Thursday 8 September 2022

Umrah (1)


Alhamdulillah, kami diberi keizinan dan kesempatan untuk menjalani ibadah Umrah. Sebenarnya nak pergi Umrah ni dah lama rancang, sebelum Aqilah lahir lagi. Lepas dapat tau bini aku mengandung Aqilah, aku fikir better tangguhkan dulu Umrah sebab bila buat Umrah ni, fizikal kena mantap sebab kita akan banyak bergerak.

Then satu hari tu bini aku cakap nak buat Umrah. Lagi sekarang ni dah takda sekatan lepas pandemik Covid. Aku pun ok kan. Mula-mula tu jadual asal sepatutnya pergi 31 Ogos. Tapi ditunda sebab tak dapat nak confirmkan tiket. Kami masa tu dah terpikir kalau tunda lama sangat kena cancel la. Bukan senang nak sesuaikan tarikh lagi-lagi anak-anak tak ikut. Kena susun elok-elok. Kebetulan time tu cuti sekolah. Nasib baik lah tunda pun tak lama, cuma cuti tu kena adjust sikit la.

Untuk aku, ni umrah yang kedua aku pergi. Umrah pertama dulu dengan family aku, masa tu bujang lagi. Bini aku kali pertama Umrah. Aku risau juga dengan bini aku sebenarnya sebelum pergi tu sebab sebelum pergi tu dia selalu mengadu sakit lutut. Macamana pun kena tawakal sebab bila pergi Umrah ni, semangat dia lagi macam. Ramai yang cerita, time kat sana langsung takde rasa sakit-sakit ni. Dah balik kampung baru la rasa sakit tu.

Alhamdulillah juga, pakej yang kami beli boleh kata paling murah pada masa tu dan berpatutan. Dapat la juga transit kat Oman tapi tak dapat nak keluar dari airport. Duduk la airport dekat 22 jam. Yang best dapat hotel percuma termasuk makan. Yang tak best pusing dalam terminal jer la. Tak boleh buat apa. 

Depan hotel dalam terminal airport Oman

Group Umrah kami tak ramai cuma 20 orang, 4 keluarga. 2 keluarga suami isteri (termasuk aku dan bini), lagi 2 keluarga bawa sekali anak-anak. Keluarga yang bawa anak-anak ni kedua-duanya dari Sarawak. Bagusnya bila tak ramai ni, senang sikit Ustaz mutawwif tu nak kawal. Kepatuhan pada masa pun tepat. Takde la menunggu lama. Bila dah janji sekian-sekian jam, takde yang lambat.

First day transit kat Oman tu takde benda nak cerita. Sebab duduk dalam terminal je. Ustaz mutawwif tu tak galakkan kami keluar sebab tak nak jadi masalah. Ceritanya pernah jadi jemaah yang nak berjalan-jalan masa transit keluar dari airport, hampir tertinggal flight sebab kena tipu dengan teksi. Tapi ustaz tu tak halang cuma kami kena pandai-pandai sendiri la kalau nak keluar airport. Nak mudahkan semua pihak, takda sorang pun keluar dari airport sebab taknak susahkan orang lain. 

Kami sampai Oman dah malam, Esok petang baru kami bertolak ke Madinah. So sambung next time..



 

No comments: