Friday 26 August 2011

ter.botak.kan.kepala.

Ni tak tau la kisah sedih ke kisah lawak. Pada sapa-sapa yang tak tau, aku selama duduk di lugano ni, selalu menggunting rambut sendiri. Self-service kata orang. Kenapa aku gunting rambut sendiri? Pasal aku rasa tak berbaloi pegi gunting rambut kat kedai pasal mahal sangat dia charge sekepala. Paling murah pun 15 chf. Pada orang macam aku yang selalu gunting rambut kat kedai india masa kat malaysia, memang tak berbaloi bayar 15 chf semata-mata nak trim rambut. Aku bukan nak gunting rambut bergaya fesyen terkini.

Maka tersebut la kisah yang terjadi petang Khamis tadi. Aku menggunting rambut aku sendiri pakai mesin yang boleh letak extended "kepala". Ada "kepala" 1 sampai la "kepala" 8 kalau tak silap. Aku selalu gunting rambut pakai "kepala" 4. Kira yang sedang-sedang saja la pendek rambut tu lepas dah gunting. Kalau ikut mark kat "kepala" 4 tu, benda ni potong rambut sampai setengah inci.

Sooooo..aku pun start gunting rambut. Dari belakang ke belah tepi kiri, pastu belah tepi kanan. Bila dah gunting tu aku puas hati. Skrang ni tinggal rambut belah atas nak kena rodok dengan mesin gunting rambut ni. Sekali rodok, ok. Dua kali rodok, ok. Setelah berkali-kali aku rodok rambut aku, tetiba "kepala" 4 tu terlepas dari mesin gunting rambut. Terus zaaaapppp mesin kat tangan aku tu rodok rambut aku kat tengah. Depan pulak tu. Aku tengok cermin. Alamak tak dapat nak save dah. Memang tak dapat nak save.

Last-last, aku rodok gak la rambut sampai botak. HUHUHU. Dah tak hensem dah nak berhari raya. Rasa macam hipster pun ada gak. Rasanya last yang aku ingat aku botakkan kepala time sekolah menengah. Sekarang ni dah complete dah stail rambut aku duduk kat oversea. Mula-mula dulu simpan panjang, sekarang ni dah botak. Cukup satu cycle.

PS: gambar nanti aku upload. Aku upload gambar aku simpan rambut panjang, rambut tak brapa nak kemas, rambut kemas, dengan rambut botak. Tengah nak cari lagi gambar-gambar ni.

9 comments:

sumpit said...

patutnya ko tunggu dtg tmpt aku dulu baru potong. Alem dulu selalu amik tender potong rambut budak sekolah dia, bole je mintak dia potongkan style apa ko nak.

Tp style rambut laki aaa, style pompuan aku pon tak berani bg dia kepala aku.

May Maisarah said...

Aduhh..kelakar pulak bace post nih..

hihi. =))

Az Azrinudin Alidin said...

ET:

aku dh rasa rimas dh..nak potong gak..tambah dengan panas kat lugano ni..berbahang

May Maisarah:
ooo..eeeh kelakar ke..saya tgh bersedih ni!!!

dah terpotong nak buat camne ekkk..suratan takdir der

Oyis said...

eti: mmg patut dia simpan pon. sbb dia dtg UK ni dia ckp sejuk sgt beranding lugano. dah x de penebat

Hanis Haziqah said...

argh. sorry weh. aku ter.gelak. hahahhaa. selamat hari raya maaf zahir batin!!

Az Azrinudin Alidin said...

selamat hari raya la hanis..mentang2 la aku terbotakkan kepala..senang jer ko gelak eehh..k selamat hari raya

Lia Sakinah said...

Sorry la azri...klu aku jadi ko pun aku sedih, tapi aku sbg pembaca citer ni, aku gelak abis...:p
Cepat2la upload gmbo botak...tak sabo nak tgk and btau abarai...hehehe

&137 4P15 said...

muhahahahaha.....inda apalah kalau botak boleh jadi mcm Skretel apa....hebat tu......

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.......

Sazly Salfarina said...

Selamat hari raya azri... gamba weh, kene ade bukti :D