Saturday 31 December 2016

Happy New Year

Beberapa minit jer lagi nak tahun baru 2017. Esok pagi, aku kena hantar lina, adik aku pegi airport untuk penerbangan jam 7 pagi. So agaknya pukul berapa nak bertolak? Jam 5 pagi. Duish.

Tadi aku plan nak tidur awal sebab esok kena bangun awal pagi. Tapi terasa nak minum kopi. Nah hilang mengantuk. Double Duish. Pas tu gatal pulak google schedule EPL malam ni. Liverpool vs Man City jam 1.30 pagi. Alamak, kalau tengok memang tak tidur. Tapi dah lama tak tengok bola.

OH..mak mentua aku masuk hospital lagi. Rasanya tahun 2016 ni adalah dalam 5 kali masuk hospital sebab sakit yang pelbagai. Sakit jantung, paru-paru, hempedu, angin dan gastrik. Semua berkait. Dari hospital Klang ke PPUM ke hospital Shah Alam ke hospital Sungai Buloh. Aku berdoa semoga kesihatan mak mentua aku akan pulih seperti sedia kala. Iyalah bila umur dah meningkat, macam-macam penyakit mula datang, lagi-lagi bila masa muda dulu tak jaga kesihatan. Ini peringatan untuk aku dan juga bini aku.

Untuk tahun 2016, Alhamdulillah banyak yang aku belajar, banyak yang perolehi, dan banyak yang perlu aku perbaiki. Memang aku bercadang untuk catat apa yang termampu dalam blog ni supaya aku dapat merenung kembali, bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dan juga memperbaiki apa juga kekurangan. Yang penting dengan menulis dalam blog ni aku dapat merujuk kejadian lepas yang mungkin berulang pada masa depan. 

Alhamdullilah dan syukur juga azam tahun 2016 hampir semua terlaksana. Aku berjaya kurangkan berat badan dari 75++kg ke 55+- kg. Lepas tu naik balik ke 65++ kg. Aku dah start labur saham, ada untung ada rugi. Sekarang ni aku kena lebih consistent untung. Kena lebih banyak ulangkaji. Kena spent masa untuk study semua tu. Aku dah dalam proses beli rumah di Nilai. Tujuan aku beli rumah tu untuk disewakan. InsyaAllah aku akan beli rumah untuk aku duduk sendiri. Simpanan untuk keluarga juga aku dah jalankan dan akan berterusan ke tahun ni. Dokumentasi pun sama, kena lebih rajin menulis. PhD aku start berbincang cuma aku perlu start untuk buat. Kena buang semua alasan dan kena fokus. 

Perkara pertama yang aku perlu buat untuk tahun 2017 ni adalah untuk listkan benda-benda yang aku ingin capai sepanjang tahun 2017. Moga perancangan ni dapat dilaksanakan.

Amin.

No comments: