Tuesday, 27 July 2010

United States of America




Dah 2 minggu aku kat US ni. Aku pun baru jer nak sihat balik. Biasala kalau dah pergi tempat orang ni kan. Mesti sakit pasal baru nak sesuaikan diri. Macam hari tu bila baru-baru sampai Swiss. Sakit gak tapi tak ingat sakit apa. Hari tu masa baru sampai US ni aku batuk dengan sakit tekak. Susah nak tidur malam. Sekarang ni alhamdulillah dah sihat. Cuma masih batuk sikit-sikit.

Aku ada ambik gambar tapi masih tak save dalam komputer. Masih tak sempat nak explore New Brunswick ngan Rutgers Uni. Bangunan AT&T ni tak payah cerita la. Memang bole sesat kalau main redah-redah. Pusing kiri, pusing kanan semua lorong bentuk sama. Tak paham aku camne dorang design bangunan ni. Ke aku yang mudah sesat. Heh.

2 minggu ni aku tak berjalan kemana-mana pun. Berjalan pun saja pegi pusing-pusing shopping complex kat sini. Tu pun nak saja nak cari bangunan ada aircond. Panas sangat kat sini. Berjalan kat US tak macam kat Europe. Sini sume kena pakai kereta. Tempat pun scattered. Shopping complex merata-rata sepanjang highways. Ni highways takde tol tapi ada jalan 3 lines. Public transport memang tak bole harap. Serupa macam KL. Memang sungguh berbeza cara sini dengan cara Europe.

Sini mewah dengan makan. Orang dia pun gemuk-gemuk. Makanan pun bole di katakan murah compare to Swiss. Yer la kan Swiss tu takde satu benda pun yang murah. Haha. Lagi nak compare. Sini sekali makan memang membukit. Tapi kebanyakannya makanan yang agak-agak murah tu kurang sedap. Macam orang berniaga kat pasar ramadhan. Nampak macam sedap tapi bila masuk mulut ada saja yang kurang. Sini macam tu la cuma kalau nak sedap tu kena pegi restoren mewah-mewah sikit. Kata student malaysia sini la. Takpa nanti aku try. Sekali cukup la kan.

Rasa nak berjalan ke states lain tapi tak tau bila nak pegi. New York pun aku tak pegi lagi...

4 comments:

DesignChef said...

all the best wei, jaga diri baik!

Alfian_Troxion said...

sbb panas kot... tu pasal kena naik keter sana sini :) ko nye accommodation dekat2 ngan tempat kerja ke? ...

Az Azrinudin Alidin said...

jauh pian..dekat 45 minit klu tak jam..susah nak cari bilik sewa hari tu

Oyis said...

wah bunyinya life kat sana lg mecabar pada kat swiss yeh? tp bab mkn je bunyi nya ok sket haha. rajin2 la tulis cerita weh. nk tahu gak alkisah di sana :)