pun risau wei.

Cuma kali ni balik KK, bini aku request ni nak jalan-jalan gi Kundasang. Aku cakap kalau nak ke Kundasang tak best pergi balik hari. Kena bermalam baru best. Bini aku bagitau dia ni nama jer kawin dengan orang Sabah, ambik gambar latar belakang gunung Kinabalu pun tak pernah. Haha. Iya la aku kalau balik KK, bukan berjalan mana-mana. Balik kampung, lawat saudara mara. Orang lain datang Sabah memang bercuti.

So kali ni trip balik KK, mindset aku bercuti. Malas nak pikir isu-isu di kampung. Aku ajak mak ayah aku gi Kundasang. Adik aku satu family join sekali. Abang-abang aku tak dapat ikut sebab tak sempat apply cuti. 


Aqilah paling happy sebab dia baru paham naik flight. Dulu masa naik flight dia kecik lagi tak tau pape. Amirah memang lagi happy la lagi-lagi dalam flight ada movie. Hari ni sampai KK, esoknya pegi Kundasang.
Selalu lupa nak buka mask

Kawan-kawan ingat aku kat UK, tak pun NZ..haha

Dapat la gambar dengan Gunung Kinabalu

Nenek dan Aqilah

Sebenarnya tak boleh makan, tapi aku tak nak nampak signboard.

Masa naik ke Kundasang tu alhamdulillah jalan semua clear. Maybe sebab bukan time cuti sekolah. Lepas tu tak ramai yang bercuti. Kereta tak banyak, lori pun tak banyak. Drive pun tenang-tenang jer. Boleh la sambil drive sambil menikmati view yang ada. Malam kat chalet tu sambil bakar-bakar lauk, sambil sembang-sembang dengan family. Yang kelakarnya, aku lupa bawa arang, ingatkan dah ada dalam kereta abang aku. Rupanya yang dalam kereta tu plastik isi baja. Nasib baik la ada kayu-kayu orang buang, kena pulak ada orang buang wiper kereta. Jadi aku dengan ipar aku kutip kayu, wiper kereta jadi starter api. Nasib baik la menyala nak buat bakar lauk dengan pemanas badan. Kundasang sejuk wei. Aku tak bawa baju sejuk ingatkan champion konon dulu duduk Lugano releks jer tahan sejuk. Haaa kau sib baik la boleh bakar lauk, lepas bakar-bakar jadi unggun api sambil-sambil minum kopi hisap rokok.

Esok awal-awal pagi dah ajak bini tengok gunung. Dah bini aku nak tangkap gambar dengan gunung Kinabalu. Kita sebagai suami tunaikan la permintaan bini. Hehehe
Dalam jam 6 pagi. Sejuk wei

Ni dah dekat jam 7 pagi. Clearla sikit gunung Kinabalu tu

Pintu masuk chalet. Chalet kami kat belakang lagi

Tenang dan relaxing

Anak dah bangun suruh dia lompat ambik gambar

Tinggi ni jer la pun dorang lompat

Since kami ni pun nak relaxing, bukan nak shopping. So lebih kurang dalam jam 11 pagi tu kami pun balik. Singgah la sekejap kat bawah Mesilau tu. Bini request lagi nak ambik gambar. Layankan ajer.

Amirah cakap silau tak boleh buka mata

Aqilah dah mengantuk

Boleh la jadi kenangan. Nanti datang lagi

Esoknya pulak, family kami dengan saudara mara yang sempat picnic kat Likas stail pot luck. Masing-masing bawa makanan. Sekali berkumpul sampai aku tak tau nak makan apa. Banyak sangat makanan. Tak teringat nak ambik gambar tapi hampir semua ada. Dapat la berjumpa walau sekejap. Boleh la bertanya-tanya khabar. Cuma yang tak best, pantai kat Likas tak bole mandi. Sampah banyak. Air pun kotor. Last-last tengahari tu aku bawa anak aku pegi Tanjung Aru. Sebab dah janji nak bawa dorang mandi pantai. Nak kau, malam tu Aqilah start demam sebab main kat pantai time tengahari.

Aku dah risau dah. Esoknya dah nak balik ni. Karang kena cek suhu confirm tak dapat naik flight. Aku bagitau bini nak bawa pegi klinik. Bini pulak cakap karang kena swab test lagi la tak dapat naik flight sebab kena tunggu result. Ahhh sudah. Tanya abang aku kalau dia ada simpan ubat demam untuk baby. Aku bagi makan ubat demam. Esoknya sebelum pegi airport pun bagi lagi ubat demam.

Kat pintu masuk airport ada scanner suhu. Rasanya kalau kena scan memang tak lepas la. Nasib baik budak dia tak scan. Pastu aku try pakai scan suhu tembak kat dahi macam yang ada kat kedai. Alhamdulillah suhu Aqilah masih ok belum masuk kategori demam. Dapat la naik flight. Dan selamat sampai kat KLIA.

Seminggu selepas kami balik, disebabkan pilihanraya negeri, kes Covid naik banyak. Kami ni pulak sebab tak pergi tempat red zone takde la buat kuarantin. Tapi kat opis bini dah start kecoh-kecoh suruh kuarantin dengan buat swab test. So nak tak nak memang kena buat. Aku dah seminggu kuarantin. Bila MKN bagitahu kalau result swab negatif tak payah kuarantin, baru la lega. Esok dah boleh masuk ofis dah.

Cuak jugak wei, mana la tau kan. Cuma kena sentiasa berwaspada la. Lagi-lagi bila kes dah tak banyak hari tu semua orang dah leka. Aku pun kadang-kadang lupa nak pakai mask bila nak pegi kedai. Skrang ni kena la selalu pakai mask dengan cuci tangan.

Saturday 1 August 2020

Adaptation

Yoossshhhhhh.

Tak sedar dah 2 bulan tak update. Actually bukan aku tak nak update tapi masih lagi dalam fasa adapting dengan tempat kerja baru. Bulan 6 hari tu aku decide tak nak blog sebab aku tak nak la pulak tertulis perkara-perkara yang elok berkenaan company lama. Masuk bulan 7 pulak, aku baru nak cari rentak berkerja kat company baru. So masih lagi adapting dengan suasana baru, job scope baru, job position pun baru.

Anyway for the record, aku tinggalkan tempat kerja lama akhir bulan 6. Aku tender notis berhenti kerja and buat work transfer kepada orang lain. Sejujurnya, orang yang akan tanggung kerja aku tu sangat la junior. Aku pun tak pasti sama ada dia boleh cope dengan kerja yang aku bagi kat dia. 

Kenapa aku berhenti kerja kat BIT Group? Ada dua sebab, satu masa aku mula-mula masuk BIT, aku dah set kat kepala untuk tidak lama kat company ni. Aku bagi tempoh 3 tahun dan lepas tu aku kena cari kerja lain. Kenapa aku set macam tu? Sebab aku tak nak masuk dalam situasi zone selesa. Bila dah masuk zone selesa aku tau aku akan lemau nak cari kerja lain dan jadi 'berat' untuk berhijrah. 

Kedua, sebab gaji sudah tidak seiring dengan kerja. Aku dah 3 tahun kat BIT tapi gaji masih sama cuma kerja dah berbeza. Masa awal masuk dulu aku cuma programmer, lepas tu jadi lead developer, lepas tu terakhir jadi data engineer. Pindah department pun banyak kali dari Manage Service, ke Transformation Innovation, ke Yobiyotadata ke BIT Digital. Scope kerja pun berubah dari buat programming jer ke level management. Kiranya tugas dan tanggungjawab dah besar tapi gaji tetap sama.

So aku decided untuk berhijrah ke tempat lain. Dapat 2 offer, satu GLC tapi terms dia pelik sikit sebab offer tu bukan direct kerja under GLC. Kira macam pekerja yang dikontrakkan dari company lain. Senang cerita, bila GLC ni perlukan orang, dia akan contact company yang pembekal pekerja dan company ni akan contact aku. So untuk payment, aku akan invois company pembekal pekerja yang dapat contact dari GLC ni. Payment tu pulak tak semuanya ditransfer jadi gaji aku sebab dalam payment tu jugak aku kena asingkan untuk 'cost of running business'. Problemnya, offer GLC ni even dapat payment tinggi tapi tak sustain sebab based on project. Satu project dalam beberapa bulan jer lepas tu ada gap dalam sebulan dua sebelum ada project baru.

Offer yang kedua, dari company system integration macam BIT juga, banyak main tender gomen. Aku accept offer yang kedua ni sebab yang GLC tu takde khabar berita semenjak ada wabak covid dengan harga minyak jatuh. Lepas aku dah accept offer yang kedua ni, tetiba baru la orang GLC ni contact aku bgtau project akan start. Aku terpaksala tolak sebab aku ingatkan tak jadi dah. Dalam kepala masa tu aku betul2 fikir GLC ni mesti nak kurangkan spending so project tu mesti GLC tu put on hold. Takpela bukan rezeki aku kat situ. Adalah hikmahnya tu.

Sekarang ni aku dah sebulan kat company baru. Kerja sebagai DBA. Jauh lari dari bidang position yang aku pernah kerja dulu. So aku masih lagi adapting dengan kerja sebagai DBA ni. Thanks kepada kawan aku Farid yang jadi tempat rujukan aku. Yalah aku bukan pernah jadi DBA, dulu masa jadi programmer pun paling kuat aku godek database jer tu pun sebab nak designkan database dengan nak buat query supaya dapat keluar result. Ni bila dah jadi DBA ni, scope kerja nya lain. Tapi aku tried my best la untuk learn. Kelebihan orang lama macam aku ni, yang aku perasan, aku ada logik tapi aku kurang tahu cara execute. Nasib baik ada google.

Maybe lepas ni updates aku lebih kepada cara-cara nak configure dan maintain db. Haha alang-alang aku tulis, boleh jadi rujukan aku nanti benda aku dah buat senang sikit aku kalau jumpa balik masalah sama. Jadi, aku masih lagi adapting dengan kerja baru ni. So far stress la sikit sebab banyak sangat benda yang baru aku nak tau. Lepas tu aku pulak kurang latihan praktikal dan server pun server production dengan staging. Silap configuration terus tak dapat access db. Terus jadi iklan, "anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" heeeee



Thursday 21 May 2020

BIT Product Committee

Tengah online meeting aku gi update blog la pulak. 

Aku pun tak tau la macamana aku boleh dipilih masuk dalam committee ni. Basically committee ni akan review semua produk-produk yang dibangunkan oleh BIT. Masuk minggu ni dah 2 minggu kot straight meeting pagi jam 9.30 sampai tengahari untuk discuss produk-produk kat BIT.

Pada aku committee ni bagus untuk nilai semula produk yang BIT buat. Sebab tak semua produk boleh jual. Kalau boleh jual pun tak semua produk boleh scale. Paling penting sebenarnya boleh ke produk ni bawa untung. Problem yang aku nampak kebanyakkan produk yang BIT buat ni takde siapa buat market study. Lebih kepada syok sendiri jer.

Lagi-lagi bila buat jer produk, lepas tu aspectation boleh jual sebab kat luar tu dah ada orang jual. Ni lebih bergantung pada skil orang sales la. Lebih pada hardsell. Strategi nak push produk guna wahyu, connection dengan orang-orang powerful kat gomen. Tapi ni pun tak salah sebenarnya, cuma susah la nak compete dengan produk-produk yang dah well known kat luar tu.

Problemnya bila dah banyak sangat produk ni, dah jadi tak focus nak buat mana satu. Sekarang ni, BIT ada banyak limitation, terutamanya dari segi resources dan branding. Kebanyakkan company-company yang nak pakai produk-produk yang BIT buat ni tak pernah dengar nama BIT. So bila tak pernah dengar, dorang jadi tak berani nak cuba sebab bukan benda murah.

Papepun aku makin jadi confuse kat BIT ni sebab kerja aku dah melompat-lompat dari programmer, ke data analyst pastu jadi product reviewer la pulak. Hentam jer la. Tapi aku cuba la untuk contribute kat mana yang boleh. Tak sedap la pulak bila kena bagi task tak boleh nak contribute. Janji aku dah cuba untuk bagi pandangan, nak terima ke tak nak terima ke bukan masalah aku lah kan.

Sunday 10 May 2020

Trading Training

Dah lama tak sembang pasal trading.

Semenjak PKP hari tu aku decided tak nak trade pakai real akaun. Aku rasa macam ada benda yang tak kena dengan trading stail aku. So aku nekad nak kenal pasti trading setup yang sesuai dengan aku yang bukan fulltime trader, tapi lebih kepada nak dapatkan pasif income dari trading. Sebenarnya aku nak kenalpasti mistake aku, lepas tu aku nak cuba maximumkan profit.

Aku start dari bulan 3, aku trade demo akaun sampai negatif, lepas tu start balik $1000 usd. Tak sampai sebulan abis deposit demo tu. Minta lagi depo $1000 usd. Yang ni bertahan sampai sekarang cuma dah kurang 60%, tinggal dalam $400 usd jer. Dalam tempoh dari bulan 3 sampai la masuk bulan 5 ni, banyak yang aku belajar. 

1. Aku tengok video2 DDNK yang dia post kat dalam FB dia. Even basic tapi benda ni paling penting. Boleh kata, hari-hari aku tengok video dia berkenaan trading.

2. Benda pertama aku realise adalah capital. Capital kena cukup besar untuk tampung floating supaya tak margin call. Kemudian position size. Kalau capital kecil, position size kena kecil. Ni termasuk sekali kalau nak buat layer. Even aku try demo dengan $1000 USD pun boleh bungkus kalau tak tengok position size ni. Benda ni yang orang kata jaga money management.

3. Timeframe (TF). Dulu aku trade aku akan pakai TF5m, paling tinggi pun TF15m. Lepas kaji2 balik (aku banyak rujuk babypips.com), aku sedar aku buat silap besar kat sini. TF ni ikut pada trading stail orang tu. TF rendah untuk scalping, TF tengah2 untuk intraday, TF besar untuk swing. TF ni subjective sebab dia tengok pada keselesaan trader. Secara jujurnya trading kat TF rendah atau scalping kena fokus dan kena consistent tengok chart. Untuk aku yang susah nak tengok chart, TF rendah tak sesuai untuk aku. Aku lebih kepada TF1h, TF4h. Stail aku sekarang aku tgk TF4h untuk overall trend, TF1h untuk current trend atau market bias, TF15m untuk timing entry.

4. Paling penting kena kenal pasti trend. Aku kaji kalau uptrend dengan downtrend yang jelas, memang entry tu akan profit. Yang susah bila sideway trend. Skrang ni aku tengah nak displin bila tak nampak trend yang jelas, tak payah masuk market. Ini yang susah sebab mindset kita asik nak trade tapi bila market tak jelas, risk untuk rugi jadi sangat besar.

5. Kenal pasti support dan resistance (SNR). Aku dulu bila trade aku tau kat mana SNR ni tapi SNR yg aku buat tak solid. Bila aku tengok balik video2 DDNK, SNR ni ada yang minor ada yang major. Major susah nak break, minor ni senang nak break. Nak kenal pasti mana major dengan minor kena undur chart ke belakang sejauh yang mungkin.

6. Bila nak entry? Yang ni dah masuk kepada trading method. Aku practise entry time breakout, ada signal wave abc dan pakai indicator stochastic. Trading method ni sebenarnya ikut kesesuaian trader yang mana dia selesa. Cuma DDNK selalu tekankan trading method ni better yang simple supaya tak jadi fenomena terlebih menganalisi atau paralysis analysis.

7. Kena letak stoploss atau cutloss (CL) dan kalau boleh target profit (TP). CL ni penting dan aku mengaku dulu aku trade tak letak CL. Kenapa penting? Sebab bila lepas entry market tak bergerak mengikut apa yang dianalisi, modal capital tak abis kena telan. Kena terima hakikat yang trader tak akan 100% profit setiap kali masuk market. Ini pun salah satu dari cabang money management. Perkara paling penting yang aku belajar berkenaan CL ni adalah takpe rugi sikit daripada habis capital lepas tu tak boleh trade. Yang penting dengan ada capital ataupun peluru, masih ada peluang untuk trade dan dapat profit. 

8. TP pulak untuk elakkan jadi tamak. Bukan tak pernah kena position dah untung tapi tak close, last-last jadi rugi. Sekarang ni aku lebih setkan CL dan TP ikut SNR. Ada satu teknik pakai fibo retracement tapi bila pakai phone macam leceh nak tarik. Pastu chart jadi semak. Buat masa ni, SNR tak mengecewakan cuma kadang-kadang profit tu tak maximum. Yang ni nanti aku pelan2 cuba adjust balik kalau fibo tu hit rate dia tinggi.

9. Trading time. Yang ni aku masih belum mahir sebab belum dapat rentak. Trading time ni ialah tentukan masa bila nak trade. Masa US open ke, Europe open ke atau nak tengok chart 24 jam. Buat masa sekarang aku selalunya trade dari Europe open sampai la tengah malam (termasuk US open la ni). Tapi bila trade macam ni kualiti trade jadi tak menentu sebab kemungkinan penat tengok chart. DDNK suggest dan praktis trade US open sahaja. Aku masih lagi undecided dan tak cukup training.

10. Trading plan. Yang ni aku tak abis study dan tak buat lagi. Trading plan ni antara benda yang penting untuk jadi successful dalam trading sebab trading plan ni umpama SOP kepada trader. Aku tak sempat buat trading plan aku sendiri cuma aku dah cari video2 kat youtube macamana trader plan trading dorang. Trading plan yang aku tengok tu memang detail termasuk trading time, timeframe, position size, target profit, dan bila nak stop trading dengan condition2 tertentu (dah untung atau banyak sangat rugi).

Bila aku kaji balik, sebenarnya ada banyak lagi yang aku perlu belajar, buat, praktis sampai dapat result yang konsisten. Pesan DDNK yang aku ingat, kalau trade semborono jer dengan takde kawalan, dalam tempoh 6 bulan, capital akan hangus dan trader akan busted. Untuk elakkan jadi macam ni preparation sangat penting. Kerja trader ni senang jer kata DDNK, baca chart pastu kenalpasti market nak naik ke turun. Paling penting jangan takut rugi, jangan terlampau tamak dan jaga emosi. Sekarang ni aku masih lagi menahan diri dari trade real akaun, pertama aku sedar aku kena ada capital yang cukup, kedua aku kena biasakan diri untuk terima kerugian, dan ketiga aku kena tahan diri untuk trade bila market trend tak jelas dan bila aku tak boleh fokus.

Salah satu lagi yang aku kena belajar ialah macamana nak trade dengan lebih banyak layer. Pastu macamana nak preserve profit. Takpa pelan-pelan kayuh, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Monday 20 April 2020

Work From Home Masa MCO

Dah sebulan lebih kena MCO atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sekejap jer dah sebulan. Masa berlalu sangat pantas. Lagi-lagi kalau jadi macam aku. Tak sempat la nak buat benda-benda yang takda kaitan dengan kerja. Ingatkan dapat duduk rumah ni dapat la bersihkan dan asingkan baju-baju yang dah lama tak pakai. Dah sebulan macam tu jugak la baju tu dalam almari.

Hari tu berangan nak baiki kereta Saga masa MCO ni. Sama jugak la. Berangan jer lebih. Ni berehat sekejap dari buat programming. Front end system ni sikit lagi nak siap. Yang back end aku tak godek lagi. Ni belum pikir lagi nak pakai server mana, nama system pun tak fixed lagi. Hentam jer la. Janji aku deliver.

Sejak MCO ni, rutin pun berubah. Aku tidur paling lewat dalam jam 3.30 pagi. Esok paginya bini kejut Subuh pastu aku sambung balik tidur sampai jam 9-10. Siang jadi malam, malam jadi siang. Sebab aku tak dapat nak buat kerja bila anak-anak minta perhatian. Bini pun kena kerja jugak. Amirah pun kena buat kerja sekolah. Aku pun ada kerja jugak kena buat. Akhirnya bini buat kerja pagi sampai tengahari, sekali tengok kerja sekolah Amirah. Aku start buat coding petang, selalunya dari jam 3. Berhenti kejap time Maghrib Isyak. Sambung balik dalam jam 9 malam sampai ke 3 pagi.

Begitu la rutin aku sekarang. Ni kalau kena pergi ofis ni payah gak nak tukar rutin balik. Hujung minggu ni dah masuk bulan Ramadhan. Kena ubah gak rutin ni. Takkan tak nak beramal ibadah. Ni first time la puasa tak dapat nak tarawikh kat masjid. Dulu masa kat Lugano pun aku gagahkan juga diri ke masjid. Ni sebab MCO tak boleh solat kat masjid. Padahal masjid lebih kurang 200-300 meter jer dari rumah. Memang teruk jugak wabak Covid-19 ni. Tapi yang penting sekarang ni adalah kesihatan. 

Semoga MCO ni dapat la dihentikan dan Covid-19 ni dapat dikawal. Rindu gak nak makan kat kedai. 

Monday 13 April 2020

Timeline Pendek

Mood: Bengang, Confused

CEO company aku kerja (CEO ok bukan bos, CEO lebih besar dari bos) minta aku buat web application untuk order makanan ala-ala McD delivery tu. Mula-mula dia minta aku buat food delivery system. Tapi aku argue nak buat sistem takde masalah tapi siapa nak cari rider, kena promote kat rider dgn merchant. Mungkin nak cari tu senang, tapi nak tentukan payment structure kat rider, berapa nak cas merchant, payment gateway lagi. 

Last-last aku cakap kalau buat online food ordering system jer la. Customer order jer, nanti restaurant tu kena hantar sendiri la. Jadi boleh la test system pastu tak payah nak pening nak cari rider dengan buat payment structure. Tetiba CEO setuju la pulak. Rupanya dia dah ada approach restaurant owner yang nak food ordering system ni. Disebabkan sekarang ni musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), banyak kedai makan takde sales.

Ni pulak nak masuk bulan puasa, kerajaan tak bagi buka bazaar ramadhan. Sebab tu la kedai makan nak pakai system food order ni. Kalau dari segi bisness memang ada peluang boleh pegi system macam ni. Masalahnya CEO bagitau aku hari Rabu malam, dia nak system ni siap sebelum bulan puasa. Aku kira-kira adalah dalam 14 hari. Aku cakap kat CEO, tak mungkin boleh siap sebelum puasa. Kalau pertengahan bulan puasa mungkin la. Mula-mula dia ok, tapi hari ni call aku minta siapkan juga sebelum puasa.

Yang aku jadi bengang tu, aku kena buat sorang system ni. Aku takde orang bawahan nak tolong aku. Lepas tu, kalau pun aku dapat buat, for sure memang banyak bugs akan muncul sebab tak cukup masa nak test. Tu belum kira stress test dengan pen test lagi. Sampai aku jadi confused, CEO aku ni tau ke pasal develop system ni makan masa. Kalau setakat nak test market boleh la tapi kalau nak deploy full, banyak benda nak kena consider.

Sekarang ni aku berdoa jer la. Aku buat mana yang mampu. Kalau sempat siap sebelum puasa harap-harap la masa orang guna system tu takde bugs. Hahaha which in very unlikely laaa. Selalunya bila kita develop system, kita memang tak sempat nak perasan bugs-bugs ni. Sebab tu la ada jawatan software tester.


Friday 27 March 2020

Scrapped Table Data dari Website Pakai Google Sheet

Belajar benda baru semalam so better aku tulis kat blog.

Kebiasaan kerja data engineer adalah untuk cari data yang available from web, scrapped data tu, save kat satu tempat dan buat data cleaning.

Selalunya kalau aku buat web scrapping, aku akan code pakai python. Tak susah pun cuma remeh la sikit sebab nak kena identify html tags. Siapa pernah buat faham kot kenapa kena identify html tags ni. Basically, kita code kat python untuk scrapped data based on html tags tu. So katala nak ambil data dari website yang ada table. Kena identify html tags untuk table tu dan barula dapat data.

Semalam kawan aku bgtau boleh jer pakai google sheet. Caranya guna formula importhtml.

1. Buka google sheet baru
2. Pilih cell A1 dan letak formula =IMPORTHTML("web address","table",index)
3. Index tu nak tau table yang ke berapa nak scrap. Nak tau index kena la buka developer console kat web browser pastu pastekan code ni

var i = 1; [].forEach.call(document.getElementsByTagName("table"), function(x) { console.log(i++, x); });

Nanti code tu akan return senarai table berserta indexnya sekali. Bila dah dapat index, letakkan index kat formula dalam google sheet tu.

Dah siap dan dapat data dari table.

Yang bestnya setiap kali data kat table tu update, automatically data kat google sheet tu pun update.

Wednesday 25 March 2020

Movement Control Order

Rasanya semua tahu apa movement control order ni. Disebabkan oleh virus covid-19, kerajaan perintahkan semua rakyat Malaysia untuk membataskan pergerakan, tinggal di rumah, dan cuma keluar bila ada urusan penting macam beli barang keperluan bila dah abis atau bekerja dalam sektor yang penting. 

Virus covid-19 ni masih belum jumpa penawar. Covid-19 ni boleh menjangkiti orang bila kita dekat dengan orang yang dah sakit. Pastu boleh berjangkit bila kita sentuh tempat2 yang ada virus ni, dan tangan kita pegi sentuh muka, hidung, mulut dan mata. Virus ni masuk ke dalam badan dan kita dah jadi host. Problemnya kita sendiri tak tau siapa yang sakit, sebab kalau orang yang terang-terang ada simptom macam demam dan batuk, kita boleh hindarkan diri dari orang tu. Tapi ada orang yang positif covid-19, dan dia takda simptom. Ni yang bahaya sebab kita boleh terjangkit tanpa sedar. Jadi kerajaan pun isytiharkan movement control order. So dengan secara tidak langsung, kena la bekerja dari rumah atau work from home. 

Since aku cumalah seorang software developer yang kerja menghadap laptop dan most of the time kerja seorang2, jadi memang kena duduk rumah jer la. Cuma agak payah nak buat kerja sebab bini pun kena kerja dari rumah, anak-anak pun duduk rumah. Aku susun jadual aku buat kerja start petang sampai malam. Bini buat kerja pagi. Anak2 kena buat kerja sekolah atau kena la layan dorang bermain sepahkan barang.

Hari ni rasanya dah masuk hari ke 7. Aku so far takde la bosan sangat duduk rumah. Layan trade demo sambil2 asah skills. Kerja buat juga cuma slow. Nak start tu coding tu memerlukan azam yang tinggi lagi2 bila duduk rumah. Kalau duduk sorang takpe jugak sebab takde distraction. Ni distraction banyak sangat.

Sebab dah duduk rumah, diet memang hancur. Pagi makan, tengahari makan, malam makan, in between meal pun makan. Abiss laaa niat nak diet. Bersenam? apa tu? hahahaa. Memang tak bersenam langsung duduk rumah ni. Rambut pun dah tebal ni, dah macam afro dah. Nak gunting rambut kedai semua tutup.

Movement control order ni sampai 31 Mac, 14 hari dari tarikh diumumkan. Entah mengapa aku rasa akan sambung lagi perintah ni sampai bilangan positif covid-19 ni terkawal. Aku dah naik risau dengan kemungkinan company tempat aku kerja ni akan bungkus. Kalau dah 2 minggu tak kerja then kalau sambung lagi perintah ni, mana business nak jalan. Doakan yang baik-baik saja la.

Sunday 1 March 2020

Kerja jadi tak best bila..

1. Kerja (workload) terlalu banyak sampai dah tak tau dan tak sempat nak keep track semua kerja. 

Kerja memang la tak pernah abis tapi at least task atau satu-satu projek tu ada la tanda bila patut stop.

2. Bagi task yang asik berubah-ubah. 

Hari ni nak macam ni, tak lama lepas tu nak macam tu pulak, pastu tukar lagi. Last-last balik ke asal, nak yang macam dulu. Bila ko kena lead, memang susah la nak keep everyone motivated. Tapi bila ko sorang jer kena buat kerja tu, macam-macam rasa ko rasa nak luah.

3. Bagi task tapi tak consider resources. 

Ni memang tak tau nak cakap apa. Mentang-mentang la ko boleh buat kerja, semua kerja kena humban kat ko. Sebab dah banyak kerja sampai satu kerja pun tak siap

4. Bagi task yang takde kena mengena dengan job description atau kpi. 

Aku dah selalu kena, dan selalu jugak la task yang aku buat bos tak recognised. Sebab aku dah start berkira, aku selalunya pastikan bos aku tau aku dapat task takde kene mengena dengan kpi. Dan kalau aku dapat direct order bukan dari bos aku, aku suruh orang yang direct order tu inform kat bos aku secara bertulis. Sebab aku pernah kena bila bos aku cakap dia tak tau aku buat apa padahal aku buat kerja direct order.

5. Banyak lagi sebab tapi ni yang paling tak best, gaji sangkut. 

Lately ni company aku kerja dah start lewat bayar gaji on time. Ada masalah financial sebab duit projek banyak sangkut dan takde projek baru masuk. Senang cerita orang sales tak capai target, orang yang kena assign projek asik lambat deliver, tak meet dateline. Ni dah tanda-tanda awal untuk aku consider masa depan aku kat company ni. 

Sekarang ni aku memang tengah planning nak cari kerja lain. Problemnya pulak susah nak dapat kerja kat tempat yang dekat dengan rumah aku. Aku pulak tak berapa nak suka kerja kat area KL sebab traffic dan sesak. Sekarang ni aku ada 3 option: cari kerja baru, jadi full time trader, atau remain kat company skrang untuk lead satu internal projek. Internal projek ni plan dia best dan plan paling besar, projek ni akan jadi independent business stail startup. Aku masih berfikir-fikir lagi sebab kena tengok jugak tanggungjawab untuk keluarga. Doakan la yang terbaik untuk aku.  

Monday 10 February 2020

Mencuri masa


Fuuuuhhhhhh..payah sungguh la nak curi masa sekarang ni. Sampai tak update blog langsung dalam sebulan. Bukannya takda cerita nak tulis. Banyak jer perkara yang berlaku tapi aku pulak la yang susah nak curi masa update blog.

Secara ringkasnya, sekarang ni dah sesuaikan masa sikit dengan rutin harian anak sekolah rendah. Pagi hantar sekolah agama, tengahari ada van sekolah ambik hantar anak ke sekolah rendah. Petang aku ambik pulak dari sekolah rendah. Sampai rumah, bini masak (kalau tak penat, or kalau rajin..hahaha), suruh anak mandi, solat pastu makan. Lepas makan, buat kerja rumah sikit. Paling lambat jam 10 dah kena tidur. Satu rumah kena tidur. 

Part ni la yang payah sikit, kena tidur awal. Bukan tak nak tidur awal, ada banyak kerja nak buat. Tapi bila dah landing kat tilam memang bye-bye la. Esok subuh baru bangun. Sebab tu la trade wti pun ke laut sebab jam 10 tu market US baru buka. Sekarang ni tengah cuba sesuaikan diri, ajak anak tidur tapi aku kena tahan dari tidur. Tak pun kalau aku tertidur, aku kena cuba bangun dalam setengah jam lepas tu.

Kalau cerita bab kerja pun banyak juga kerja pending. Macamana tak pending, kerja masuk banyak, orang yang buat kerja aku seorang. Memang pending la kerja. Tiap kali meeting ada jer benda baru nak dibuat. End up aku pun dah tak tau hujung pangkal dah ni. Go with the flow jer la.

Si Aqilah pun dah banyak ragam sekarang. Ngam la umur dah setahun setengah. Mulut pun boleh tahan membebel tapi tak berbutir. Anak sorang ni balik rumah jer kerja pertama dia kena sepahkan mainan dulu. Pastu tak main pulak. Karang time makan baru la dia main mainan yang dia sepah tu. Tu pun ambil mainan satu dua jer. Yang sepah banyak-banyak tu nak bagi dia senang nak pilih kot.

Yang best kalau kakak dia baca buku, dia pun nak baca buku. Bunyi jer la keluar. Pastu start sepahkan buku kakak, almari buku, kaler kakak. Sambil mulut membebel. Dah mengantuk mengamuk sekejap. Bagi susu terus tidur kalau tak buat perangai. Kalau time buat perangai, aku biar jer sampai tertidur sendiri. Karang tengah malam sedar minta susu.

Macam tu la sekarang rutin harian aku. Sekarang ni tengah cuba curi-curi masa nak update blog. Banyak juga benda aku nak buat tak terbuat-buat. Nak baiki kereta saga, nak baiki lampu, nak cari orang buat wiring rumah, nak cari orang buat paiping, nak kena pilih-pilih baju yang tak pakai nak bagi kat recycle. Movie pun aku dah lama tak tengok. Takpa pelan-pelan kayuh, lama-lama dah biasa nanti senang la kan.