Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari Separa

Hari ni berlaku gerhana matahari separuh. Maksudnya gerhana ni tak tutup matahari sepenuhnya, separuh jer tutup. Yang aku perasan semasa hantar bini dan anak aku, sinar matahari tak kuat sangat. Tak rasa bahang matahari pagi. Silau tetap ada.

Lepas hantar anak aku ke rumah pengasuh, aku singgah solat sunat gerhana di masjid. Kat masjid tu dia paparkan kat screen kejadian gerhana matahari tu. Aku sampai kat masjid tak ingat nak ambik gambar. Dah abis solat baru ambik gambar kat screen tu. 

Kejadian gerhana matahari ni mungkin la berlaku sekali seumur hidup seorang manusia sebab kita tak tau bila lagi akan terjadi dan kita tak tau bila kita akan pergi. So aku ambik kesempatan ni solat sunat berjemaah.



No comments: