Monday 5 October 2009

Dalam Dingin Subuh

Aku dah bangun. Awal hari ni aku bangun. Lepas solat subuh langsung tak ada rasa mengantuk. Hari ni hari isnin. Selalunya kalau hari isnin, hari orang bermalas-malasan. Bukan bermaksud aku malas, tapi aku takut nanti kerana terasa malas aku pun menyahut panggilan katil, tilam dan bantal. Bertambah seronok lagi sekarang dah nak sejuk. Aircond ori wa cakap sama luuuu. Heh.


So what is my problem??

Terasa banyak sangat kerja nak buat tapi produktivinya sangat2 la sedikit. Hai laa. Macam nak kena pegi bercuti dulu ni. Tapi nanti karang lepas balik bercuti sama jugak, tak tinggi pun produktivinya. Kekadang tu terasa lagi banyak kerja aku boleh buat time di Malaysia dulu. Kalau kat sini jam 3 dah lapar padahal jam 12 dah makan. Ish ish ish aku agak aku ni rindu nak makan nasi lemak pagi2 kot. Baru la perut tu tahan. Dah la sini takda teh 'o' ais limau bancuh sendiri. Balik2 cappucino yang kecik tu minum tak puas. Camne la nak tahan sejuk??



So untuk minggu ni, aku kena siapkan satu paper. Tak banyak pun mukasuratnya. Dapat 4 ke 5 mukasurat pun dah ok. Aku takut nanti karang aku tulis, tulis, tulis, orang lain tak paham. Heh. Biasa la kalau orang melayu dah menulis. Bunganya lagi banyak dari isi. Harap2 la aku tak lagi menulis macam tu. Dulu time mula2 buat master memang macam tu la aku tulis. Ntah, silap2 aku sendiri pun tak paham kalau baca benda yang aku tulis tu sekarang. Tapi tak apa. Berusaha dan berusaha lagi.


Tapi memang aku terasa macam nak bercuti. Hmm nak pegi mana ye??

p/s: gambar-gambar tiada kaitan dengan ini cerita..heh

Ciao Ciao..bourna giornata

9 comments:

iso said...

Meh la dtg sini bercuti :D penginapan n makan aku sponsor

Az Azrinudin Alidin said...

woh ujung dunia tu..ko jangan silap2 sampai aku kat situ karang hehe

Az Azrinudin Alidin said...
This comment has been removed by the author.
Oyis said...

bang, pakai syampoo apa bang? just kidding..

kena gi jln kot azri. aku pon lemau smcm ni ha. i blame the weather *sigh*

dLyn aZmi said...

jom jom gi jepun!
hehehe

MRM said...

He he, with the long hair and all, rupa sudah macam ala2 Jacob Black dalam movie Twilight lah :)

Az Azrinudin Alidin said...

Oyis:
nama saya azri...cube teka iklan syampu apakan itu klu aku jadi modelnya..hehe

dlyn:
jauhnye nak pegi jepun..pengujung dunia tu..takpa la aku pegi milan je la, dekat, sejam je dah sampai.

MRM:
siapakah itu Jacob Black..si vampire kah, si wolf kah atau si pak pacak kah? hehe

jgn puji lebih2 wei..karang makin panjang rambut ni lol

miSs inTerpReted said...

hi azri,

i've been reading ur blog for quite a while. ni nak tanye, dekat which part of switzerland yg ada pemandangan mcm gambo kt entry ni? bukan apa, my aunt is coming to vienna next week and we were thinking of travelling to schweiz.i'll really appreciate it if u can suggest tpt apa yg must see...

thanks!!

sabariah.salleh(at)gmail(dot)com

Az Azrinudin Alidin said...

Hello Miss,

Tempat saya pegi ni namanya jungfraujoch, grindelwald ngan interlaken. Klu pegi swiss mmg kena pegi sini la. But saya nak ingatkan, kat sini SEMUA nya mahal.

Klu nak pegi sini..naik train pegi interlaken. so dari interlaken bole pegi grindelwald or pegi jungfraujoch.

Saya pun tak jalan sgt kat swiss ni so agak susah saya nak suggest. Tapi my friend said, geneva is modern city, zurich is mixture of old and modern city and berne is, mostly old town.

So susah nak cadang. depends nak tgk apa. tapi bole jugak pegi all those town sehari pasal sini ada one day pass which one time pay for all transportation.

Btw, you duduk vienna ke?