Friday, 20 August 2010

USA

Dah sebulan dah aku duduk kat US ni. Boleh dikatakan sekarang ni aku dah adapt dengan environment sini. Yang tak best duduk kat US ni adalah perbezaan masa dengan Malaysia (-12 jam, 6 pagi Malaysia, 6 petang US). Susah nak berhubung dengan family. Tambahan pulak sekarang ni bulan puasa. Orang kat Malaysia dah makan-makan, aku masih lagi puasa. Rasa pelik sikit bab time ni.

Tempat aku buat kerja. Aku malas nak duduk bilik sendiri


Cerita pasal puasa, kat sini alhamdulillah setakat ni takde la cabaran besar sangat. Berbanding dengan tahun lepas berpuasa di Lugano dengan Padua. Memang mencabar iman dengan panas, tambah lagi masa tu aku pegi summer school dengan makanan free terhidang setiap masa. Sampai ada seorang IR expert ni dah kenal aku pasal aku sorang jer yang tak makan.

Aku attached kat research group ni


Cerita pasal kerja, ada la sedikit progress. Kenapa sedikit? Pasal dalam plan hari tu tak anticipate akan ada problems kat programming. Selalunya direct call jer dari API tapi benda yang aku tengah buat sekarang ni involve system library. So kat simulator mmg dia jalan tapi bila execute kat device terus keluar berpuluh-puluh error. Sekarang ni tengah stuck kat situ. Mungkin kena minta tolong programmer AT&T. Aku dah skip kerja ni and buat keje lain. Benda yang aku program tu, hampir semua sensors dalam iPhone dah dapat extract tinggal nak save dalam database dengan buat time interval.

Hall of Fame orang-orang AT&T


Duduk sini rasanya macam cepat penat. Sekarang ni balik jer, lepas berbuka, solat terawih terus padam. Macam battery kena switch off la pulak. Blog ni sebenarnya nak update dari hari Isnin hari tu tapi balik rumah jer terus low battery. Ni pun tulis kat opis. Hehe mengelat sekejap dari pikir pasal programming. Tu la kehidupan aku. Masuk opis jer, buka laptop buat programming. Membaca memang takde la. Bosan gak kalau hari-hari tengok code. Tetiba rasa nak membaca pulak...


Ciao ciao


5 comments:

Oyis said...

mesti byk pengalam ko kan. tabik la bang!

Az Azrinudin Alidin said...

susah gak nak cakap banyak ke tidak pengalaman aku ni tapi aku bersyukur sebab diberi peluang untuk merasa bekerja ngan kompeni besar mcm ni

Alfian_Troxion said...

taruskan usaha :D at least dapat experience buat internship ye dok (eh, internship ke?).... nanti dalam CV best sket kot2 in the future nak... nak... :D

Az Azrinudin Alidin said...

yer alpian al-pain...aku buat internship..mmg boleh taruk kat CV tapi yang penting tu contact.. ;P

yzmahoney said...

caiyok2! nanti kite kuatkan lg multimedia retrieval research field dlm department kite dgn contact2 yg power.. hehhe ke dgr2 kabar angin sepoi2 yg multimedia dept nk dimansuhkan...?? owwhh tidakk...