Friday 28 January 2022

Trading 3M's

Sembang pasal trading la pula.

Sebelum tu boleh la tengok-tengok balik posting lepas-lepas kat sini dengan sini. Ada lagi posting aku berkenaan trading ni tapi posts yang dua ni lebih berilmiah pada aku. Post kali ni pun aku nak tulis supaya aku boleh rujuk balik pada masa hadapan.

Rasanya siapa-siapa yang dah involved atau terjun dalam bidang trading ni mesti pernah dengar berkenaan trading 3M's ni. Apa benda 3M tu? 3M tu merujuk kepada Methods, Money Management, dan Mindset. Sebagai seorang trader, kita kena kuasai 3M ni untuk konsisten untung dalam trading. Trading ni adalah kebarangkalian, jadi adalah mustahil untuk 100% untung setiap kali masuk market. Jadi 3M ni macam satu guideline macamana nak berjaya dalam trading.

1. METHODS -10%

Methods ni senang cerita trading stail dan teknik entry dan exit dalam trading. Contoh, ada orang, trading stail dia adalah scalpper atau intraday, ada yang jenis swings, ada yang jenis position. Trading styles ni cara kajian dia tak sama untuk masuk market. Nak entry dan exit pun berbeza. Kebanyakkan trader-trader termasuk aku terlalu banyak fokus kat sini. Tu yang sampai tiap saat nak tengok chart jer. Lepas aku kaji dan reflect balik, methods ni bukan tak penting tapi cuma perlu tumpukan 10% sahaja. Sebab ada faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi kita sebagai trader untuk berjaya.

2. MONEY MANAGEMENT - 20%

Ada setengah orang letak 30%, ada yang letak 20%. Aku lebih selesa letak 20% tapi sebenarnya money management ni kira lebih berat lah dari methods. Money management ni adalah pengurusan duit, atau untuk lebih senang faham pengurusan risiko. Siapa yang pernah trade tak pernah kira risk and reward? Aku pernah. Siapa yang trade tapi tak pernah buat trading journal? Aku pernah. Siapa yang pernah trade tapi tak pernah buat trading plan? Aku pernah. Ini antara sebab kenapa trading aku tak konsisten untung. Lepas tu, money management ni pun sentuh berkenaan trading capital atau modal permulaan trading. Setiap orang tak sama trading capital, jadi risiko yang ditanggung tak sama. Rasanya semua trader pernah dengar ungkapan "rugi itu pasti, untung belum tentu" dalam trading. So bila dapat kuasai money management ni la yang akan membantu meminimumkan risiko agar modal tak hilang. Tak guna kuasai methods kalau capital takde. Contoh mudah sniper yang hebat pun kalau takda peluru tak boleh nak menembak. Gittew.

3. MINDSETS - 70%

Mindsets atau lebih mudah nak faham adalah emosi. Siapa yang baru trade selalunya fail dalam mindsets ni sebab susah nak kawal. Sebab tu la 70% penentu kejayaan traders adalah mindsets. Berapa ramai traders yang hold kaunter rugi dengan harapan kaunter tu akan untung balik? Aku pernah buat benda ni. Ada juga yang kaunter dah untung, dah sampai target profit tapi tak keluar sebab nak untung lebih. Aku salah seorang yang buat benda ni. Belum lagi kaji kaunter lain pastu entry kaunter lain sebab ada kawan-kawan dalam group asik sebut kaunter tu. Ni semuanya berkait dengan mindset atau emosi. Emosi tak nak rugi, nak untung lebih, tak nak ketinggalan, tak dapat buat judgement yang tepat. Emosi ni susah nak kawal sebab kita ni manusia suka menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan tapi semua tu ada permainan fikiran kita jer. Bila aku refect balik, emosi ni juga terjadi sebab overthinking. Senang cerita terlalu banyak mainan perasaan "kalau". Kalau naik lagi, sikit la untung aku, rugi la. Kalau jual sekarang, banyak sangat dah rugi aku ni. Kalau aku tak masuk, rugi la orang lain dah profit ni. Semua ni dalam keadaan tak sedar akan effect trading kita. Jadi penyebab trading tak kosisten untung. Teringat aku video DDNK, dia bagitau nak jadi trader yang konsisten untung kena jadi macam robot sebab robot takde emosi. Keypointnya adalah follow the rules, follow the trading plan. Kalau perlu cut lost kena buat, bila dah capai target profit kena jual. Keep it sweet and simple. Tak payah pening kepala. Kata guru aku, trust the process.

Bila aku tengok dan kaji balik siapa-siapa yang dah berjaya dalam trading ni, mereka ni tak pakai pun teknik hebat-hebat. Yer lah teknik ni cuma 10% jer. Yang aku nampak, mereka ni hati dah kental, emosi pun dah kebal. Mereka ni memang trading plan dah mantap, risk management pun dah padu. Mereka ni dah faham trading ni adalah permainan kebarangkalian. Ada kebarangkalian untuk rugi dan kebarangkalian untuk untung. Dan traders yang konsisten profit ni, mindset mereka adalah minimumkan risiko, maximumkan untung secara konsisten. Aku ni pun baru la nak faham sikit-sikit pasal ni.

InsyaAllah, aku akan update lagi pasal trading. Pada aku setiap hari ada sahaja ilmu baru yang aku boleh belajar samada dari webminar, youtube atau pun pengalaman sendiri

No comments: