Saturday, 22 May 2010

Family datang menyinggah...

Salam..

Esok family aku dari mesia datang. Apsal aku tulis menyinggah kat tajuk tu? Yer la family aku datang sekejap jer bukan duduk lama-lama sampai aku abis PhD pun. Dalam perasaan gembira2 family nak datang ni, tercampur gak perasaan tensen2 dan stress. Pasal apa? keje banyak wei, lagi dengan preparation nak pegi internship kat US tu banyak benda tak settle. Tambah2 pulak dengan visa belum dapat lagi, rumah nak tinggal kat sana pun belum settle sepenuhnya..perghhhh sakit kepala aku pikir benda2 ni.

Kalau dikira hari nak pegi US tu tinggal lagi 2-3 minggu. Aku risau pasal visa jer la. Tau2 jer la US kan, nak dapatkan visa bukan mcm orang nak dapat visa mesia. Kalau kat mesia, senang jer proses dia. Ni dokumen2 jer dah bertimbun kena isi dan prepare. Sampai involve lawyer kat AT&T. Aku ni berdoa jer la harap2 semuanya berjalan ngan lancar.

Tambah bikin aku stress, bila plan aku nak ber holiday ngan family aku mcm tak boleh nak jadi. Aku kena marking paper students untuk assignment 1, prepare soklan assignment 2 ngan soklan exam. Nak re-use tak dapat dah. Soklan2 lama aku ngan lecturer kelas tu dah jadikan soklan tu as exercise. Pening sekejap. Tapi tetap kena wat jugak. Bagi aku ni yang ini bole settle lagi. Yang ambik masa tu untuk keje yang satu lagi.

Keje yang ni aku kena prepare paperwork untuk internship aku. Kat paperwork ni aku kena tulis perkara2 yang berkaitan ngan kerja yang akan aku buat kat AT&T. Pastu pulak kena present kat comittee kat sini supaya dorg bole evaluate if keje tu bersesuaian ngan PhD aku, dan sesuai ngan time line aku wat internship selama 3 bulan. Keje2 ni tak la susah sebenarnya cuma masa aku sangat2 la limited. Hari tu time aku free takda sapa cakap kena wat. Ni bila dah dekat timenye baru la nak bagitau. Aku bukan apa, aku dah ada plan ngan family aku tapi pasal kerje ni tersangkut la pulak plan aku.

BTW, doa2 kan la aku supaya dapat bahagi masa yang limited ni untuk family yang datang menyinggah ngan keje yang banyak yang semua kene siapkan cepat. Doa kalian semua amat lah dihargai.

Ciao, ciao..

5 comments:

MRM said...

Ye la, sometimes kita dah plan baikkk punya, tapi Dia jua yang menetapkan segalanya. Ada la rahmat di sebaliknya tu. Whatever it is, I pray that you'll get to manage everything accordingly, InsyaAllah, Ameen.

Alfian_Troxion said...

taruskan usaha anda :D insyaAllaah visa sume akan settle. nanti bawak balik experience internship :D

&137 4P15 said...

aku doakan urusan ko dipermudahkan.....

pasal family buli ja bah tu.....teda masa kasi ada jak.....bukan selalu diorang datang....

Oyis said...

best tu family dtg. u can do it!

sumpit said...

aku aminkan doa kawan2 kita semua utk ko. Semoga everything dipermudahkan... :)