Thursday 28 January 2021

Cerita Trading Lagi

Dah lama tak cerita pasal trading.

Kalau tak silap dalam akhir bulan 11 atau awal bulan 12 aku start trade real account. Nak implement apa yang aku dah praktis. Aku ada buat post kat sini cerita pasal apa yang aku praktiskan.

Ceritanya masa awal-awal trade real account tu, aku dapat profit. Tapi lama-lama teknik tu tak berapa nak menjadi. Rugi lebih banyak dari untung. Sampai tahap aku rasa macam ada tak kena dengan teknik ni. Ini perasan aku la. Bila aku kaji balik kenapa ada perasaan begitu then aku buat kesimpulan. 

1. EMOSI. 

Ini paling susah nak kawal. Bila dah profit, aku fikir teknik jadi. Lepas ni kalau entry mesti profit sebab guna teknik sama. Padahal tak semestinya. Kena ingat market bukan kita punya. Lepas tu bila rugi. Mesti akan ada rasa nak revenge trade. Last-last rugi lagi. Sangat susah nak bertenang dan control emosi ni. Patutla nasihat otai-otai bila dah rugi atau profit kena stop trade sekejap. Tenangkan minda. Sebab kita ni akan teringat trading yang dah lepas jadi kita akan jadi either excited or moody. Jadi kononnya trade dengan teknik tapi sebenarnya dah langgar setup.

2. TRADE FATIGUE. 

Ini aku sendiri cuba dan tested. Selalunya kalau aku entry satu atau dua layer sahaja, aku lebih tenang dan fokus. Tapi kalau aku entry banyak layer, aku jadi kelam kabut. Tak tau kenapa, maybe aku belum cukup teror dengan entry layer-layer ni.

3. LUPA TEKNIK. 

Sebab pernah jadi la aku buat kesimpulan ni. Trading ni sabtu, ahad market tutup. Bila 2 hari berehat, boleh lupa trading teknik. Sampai aku tertanya hari tu camne aku boleh profit?? 

4. DONT LOSE MONEY.

 Kalau dah profit, asingkan profit tu. Kalau dah rugi, jangan sampai abis duit. Pastikan sentiasa ada duit untuk trade. Kalau duit abis, macamana nak trade? Pastu trade yang rugi tu boleh recover balik kalau ada duit untuk trade.

5. BALIK KE BASIC. 

Bila dah rasa sesat atau trade asik tak jadi, balik semula ke basic teknik. Trend, support dan resistant. Marked support resistant. Pecah support, tunggu retrace dan setup, sell. Pecah resistant, tunggu retrace dan setup, buy. Follow trend.

Ni hasil pemerhatian aku la. Maybe tak applied kat orang lain. Bila aku tengok balik trade history aku, semua yang aku list ni jadi penyebab aku rugi dalam trade. Lagi-lagi bila tertengok video kat youtube berkenaan teknik trading. Video tu mempengaruhi trading teknik yang asal. Sudahnya tak jadi apa.

Sekarang ni baru aku paham bila ada otai-otai kata trading ni bukan untuk semua orang. Umpama macam memancing. Tak semua orang boleh tahan. Trading ni macam memancing. Kita tau tempat tu lubuk tapi tak semestinya dapat ikan. Sama macam trade. Kadang-kadang terlepas setup, tak sabar nak tunggu setup dan kejar setup. Ni balik pada emosi. Kalau tak stabil memang payah la.

Orait. Len kali aku post lagi pasal trading. Ni cuma cebisan pengalaman aku. Untuk rujukan aku bila aku perlukan nasihat di masa depan. EH.

Thursday 14 January 2021

Rancangan TV

Sejak Covid ni, aku perasan kat TV dah takde cerita. Semua channel sama. Tak kira la RTM ke, TV3 ke, Astro ke, sama jer semua ulang balik tayang cerita. Kalau ada cerita baru pun drama pukul 7 TV3 yang aku memang tak layan. Tak kuasa nak layan cerita berbelit-belit. Berbelit kira ok lagi tapi tak tahan bila cerita tu macam tonjolkan sisi kurang ajar lebih banyak dari sisi kebaikan. Kalau ada kebaikan pun tak jelas dan kena fikir. Kalau anak-anak tengok, mudah dorang ni ikut benda-benda yang tak elok tu.

Aku ni selalu layan movie kat tv. Hari Selasa kat TV2, movie english, kalau kat TV3 hari Jumaat. Kadang-kadang layan jugak la hindustan hari Rabu. Sejak PKP ni, rasanya rancangan TV pun tak ikut jadual. Kadang-kadang jer ada movie english. Pelik pulak aku. Bukan ke selalunya dorang ulang tayang jer cerita lama. Aku suka layan movie kat tv ni best sebab ada iklan. So boleh berenti jap minum air. Kalau anak meragam pun boleh layan jap anak. Kalau tengok movie kat laptop, nak pause sekejap tu jadi tak best. Potong stim orang kata. Kalau kat tv takpa sebab tak boleh nak control. Hahaha

Pastu sekarang ni semua channel asik buat rancangan pertandingan nyanyi. Macam la Malaysia ni tak cukup penyanyi. Suara biasa-biasa jer kot. Hahaha. Takde pulak dorang ni nak buat rancangan cipta lagu ke, cipta lirik ke. At least lain la dari yang lain.

Yang jual barang kat tv ni lagi la aku menyampah. Dah ada slot khas untuk dorang jual barang. Kalau dulu iklan jer. Skang ni full slot 1 jam jual barang. Dah macam pegi tengok orang jual barang kat pasar malam. Bayangkan on TV nak hiburan, tapi kena suap dengan rancangan jual barang. Macam kena paksa dengar orang direct selling promote borang. Nak lari kemana pun tak boleh.

No wonder la skrang ni orang layan streaming, youtube, tiktok. Sebab content kat tv pun dah macam hampeh. Aku pun skrang ni on tv sebab tak nak sunyi jer. Tak tengok pun tv tu. Ni pun anak asik tengok channel kartun. Aku pun nak tak nak terpaksa layan kartun. Janji ada hiburan

Thursday 7 January 2021

Happy New Year 2021

New Year yang paling rare sebab Covid. Tak pegi mana-mana, takde konsert kat tv. Duduk rumah sepanjang hari. Rest sampai dah tak tau nak buat apa. Nak berjalan pun risau sebab covid ni.

Sempat juga la gi tengok rumah kami yang baru siap tu. Dapat kunci beberapa hari lepas. Hujung minggu tu tengok rumah, bawa anak-anak sekali. Sambil-sambil pikir lepas ni kena buat apa untuk rumah tu, nak beli apa, nak renovate apa. Nasib baik la ada juga kontraktor buat showhouse. So abis masa cari idea nak design rumah camne. Ni nanti aku try la update apa yang aku dan bini aku nak buat kat rumah kami ni.

Untuk tahun baru ni, aku harap aku jadi rajin untuk menulis semula. Bila tak menulis ni, lama-lama jadi makin malas. Yang ruginya aku sebab tak dapat imbau balik kenangan. Tak pun aku tak dapat nak cari balik perkara-perkara yang aku dah pernah buat. Menulis ni untuk aku simpan rekod. Macam sekarang ni semua solution step database aku tulis. Senang aku nak rujuk semula. Lagi-lagi aku perasan, problem pada database ni selalu berulang. Jadi bila aku tulis, aku senang cari balik solution tu.

Covid ni aku harap semoga reda jangkitannya. Paling tidak pun terkawal. Sekarang ni hari-hari angka jangkitan baru dalam seribu ke atas. Jangkitan baru dalam 2000 tu dah macam biasa. Orang ramai pun macam dah lali. Semua dah macam tak ambik peduli. Tambahan pulak orang politik asik nak bercakar jer nak buat pilihanraya cepat sebab kerajaan sekarang ni majoriti tipis. Start naik angka jangkitan baru ni pun sebab pilihanraya negeri Sabah hari tu sebab orang politik sibuk berkempen jumpa orang merata. Sampai ke sudah tak surut-surut angka tu. Politik ni sampai orang dah muak nak dengar berita.

Harap-harap vaksin covid yang dah dicipta tu mampu mengawal covid ni. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat la menghindari diri dan keluarga terutama anak-anak. Tak dapat bayang camne budak kecil kena masuk hospital pastu takde keluarga yang teman. Kalau dah besar ni ada juga la benda boleh buat, paling tidak pun main handphone. Kalau budak kecik umur tak sampai 5-6 tahun, apa lagi yang dorang boleh buat kecuali bermain. Sebab tu la aku berdoa semoga covid ni dapat dikawal. Paling tidak pun, harap-harap dengan vaksin covid ni kita tak la terlalu risau pasal anak-anak.

Duduk rumah jer la belajar makeup