Friday 19 October 2018

Reason for not blogging in September

With so many things happened in September, it is very hard for me to start blogging again. Tapi dah niat dalam hati masa nak aktifkan semula blog ni. Paling sikit pun sebulan sekali aku kena tulis sesuatu. Bukan untuk orang lain baca tapi lebih kepada catatan hidup untuk dibaaca semula oleh aku dan juga mungkin oleh anak-anak dan cucu aku. That's why my blog posting is always about what happen around my life events, computing stuffs, and of course stock investing.

Sejak aku masuk department baru ni, kadang-kadang sangat susah aku nak buat posting sebab kerja-kerja aku sekarang ni pun dah terlalu banyak involve dengan penulisan. Rasa macam bila nak buat blog post tu, timbul perasaan "ish menulis lagi, dah la kerja pun banyak pikir nak tulis apa, blog pun nak kena tulis lagi". Sebab tu jadi lama tak buat blog post.

Satu lagi aku memang tak cukup rehat. Selain kerja dari Isnin ke Jumaat, Sabtu dan Ahad aku ada kelas training untuk dapatkan certificate data scientist. Nasib baik dah nak abis dah kelas ni. Minggu depan aku exam. Tapi dalam tak sedar tu dah hampir 3 bulan aku tak rehat. Hujung minggu pergi kelas. Kerja macam biasa. Kadang-kadang sampai tak sedar hari ni hari apa. Cuma pada aku, ambik certificate data scientist ni, bagus untuk tambah ilmu walaupun penat. Cuma aku harap dapat la implement benda yang aku belajar dalam data scientist ni.

Aku memang nak cerita apa terjadi dalam bulan September 2018. Aku cuba untuk buat blog post pasal kisah-kisah ni. Dan juga progress aku dalam saham (hint: rugi banyak sebab US-China trade war, kena buat strategi baru). Kata kuncinya adalah tukar mindset. Tapi sangat susah. So tu jer la dulu. Nanti aku buat blog post baru untuk cerita yang lebih panjang berkenaan September 2018

No comments: