Thursday 17 March 2016

Decision Has To Be Made

Update: aku ambik decision untuk tidak tukar kerana aku rasa famili aku belum bersedia

Aku kena buat keputusan. Memilih untuk kekal atau bertukar ke tempat baru. Kalau kekal aku kena hadapi masalah yang bukan dicipta oleh aku. Kalau bertukar seperti tidak berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Masa dan tenaga pastinya bukan kepada family. Tapi aku buat semua ni kerana family. Memang susah nak buat keputusan. Tambahan pulak aku tidak punya masa yang panjang untuk berfikir. 

Kalau boleh, biarlah semuanya dalam keadaan yang baik. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Aku risau kalau bertukar, orang yang kekal tidak memahami. Kalau kekal, terasa macam tidak dihargai. Memang pening. Nampaknya aku kena istikarah dan bertawakal dengan keputusan yang diambil. Kerana perancangan Tuhan itu lebih baik dari perancangan aku.


No comments: