Thursday 19 July 2018

SQL Connection Error: Cara untuk selesaikan masalah ini


Assalam..so pada sesiapa yang berjumpa masalah seperti ini iaitu Cannot connect to SQLexpress (ini untuk Microsoft SQL Server yer). 

Berserta dengan additional information seperti ini:

A network-related or instance-specific error occurred while establishing a connection to SQL Server.The server was not found or was not accessible. Verify that the instance name is correct and that SQL Server is configured to allow remote connections.
Kalau tak paham jugak sila tengok pic kat bawah ni.

untuk mengatasi masalah ni

1. Buka Task Manager.
2. Klik tab Services
3. Klik Open Service kat bawah tu


4. Dah klick Open Services, sila tengok pic kat bawah
5. Lepas tu cari service yang start dengan nama SQL. Sila tengok pic kat bawah
6. Cek status service tu. Status kenalah Running. Kalau tak sila right click kat nama service tu dan klik start.
7. Lepas dah klik start, status service tu sepatutnya bertukar ke running.
8. Cari lagi service name seperti SQL dan startkan service tu.


Bila semua service tu dah start. Sila kembali ke SQL Server Management Studio. Try untuk connect semula. Sepatutnya dah boleh login dan akan nampak seperti pic kat bawah dan dah boleh start buat kerja.


Kalau tak boleh juga silalah google.

Selamat Bekerja Semua!!!

Untuk rujukan:

1. Microsoft Support
2. SQL Studio Cannot Connect

Friday 13 July 2018

Selamat Hari Raya 2018

Raya dah nak abis baru la sempat nak letak gambar kat blog ni. Tahun ni kami beraya kat Kelantan. Mula-mula tu macam tak jadi nak balik Kelantan sebab bini aku ada UAT dengan vendor. So tak apply cuti sebab kalau apply pun tak lulus. Sekali vendor tak siap nak buat sistem, UAT ditangguhkan. Bos bini aku bagi cuti. Jadi ke Kelantan la kita.

Kat Kelantan selalunya dorang buat kenduri kahwin time hari raya. Tumpang la sekali ambik gambar pengantin lama

Bunting pelamin pengantin lama ni

Payah la nak ambik gambar dengan anak sorang ni. Kalau dah tengok handphone memang tak layan benda lain

selfie dengan bini sendiri. Hari raya la kita

Hari raya pertama temanya hijau
Raya ke 3 dah balik KL. Sekejap jer raya. Janji kita sambut raya dan anak gembira