Friday, 11 December 2009

Baru Aku Tahu

Salam.

Hari rabu lepas (9/12/09), kawan aku orang malaysia yang paling awal belajar di Lugano ni pegi berviva atau dalam kata lain "mempertahankan" thesis. Aku sebagai orang malaysia pun hadir memberikan sokongan moral supaya supervisornya takut nak tanya soklan (aku tipu je ni).

Yang menariknya, kawan lelaki kepada kawanku ni dah siap-siap bawa bunga bagi kat kawanku sebelum dia masuk viva. Jadi aku dengan penuh rasa ingin tahu bertanya la kat kawan lelaki kawanku ni. Aku tanya kenapa bagi bunga awal-awal, kan belum tentu lulus. Kemudian dia balas (tapi aku translate ke bahasa melayu la ek)," Kalau di Italy bila dah kena panggil viva tu maksudnya dah lulus, sebab kalau supervisor tak nak bagi lulus dia tak bagi pergi viva".

Aku balas, "tapi kalau di Malaysia, kalau pergi viva tak tentu lulus.." belum sempat aku sambung dia balas balik,

"tapi kalau benda tu jadi di Italy, dah lama supervisor tu mati....".

Oooh. Aku angguk paham.

ciao ciao, arridiverci.

4 comments:

noris said...

wah mcm germany gak la ek? eti pernah blog psl viva experience kwn dia kat sana baru2 ni. best nya la kalo masuk2 dah tahu lulus.... kat UK mcm Msia gak, apa bole buat!

Az Azrinudin Alidin said...

tu la..lps ni mmg tau dah klu sv tak nak bagi kita pegi viva..maksudnya mmg tak layak lulus

tapi paling best tu klu tak lulus bila dah masuk viva, mmg nak kena la sv tu..haha

tau2 je la kan italy banyak mafia..mana tau anak dia mafia ke yg tak lulus tu :D

MRM said...

Ha ha, tergelak baca entry kali ni :P

Best juga macam tu kan. At least, it's between sv / committee group dengan kita aje. So keep on improving je la kerja kita sampai diberi green light utk ke viva.
Ni kalau macam M'sia masuk viva baru tahu lulus ke tidak, dgn nak kena deal with examiners yang tak tahu pun sapa, aiyak!

Alfian_Troxion said...

betapa pentingnya kelulusan tok guru sebelum viva :) Macam tu la baru betui ye dok... :D