Wednesday 31 October 2018

Belakang Badan Gatal-Gatal

Huish..memang perit la wei.

Sejak Aqilah lahir hari tu, belakang badan aku jadi gatal-gatal. Tak tau la sebab apa tapi aku suspect sebab aku tidur di lantai beralaskan karpet. Karpet tu pulak dah lama. Sebelum Aqilah lahir rasanya dah hantar basuh tapi mugkin tak bersih kot.

Tapi aku pikir mungkin juga ada few combination of events gak. Lepas sebulan Aqilah lahir, Aqilah kena admitted kat hospital sebab injection BCG kat lengan dia bengkak. Aku jadi kurang tidur dan sedikit stress. Lepas tu, tak lama selepas Aqilah keluar hospital, mak mertua meninggal dunia di Kelantan. Pasal tu la aku tak post apa-apa bulan September lepas. Jadi la penat dan tempat tidur yang tak menentu. Biasalah di kampung bila dah ramai-ramai, tidur pun asal ada tempat untuk baring.

Sejak balik dari Kelantan tu, gatal-gatal kat belakang ni makin teruk. Sampai la hari ni dah nak masuk 3 bulan. Mula-mula aku anggap biasa ja sebab aku ni kulit sensitif. Sampai la 2 minggu lepas aku tak tahan aku pergi jumpa pharmacist, nak minta ubat sapu. Pakai ubat sapu ni terkawal la jugak gatal-gatal ni tapi tetap tak elok. Sebab tak tahan aku gagah jugak la pergi jumpa doktor.

Doktor bagitahu memang teruk dah belakang ni. Doktor yang cakap ni cuma doktor biasa tau. Kalau jumpa specialist rasanya lagi banyak dia komen. Doktor ni suspect mungkin aku ada diebetis sebab aku bagitau aku kurang berpeluh sekarang ni. So dia deduce probability of diebetis based on family history dan juga umur aku. Minggu ni nak kena puasa dan kena buat blood test.

Hopefully bukan diebetis la. Sebabnya aku perasan memang malam aku berpeluh dan menggaru belakang. Kadang-kadang tu dalam mamai tu aku bergaru. Kadang-kadang memang tak sedar, esok pagi belakang rasa pedih dan perit. Doktor tu bagitau kesan garu kat belakang aku ni dah kena jangkitan bakteria dah, bukan fungus jer. So condition nya memang sangat-sangat teruk.

Semalam aku pegi jumpa homeopati. Ustaz tu cakap aku ni kurang berpeluh. Badan penuh toksin. Kena tukar sabun, kena kawal dan tukar makanan dan minuman. Ustaz tu suruh aku pakai tepung kanji untuk kurangkan gatal. Nanti kita tengok la progressnya macamana. Doakan lah supaya gatal-gatal ni sembuh dan tak merebak ke tempat lain. Mohon doanya kawan-kawan.

1 comment:

perjalananhidup said...

assalamualaikum,
semoga kembali sihat seperti sediakala, en.azri. in shaa allah.. sy percaya "you are what you eat". healty diet. syafakallah syifaan ajilan, en.azri.