Friday, 8 May 2009

Venice-Gambar part 1

Dah cuba beberapa kali untuk upload gambar-gambar masa pergi Venice hari tu di Facebook tapi tak tau la kenapa tak dapat la pulak. Mungkin pasal network kat sini kot. Jadi pasal tu la aku letak gambar-gambar venice tu kat sini. Tetapi aku malas nak letak caption kat gambar-gambar ni, sebab aku pun dah lupa dah nama tempat-tempat kat Venice. Aku pegi sana pun pasal aku terbosan kat sini, memang aku tak rancang apa-apa. Mana tempat kena tanda kat dalam peta yg aku beli time sampai sana tempat-tempat menarik Venice, aku pergi je.

Oh, apa yang menarik kat Venice ni, pertama, pengangkutan utama adalah sampan-sampan dan boat, kedua, tiada kereta dan basikal atau motor. Nak naik rollerblade pun tak dapat pasal banyak sangat sungai, jadi jambatan pun banyak. Masalahnya jambatan dia bertangga, jadi tak dapat la nak berskating. Kat sini semua kena pakai sampan, teksi pun sampan, dan ambulan pun pakai sampan. Dan kat sini banyak la bangunan-bangunan lama yang tak tau la bina kurun ke berapa. Yang tak seronok kat Venice ni ialah kita mudah sesat walaupun kat dalam satu pulau kecil. Jalan-jalan kat sini sempit-sempit muat dua orang bahu ke bahu. Dan makanan kat sini mahal-mahal belaka.

Bagi aku, untuk pergi ke Venice adalah tidak digalakkan untuk pergi seorang pasal bila kat situ pasti akan teringat orang yang tersayang, hahaha.

gambar atas ni sekolah tau, saja nak tunjuk
macam ni la jalan kat Venice, memang mudah nak sesat

4 comments:

iso said...

ko teringat dkt aku? malu la ;)


aku dgr diorg nk tenggelam kn venice, btul ke?

Az Azrinudin Alidin said...

buat apa igt kat ko wei..takder makna

ntah la..wat apa nak tenggelamkan venice ni..dah la tempat cantik..tapi yahudi ramai oo kat sini

iZuan said...

2 buah gambar terakhir tu tak best langsung..

muahaha..

azazmeer said...

abg ciko ckp.."mcm simba!!" abg riko ckp "hidung sabun tetap mnjd pujaan hatiku.."