Monday, 16 November 2009

Kotak Kiriman dari Keluarga

Salam,

3 bulan lepas, keluarga aku ada menghantar bekalan makanan dari Malaysia ke sini. Di negara orang puteh ni tak banyak pilihan makanan so mak aku pun kesian dan hantar la serba sedikit serbuk-serbuk masakan dan paling utama adalah maggi. So mari kita lihat apa yang ada dalam kotak ini sampai mengambil masa sampai 3 bulan untuk sampai ke tangan aku di Lugano, Switzerland.

Inilah kotaknya setelah 3 bulan dalam perlayaran

Kotak dari pandangan atas. Takde sebarang kerosakan walaupun dah berlayar selama 3 bulan.

Aha..ada sedikit lubang di situ..camne nak claim kat dorg ni? :P

Setelah kertas kuning untuk mencantikkan kotak di buka..sama je rupanya macam kotak lain :D

Di dalam kotak ada plastik..untuk keselamatan diri, kata aziz satar hehe. Ini supaya dalam kotak tak basah kalau kena air, jadi ini plastik untuk keselamatan makanan.

buka la baru tau apa kat dalam. Buka laa

Ada note untuk aku. Tulisannya berbunyi "al kisahhhhh, al kisah kotak ini seberat 15 kilogram.."

Ini la dia isi dalam kotak. Cuba teka apa lagi yang ada dalam kotak itu. Hadiahnya adalah lawatan ke bangunan baru FSKTM!! :D

Ikan bilis yang takde dijual di sini. Masalahnya aku tak tau nak masak apa pakai ikan bilis..hehe

Kurma konon-kononnya berharap kotak ni sampai sebelum hari raya..tapi tidak kesampaian :(

Amplang, keropok sabah yang sedap dan bikin lidah gatal. Cantik sudah dia punya bungkusan. Siapa2 mau cuba contact aku. :)

Satu-satunya teh pekat dari sabah. Di sini, teh ada macam2 tapi semua tak pekat so tak rasa teh tapi rasa gula je lebih

Ketibaan kotak ini aku sambut dengan gembira sambil berpeluh2 mengangkut dari pos opis ke rumah dalam musim nak sejuk ni. Aku terpikir kotak ni hancur pasal dah dekat 2 bulan lebih tak sampai2. Aku pun putus harapan dah bila pikir kotak ni mesti dah takde rupa. Tapi aku silap bila dapat kotak ni. So lepas ni bole la hantar pakai laluan air yang lebih murah dari udara.

ciao ciao, bourna giornata...

10 comments:

MRM said...

ooOo...banyaknya goodies! Enjoy your stock of food! :)

p/s Ikan bilis boleh buat as perisa bila tumis sayur ka, etc. Kalau tak pun, goreng garing aje, hari2 yang malas nak buat apa2, boleh jadikan tu sebagai lauk makan dengan nasi, pun dah sedap :D

dLyn aZmi said...

wat cucur ikan bilis lah..
kurma tu bley makan utk raye aji :P

Oyis said...

bang, goreng pon sodap bilis tuh.

btw, jeles aku nengok kan stok ko. brp kena weh? (in RM). nnt nak mintak family aku post gak le.

aku setuju tang teh tu. ngong betul xde teh pekat. cair smcm je teh dia. nak buat teh susu mmg x feel langsung. teh O je la baru ok sket. ala ko pon tahu, duk umah aku seminggu tu asyik duk buat teh O je dkt ko pon hahahaha

Az Azrinudin Alidin said...

MRM;
aku klu masak lauk ngan sayur aku campur sekali..senang nak masak tak payah pikir2 nak makan sayur apa. Tapi lauk tetap kena pikir.

Dlyn;
Raya Haji nnt pegi rumah wak nin kot..terbiar la kurma tu nnt. Cube bgtau sikit camne nak buat cucur ikan bilis tu nak tau gak..aku tak reti laa

Oyis;
aku tak tanya la pulak brapa dorg antar tapi lagi murah dari antar pakai flight, cuma kena tunggu 3 bulan la ek..lama tu

tu la teh sini tgk rupa terus takda selera hehe

Kechik said...

hahahha..bro..ikan bilis tu lu simpan elok²..masak sayur ke nak masak sambal ke bleh guna benda lain..ikan bilis tu layan bila lu tengah bosan tak tau nak makan apa atau lu tengah kering time tu..amik tepung lu bancuh ngan ikan bilis pastu buat cucur atau bahasa saintifiknye cekodok..hahah..pastu cicah sos cili makan panas² time tengah kesejukan..sangat melayankan..hahaha.. [^___~]

Az Azrinudin Alidin said...

iyo la kechik..nnt aku buat klu ada dah agak tak tau nak masak apa. Nanti aku simpan elok2 ikan bilis tu k :D

Nabil said...

ikan bilik goreng pun sodap!!

eh takde kiriman dvd dan game cetak rompak ke?

Az Azrinudin Alidin said...

nabil:

bapa aku nak kirim daun kari pun dia tak berani takut orang sini igtkan tu dadah haha

yang cetak2 rompak ni aku balik karang aku beli la bawa sini >:P

Alfian_Troxion said...

buleh buat side bisnes ngan satu bungkusan ni je pon... hehehe

cik-zura said...

tumpang lalu.. sume stock tu hanto pakai pos parcel shj kah? tgh duk survey nak hantar stock mcm ni ke lugano juga ;o)