Thursday 4 February 2016

Tukar MyKad Sebab Aku Gemuk

Lama dah aku nak tukar mykad aku ni. Rasanya mykad aku ni last aku tukar lebih kurang 10-15 tahun lepas. Hari tu nak buka bank akaun Hong Leong, mykad aku tak dapat baca. Akhirnya pegawai kat kaunter tu cakap "Encik tukar mykad dulu la encik. Dah cuba berapa kali tak dapat ni." Sedih aku. Mykad aku kena rejek.

Hari Sabtu bulan Januari ntah berapa hari bulan aku pun bawa la bini aku sekali tukar mykad. Mykad bini aku pun dah lama, kena tukar baru. Gambar muka kat mykad bini aku tu sangat la innocent. Muka budak. 

Gambar muka kat mykad lama aku pulak sangat ganas. Kalau ada orang tengok gambar tu semua komen "apsal muka ko garang sangat ni" atau pun "ish muka macam orang baru keluar penjara". hehehe

Proses tukar mykad sekarang ni sangat mudah. Kudos to Jabatan Pendaftaran Negara. Hari Sabtu pun buka opis. Proses nak tukar mykad sangat senang. Ambik nombor giliran. Tunggu kena panggil. Serah mykad lama. Thumbprint ibu jari kiri dan kanan. Kalau nak tukar alamat bagitau pegawai kat kaunter tu. Bayar cas tukar mykad. Tunggu pulak nak ambik gambar. Ambik gambar dan selesai.

Since aku buat tukar mykad ni hari Sabtu, aku kena tunggu hari Isnin untuk ambik mykad baru aku. Ada orang bagitau kalau buat masa waktu bekerja (Isnin-Jumaat) tunggu sekejap je dah siap. Oh..aku tukar kat Putrajaya. Kalau tukar kat cawangan, aku dengar seminggu gak baru siap disebabkan cawangan hantar ke Putrajaya kemudian Putrajaya hantar balik ke cawangan mykad yang dah siap. Tapi yang ini aku dengar-dengar jer. So tak sahih. Tapi sape-sape yang dekat dengan Putrajaya, tukar kat sana jer la, lagi senang dan cepat.

Sementara tunggu mykad aku siap, aku dapat la benda ni. Dokumen Pengenalan Sementara.

Kalau aku kurus. Aku tukar lagi mykad

Muka budak ganas baru nak UP




No comments: