Tuesday, 18 November 2008

swiss miniature

Sabtu lepas pegi swiss miniature, model2 bandar2 swiss dalam skala kecil. Hari tu cuaca pun ok, cerah, tak sejuk sgt. Aku pun bersemangat la jugak nak tengok ape yang best kat tempat nih. Tapi Osman ckp kat aku tak best sgt kecik jer tempatnyer. Tapi dah alang2 duduk Lugano nih takkan la tak nak pegi kan semata2 org ckp tak best. Kite tgk dulu gambar2 nya..















Ini kat depan pintu masuk..kena letak muke aku la ek pasal ader la orang tu nak tengok..
















Ini kat dalam swiss miniature tu, tak la besar sgt pun kawasannyer, lebih kurang separuh padang bola..

















Bangunan ni skala bangunan parlimen switzerland kat bern, kalau tak silap. Kawan aku cakap mcm kat putrajaya pulak stail bangunannyer...btul ker??
















ini aku tak ingat, church ker castle..korang rase aper ek??




















yang ni aku ambik kat luar swiss miniature. Ade tasik kat situ, mmg releks la klu nak baca buke ker, study ker, atau saje nak lepak2. Aku suke tgk pokok kat blakang tu, mcm akar dia kat atas, pasal takder daun kat situ. Klu tgk dekat2 mmg nampak mcm akar.




















Kat sini, swan ngan itik dia begitu mesra skali, tak takut kat orang. Tapi nak pegang pandai pulak dia lari kecuali klu bagi makan. Lupe plak, anjing sini pun mesra gak..hehehe

8 comments:

MRM said...

Wah...rambut sudah tebal and panjang laaa...

darkios said...

Apa kata ko sewa rumah dekat situ je. Klau kecik bole mintak murah skit. Rumah pun aku tgk lawa2 :D

EyesOfNabil said...

betul kata mas tu..rambut ko makin panjang...ada harapan jadi rambut a.samad said ni ^_^

best la tpt tu...bole masuk dlm bangunan dia tak?

iZuan said...

nabil, aku rasa kalau azri la, mmg tak ada masalah masuk dalam bangunan tu.

Sazly Salfarina said...

Hehehe... potong botak sekali. Kasi sama macam ko punye supervisor punye rambut. Potong rambut kan mahal, sekali potong terus licin la bang.

Itu tempat artis punye ke, macam mini melaka itu Noraniza idris punye. Hahaha... Cantik-cantik... dah pandai ko berjalan ek. Kasi introduced la sikit kawan melayu ko kat sana. Kate ade 5 je malaysian.

noris said...

ha ah la azri, pjg rambut ko skang. mesti utk tujuan insulation tu... :P

sumpit said...

"nabil, aku rasa kalau azri la, mmg tak ada masalah masuk dalam bangunan tu."

gila jahat kata2 tu...hehehe

Az Azrinudin Alidin said...

MRM;

mmg nak simpan rambut..balik nnt baru potong :)

darkios;

klu dia iklankan..aku mesti apply punya :D

EON;

ader satu jer bole masuk bangunan dia..church kecik, kat dalam dia muat2 seorg jer.

izuan;

haha..aku jer bole masuk..korang tak bole

sazly;

malas la nak botak..kat mesia bole buat..klu rambut panjang kat mesia susah nak buat..panas

nnt la aku kenalkan budak2 mesia tu k

noris;

klu bole buat insulation lagi best..tak payah pakai snow cap :P

sumpit;

mmg jahat org itu..:D