Sunday 4 September 2011

Kisah Rambut Seorang Pelajar PhD

Post lepas janji nak letak gambar kan..

TADAAAaaaaa....


KehKehKeh..lihat lah rambutku..berubah kannnnnn..

dari post lepas aku perasan..style rambut aku complete satu pusingan dari pendek biasa-biasa, panjang berserabai, kemudian panjang sampai boleh diikat rambut tu..sampai la ke minggu lepas, aku terbotakkan kepala..semua style rambut ni dalam tempoh 3 tahun..dari start buat PhD sampai la ke sekarang.

pada sapa yang nak tau di mana gambar-gambar ni diambil..sila la baca lagi..kalau tak nak baca pun takda sapa halang..heh


***baca sambil tengok gambar dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah..klu tak ikut aturan, sendiri tanggung la eeehhh***

- gambar ambik kat Malaysia, kalau tak silap dekat Medan Mara. Time ni rambut smart pasal masih kerja dan baru dapat cuti belajar.

- gambar ambik kat Florence, Italy, dekat dengan butik Salvatore Ferragamo. Rambut baru simpan tapi belum berapa nak panjang.

- gambar ambik kat Venice, Italy, nak balik ke bilik sewa jauh kat hujung Venice. Rambut dah start serabai. Tapi tetap nak simpan rambut.

- gambar ambik kat Paradiso, Lugano, tengah tunggu final Euro 2010, Spain lawan Holland. Rambut baru potong tapi nak simpan balik.

- gambar ambik kat rumah wak nin di Limerick, Ireland, tengah tunggu bas pergi Dublin. Flight dari Dublin pegi Milan. Antara gambar aku berambut paling panjang.

- gambar ambik kat puncak Jungfraujoch, Alps, pergi sekali dengan Othman family. Rambut dah panjang. Selalu ikat tapi time ni getah ikat rambut putus.

- gambar ambik kat Centro, Lugano, masa carnivale. Tengah tengok anak Othman, Husna berbaris. Time ni rambut baru nak simpan.

- gambar ambik kat train station balik dari Fox Town, boring-boring tangkap gambar sendiri. Time ni rambut baru nak panjang. Tapi masih kemas.

- gambar untuk apply visa pegi US. Time ni rambut panjang sampai boleh ikat ke belakang.

- gambar ambik kat dalam Ice Palace di Jungfraujoch. Rambut tak ikat pasal getah ikat rambut putus.

- gambar terbaru ambik kat Plymouth. Melawat Noris sambil sambut raya. Dah takda rambut dah time ni.

- gambar ambik di Faido time barbeque dengan MUSILY. Time ni memang dah malas nak simpan rambut. Nak rambut pendek sama macam time kerja dulu.

- gambar ambik di Plymouth kali pertama melawat Noris. Time ni rambut dah panjang di belakang. Rambut depan kira pendek lagi pasal kalau di tarik tak sampai ke mulut pun.

- gambar ambik masa naik train ke Jungfraujoch. Panjang kan rambutku..hehehe

- gambar ambik kat building di Cliff of Moher, Ireland. Rambut tengah panjang. Kena pulak angin tiup. Baru feel..hehe

- gambar ambik kat Cliff of Moher, Ireland. Terasa seperti rocker pulak rambut mengerbang macam tu. Masa tu hantu kak limah belum keluar lagi yer.

- gambar ambik depan kedai jam di Limerick, Ireland. Rambut tengah ikat kemas punya.

- gambar terkini rambut botak beraya di rumah Noris di Plymouth. Time ni tengah makan-makan sebelum melawat rumah student malaysia yang lain.


Amacam, hebat tak kisah dan sejarah rambut aku ni..macam rockers tak jadi, hantu kak limah sikit lagi kalah kalau bertanding rambut. hahaha. bila dah botak ni, sejuk jer kepala. siap bole joke dengan family. ni rambut baru balik umrah. umrah kat Milan dengan London. Hehehe

5 comments:

MRM said...

Aku suka style rambut paling lasttttt sekali!

p/s Apasal getah rambut asyik putus daaa...lain kali beli yang berkualiti sikit! :P

Oyis said...

mas, itu gmbr amik kat umah kita la tu hehehe. mmg terkejut jg tgk azri masa dia dtg tu. sbb last visit, rambut dia pjg. saiful cari kat stesen keretapi pon susah nak jumpa sbb dia duk scan2 crowd cari yg rambut pjg hehe

Az Azrinudin Alidin said...

Mas:

style rambut paksa rela tu mas hehe..tergunting sampai jadi camtu

Noris:

Aisyah pun sampai silap orang time first dia bangun tido tu..dia igtkan aku ayah dia..haha

kat dalam gambar-gambar tu ada gambar firt time aku datang plymouth..dulu berseri jer muka..skrang ni berkedut dengan phd haha

MRM said...

LoL, boleh bayangkan muka Saiful blur2 cari org rambut panjang! :P

Aku anytime mmg suka org rambut clean cut, ala2 abang2 tentera. Tapi husband aku tak suka buat sebab muka dia bulat. Banyak kali gak la trick dia supaya buat, termakan jugalah pujuk beberapa kali tapi selalunya tak berjaya la, haha.

Hai...org yg takde kereta pun dengan penuh hormat pergi menyambut tetamu kat train station, mana ko nak dpt host sebegitu sekarang ni, salutelah kepada Encik Saiful sekeluarga :)

Az Azrinudin Alidin said...

memang banyak terima kasih kat family Saiful..termasuk Noris ngan Aisyah la tu kan..hehe

lain kali insyaAllah pegi lagi kehkehkeh

err mas lain kali time husband ko tido ko gunting la separuh..nak tak nak terpaksa gak dia buat tu..hahaha