Tuesday, 16 May 2017

Bandung: Bercuti

Aku sebenarnya pernah ke Bandung 8-9 tahun dulu. Dah agak lama, dan memori aku pasal Bandung pun tak berapa jelas. Cuma dulu aku ke Bandung lebih ikut group dari UPM, so bila berjalan pun banyak pergi tempat-tempat pelancongan macam Tengkuban Perahu dengan kedai-kedai factory outlet.

Perjalanan kami ke Bandung baru ni, lebih kepada business. So business first dan bercuti tu sambil-sambil. Aku ni bila berjalan mana-mana suka perhatikan culture dan juga cara kehidupan penduduk di kawasan tu. Bila bercerita pasal Indonesia ni memang tak kan lari dari 'macet' - trafic jam. Dengan jumlah penduduk 10 juta di Bandung sahaja, memang takkan dapat lari dari 'macet'.

Apa yang aku suka dengan penduduk Bandung ni, disebabkan oleh kepadatan penduduk, mereka ni aktif berniaga. Scene yang paling best jalan kat Bandung ni adalah kedai makan, cafe dan restoran. Kat Bandung ni atau mungkin Indonesia keseluruhannya, restoran dorang suasananya memang menarik dan tenang. Memang harga makanan kat restoran ni agak mahal sikit dari biasa, cuma suasana dalam restoran tu memang tenang dan boleh menarik mood yang positif. Rata-rata yang aku tengok, restoran ni takda tv cuma ada musik yang bunyi agak slow.

Image result for cafe di bandung
Gambar dari google

Makanan disana pun lain dari Malaysia dan ada beberapa makanan kalau dijual di Malaysia mungkin boleh success. Antaranya Nasi Goreng Kambing, Nasi Bebek dan juga Murtabak San Francisco. Nasi Goreng Kambing ni sama macam nasi goreng ayam cuma gantikan ayam dengan kambing bakar. Sedap oooo.

Image result for nasi goreng kambing
Nasi Goreng Kambing

Murtabak San Francisco bentuknya dah macam pizza empat segi cuma dia bukan pizza. Bayangkan murtabak biasa, inti tebal dekat setengah inci, ada topping cheese kat atas. Peergggh memang meleleh air liur. Inti boleh pilih ayam, daging, tuna. Tambah pula intinya ada rasa pedas-pedas sesuai dengan citarasa orang kita.
 Image result for martabak san francisco
Tengok pun nampak sedap, apa lagi kalau dapat makan

Lain kali mungkin aku nak explore Jakarta pulak. Owh kalau dari airport Jakarta ada bus express ke Bandung (takda la express sangat sebab macet, cuma dia tak berhenti tepi jalan ambik penumpang). Kalau tak silap kaunter dekat airport Jakarta di pintu F, cuma aku sendiri tak pasti sebab hari tu aku naik train. Next time boleh cuba kot.

Sunday, 14 May 2017

Bandung: Business

Minggu lepas aku pergi Bandung, Indonesia. Matlamat ke Bandung ni sebenarnya berkaitan dengan business aku sekarang, jual perfume. Business ni aku jalankan bersama-sama adik ipar aku. Kami import perfume dari Bandung dan jual semula ke Malaysia stail borong. Business ni kami bagi brand Perfume Bandung Malaysia.

Objektif kami sebenarnya nak deal dengan supplier kami. Sambil-sambil kami cari peluang untuk ambil perfume dari supplier lain. Bukan supplier sekarang tak ok tapi lebih baik kalau kami ada 2-3 suppliers. Mana la tau kalau terjadi apa-apa, tak ada lah business kami susah nanti.

Selain dari cari supplier, kami tengah nak cari kedai printing untuk cetak kotak, cetak plastik bag dan juga cetak baju untuk tujuan marketing. Cuma masa kami ke Bandung, timing tak berapa nak jadi sebab banyak kedai-kedai printing cuti hari wesak. Tambahan pula kami tak sempat untuk survey harga cetak di Seri Kembangan. Yang penting, kami dapat gambaran berapa kos untuk buat cetakan bagi semua benda-benda tu.

Ada juga beberapa benda lain yang kami nak buat di Indonesia tapi tak sempat. Silap aku juga tak pantau planning adik ipar aku ni. Takpa next time boleh perbaiki lagi part planning ni expecially bab timing. Aku pun kena commit masa lebih sikit kat business ni sebab aku tengok macam ada banyak benda terutamanya dari segi kos, staf dan operasi yang boleh ditingkatkan lagi.

Next time aku akan blog berkenaan Bandung dari segi bercuti. Apa yang aku suka di Bandung ni adalah scene restoran dan makanan. Ada something different dengan culture makanan di Bandung. Mungkin aku boleh bawa idea dari Bandung untuk diguna pakai di Malaysia.

Monday, 8 May 2017

Kunci Kereta

Benda ni jadi dah lama cuma teringat balik.

Cerita pertama

Ada satu hari tu lepas balik kerja, aku bawa family ke Al@mand@. Bini nak buat kerja sikit kat dalam kereta sementara nak tunggu aku sudah solat asar. Aku pesan lepas kerja siap nanti, tunggu la aku kat area surau. Lepas solat aku pun pegi la cari bini ngan anak aku ni. Mana la dorang. Sebab tak jumpa aku pun pegi balik kat parking kereta. Tengok-tengok bini ngan anak aku masih dalam kereta.

Aku tanya, "tak siap lagi ke kerja?"

Bini jawab, " tak dapat buat kerja pun sebab internet slow."

Aku: "dah tu buat apa tunggu kat dalam kereta?"
.
.
.
.
.

Bini: "tak reti nak matikan enjin, pastu tak reti nak keluarkan kunci kereta"

Aku:"......hahaha"



....Bersambung untuk Cerita Kedua


Saturday, 22 April 2017

Hari Sukan Taska



Baru nak start..matahari dah naik..Amirah dah start gelisah


Pasukan rumah hijau..Ninja Warrior..maskot ninja turtle


Lepas berbaris duduk dalam khemah..Belum start sukan tapi dah lemau semacam


Ni tak tau nak kata apa..muka lapar ke penat ni??


Ikut turn untuk beraksi..Amirah tengah tengok kawan-kawan lain beraksi sambil pasang strategi


Amirah bertanding acara masukkan air dalam botol guna span..nampak serius jer tadi


Dapat la hadiah botol..boleh bawa pegi sekolah

Amirah masih 4 tahun so cikgu taska takde la push sangat budak-budak ni. Tapi yang penting budak-budak ni enjoy dan dapat main sama-sama lepas tu dapat hadiah. Cuma masa hari sukan tu, start agak lambat so matahari dah naik tinggi bila budak-budak ni start bertanding. 


Monday, 10 April 2017

Selfie and Wefie



Sekarang Amirah dah pandai nak selfie dan wefie. Screen phone dah barai sebab tu gambar jadi kabur. Screen pecah pun takde orang lain buat kalau bukan si Amirah yang jatuhkan phone. Takpa la janji boleh guna lagi phone ni. 

Monday, 6 March 2017

Tanya Sama Pokok

"..tanya sama pokok apa sebab goyang......tiba tempat sejuk, aku pun cair..." Amirah nyanyi-nyanyi kecil. Aku pun menyampuk, cuba nak betulkan lirik dan sebutan Amirah.

"..tanya sama pokok apa sebab goyang..nanti jawab pokok, angin yang goncang..." Lepas tu Amirah pun ikut nyanyi guna lirik yang betul. Sampai part "..tiba tempat sejuk.." Umi Amirah menyampuk,

"..eh yer ke tiba sempat sejuk, jadi cair..patutnya jadi beku la.." Amirah pulak tiba-tiba jawab,

"..dah kena tulis macam tu..." Haha.

Eh..eh pandai pulak dia jawab macam tu. Lepas tu, Amirah pun sambung nyanyi, kami pun ikut nyanyi sama. Tiba-tiba Amirah cakap, 

"...Umi, umi tak tau nyanyi lagu tu, tak betul.."

"..dah tu macamana nak nyanyi bagi betul.." Umi menyahut.

Amirah jawab, "...Entah, Amirah pun tak tau!!!"

Kami berdua dah gelak sakan dah ni. Tadi beriya kata Umi nyanyi lagu tu tak betul. Suruh dia nyanyi dia pun tak tau. Haha

Dah cerdik dah Amirah ni.


Wednesday, 15 February 2017

Mentaliti Budak

Semalam hari Selasa seorang staff yang kerja bawah aku diarahkan ke Kedah untuk develop sistem kat sana. Arahan untuk ke Kedah ni dari minggu lepas lagi tapi minggu lepas hari Khamis cuti umum dan kat Kedah hari Jumaat kat sana bukan hari berkerja so tunda ke minggu ni.

Sebelum dia pergi, aku dah pesan, pegi airport awal, gi naik ERL dari Putrajaya Sentral ke klia2. Tiket flight jam 12 tengahari so ada banyak masa jadi takde la jadi kelam-kabut rushing.

Nak dijadikan cerita, tengah aku drive dari Kajang nak ke ofis, dia call katanya baru nak gerak dari Putrajaya ke klia2. Masa tu aku tengok jam dah pukul 10.30 pagi. Dalam hati dah terdetik dah ni, "ahh sudah, silap-silap terlepas flight ni"

S: "Encik Azri, sempat ke saya nak pegi klia2 ni, baru nak gerak ni, lebih kurang jam 11 sampai klia2."
Aku: "Yang ko lambat kenapa? ko naik kereta ke naik ERL?"
S: "Tengah drive ni, tolong check-in tiket saya"
Aku: "Aku pun tengah drive ni dari Kajang"

Lepas tu, kat whatapp group dia minta tolong kat D untuk check in tiket dia. Nasib baik la tak miss flight. Sampai jer aku kat ofis, dia whatsapp lagi minta tolong.

S: "Encik Azri, kereta saya parking kat klia2, sehari kena bayar RM30, kalau 7 hari dah berapa tu encik. Minta tolong ambikkan kereta saya."
Aku: "Laaaah ko ni, aku dah pesan semalam. Kunci spare ada kat mana? Tiket parking ko letak kat mana?"
S: "Kunci spare takde, saya nak buat camne ni?"
Aku: "Ko bagi jer la kunci tu kat sapa-sapa kat situ, nanti aku ambik dari orang tu."
S: "Encik nanti ambik kunci kereta saya dengan tiket kat Hafiz. Ni no dia 01X-XXXXXXX"
Aku: "Sape Hafiz?"
S: " Polis yang jaga kat pintu masuk tu. Saya bagi kat dia. Nanti encik ambik tau kereta saya sebelum 2.30 petang."
Aku: "Aah yer la aku ambik. Tambang, makan, parking aku claim kat ko nanti."

Memang aku menyumpah la kat si S ni. Bukannya aku tak pesan awal-awal. Nasib baik tak miss flight. Sempat lagi tu nak mengayat si D (D ni perempuan) dalam group whatsapp.

Memang mentaliti budak lagi S ni. Langsung takde planning. Takpe nanti aku claim balik double kat dia

Wednesday, 8 February 2017

Taman Rama-Rama

Rasanya dua minggu lepas bawa Amirah pegi Taman Rama-Rama di KL. Beria la anak ni happy nak tengok rama-rama. Sampai jer kat Taman Rama-Rama tu, alih-alih Amirah jadi takut la pulak. Tak tau la dia takut ke geli sebab masa tu dia cakap takut. Plus dah mengantuk time tido tengahari. Akhirnya, ayah dengan umi jer la pusing-pusing dalam Taman Rama-Rama tu.

Nak masuk sini of course la kena bayarkan. Bagi aku, bayaran tu agak mahal tambahan pulak keadaan dalam Taman Rama-Rama tu macam dah lama tak upgrade. Bangunan tak cat baru. Spesimen dan gambar-gambar semuanya gambar lama. Mungkin jugak Taman ni tak ramai orang datang so dorang pun tak upgrade cuma maintain apa yang ada.

Taman Rama-Rama ni takda la besar, banyak gak rama-rama cuma susah nak tengok sebab kena perati kat mana rama-rama tu landing. Banyak gak yang cantik. Tapi bila tujuan datang situ nak tunjuk kat Amirah pasal rama-rama, dia pulak tido, tak dapat nak menikmati suasana. Last-last 30 minit jer kami pusing dalam taman tu.

Cuma sebelum keluar tu ada la mini muzium atau pun ruang info berkenaan rama-rama. Yang ni aku suka sebab banyak benda boleh belajar. Cuba tengok gambar ni


Unik kan??

Kumbang ni dorang klasifikasikan dengan nama MAN FACE BUGS. Kalau perati betul-betul memang ada bentuk muka manusia kat belakang kumbang tu.


Yang ni pulak kumbang orked, Nampak tak macamana kumbang-kumbang ni cuba bersembunyi dengan menyamar menjadi sebahagian dari pokok-pokok.


Ni kumbang menyamar jadi daun-daun. Kalau tak diperhatikan betul-betul, memang nampak daun tak nampak kumbang.



Rama-rama yang dah diawet. Tak ingat dari mana. Cantik kan??

Kat dalam ruang ni aku banyak ambik masa tengok rama-rama dan kumbang-kumbang ni. Sampai sakit pinggang sambil tengok, baca, dukung anak dan ambik gambar. Lepas ni nak pergi taman lain pulak kat sekitar KL dan Putrajaya ni

Monday, 23 January 2017

Makan

Sejak balik ke Malaysia dah hampir 5 tahun ni, aku dah perlahan-lahan sesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia. Minggu lepas, bini aku buat kerja lebih masa hari sabtu dan ahad, jadi aku sebagai ayah dan suami yang baik (...cheeeewaah..) jaga Amirah. Masuk tengahari, Amirah lapar nak makan tapi ada syarat, kena makan kat kedai tak nak bungkus.

Amirah:"kalau dengan ayah, kita makan kat kedai"
Aku:"Okay"
Amirah: "kalau ada ayah dengan umi, kita bungkus"

Aku terus terpikir, selama ni kami asyik makan di kedai. Kebetulan memang kedai depan rumah, cuma dah agak lama tak masak sampai Amirah pun kalau nak makan, minta ke kedai bukan minta masak makanan dia. 

Memang kat Malaysia ni terutamanya di bandar, masa habis di jalan raya sampai banyak benda nak buat jadi tak sempat. Sampai rumah jer badan dah penat, dalam otak nak rehat jer. Kesian kat Amirah.


Wednesday, 4 January 2017

DUIT

Aku pernah dengar dalam seminar berkenaan DUIT ni. Katanya ramai orang nak cari pendapatan pasif (Passive Income) tapi sebelum mendapatkan pendapatan pasif, ada banyak langkah yang perlu seseorang tu kena buat. Speaker tu pun bagi 5 prinsip DUIT. 

(Speaker bagi 5 prinsip ni jer, tapi dia tak terangkan dengan terperinci sebab masa yang terhad)

1. CIPTA DUIT => kena dapatkan pendapatan aktif (Active Income) dulu sebab duit ini yang akan digunakan untuk digandakan menjadi pendapatan pasif.

2. URUS DUIT => kurang pasti kat sini duit tu kena urus camna. 

3. LINDUNG DUIT => ini supaya duit kita tidak hilang begitu sahaja. Jadi simpan la duit dalam bank dan tempat-tempat yang diyakini dapat lindungi duit kita.

4. AGIH DUIT => kena agih duit ikut perbelanjaan, simpanan, untuk anak isteri, dan sebagainya.

5. LABUR DUIT => kat sini la duit tu dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan pasif. Labur duit ni kita boleh labur sama ada dalam properties, saham, ataupun emas. AMARAN: jangan masuk skim cepat kaya, labur duit, goyang kaki, duit masuk tiap-tiap bulan tak buat apa-apa. Salah satu cara untuk kenal pasti skim cepat kaya, duit masuk tiap-tiap bulan dengan percent yang bank pun takkan bagi. 

Contoh: ASB bagi 8% setahun, skim cepat kaya bagi 10% SEBULAN. SEBULAN bukan SETAHUN. Kat situ pun nampak macam ada yang tak kena.

Tuesday, 3 January 2017

Hari Pertama di Tadika

Update: Apparently, Amirah menangis masa tengahari sebab bosan takde TV. Belum pandai bermain dengan kawan lagi. Cuma bila tanya ada kawan tak, Amirah cakap ada kawan nama Adam, Anis dengan Zulaikha. 

Hari ni Amirah masuk sekolah tadika. Sebelum pegi sekolah ambik gambar dulu




Sekejap jer dah besar Amirah. Cepat sungguh la masa berjalan. Ayah dan Ummi doakan yang terbaik untuk Amirah. Semoga Amirah dapat ilmu dan keberkatan Cikgu yang mengajar. Dan Amirah mengamalkan ilmu yang Amirah pelajari.