Tuesday, 30 March 2010

Waktu Tidur

Salam,

Sekarang ni kat europe, time dah dicepatkan sejam pasal dah nak summer kan. Reason dorang cepatkan time ni pasal taknak la jam 2-3 pagi dah cerah, so dorang cepatkan sejam jadi kalau jam 2 tu jadi la jam 3. Kalau summer mmg jam 4 dah cerah dah so kalau tak cepatkan time, jam 3 dah cerah..memang tak cukup tidur la kalau mcm tu.

So apa kaitan ngan tidur ni. Baru ahad lepas dorang cepatkan jam tapi effect kat aku adalah time tido. Bila tengok jam pukul 11, dalam hati aku cakap alaaa baru jam 10. Last-last dua tiga hari ni aku tidur jam 3-4 pagi. Time makan pun tereffect jugak cuma tengahari jer jam 12 automatic perut ni lapar. Tapi kalau malam mcm semalam jam 9 baru nak masak.

Jadi sekarang ni aku tengah berusaha untuk menetapkan semula waktu tidur. Dulu jam 12-1 aku dah sangap dah. Ni jam 3 otak berpikir lagi. Mungkin pasni aku kena tutup laptop jam 11 pastu baring-baring tunggu mata lelap. BTW, aku tertengok status FB si KA pasal cukup ke tidur 6 jam sehari. So apa kata anda?

6 comments:

&137 4P15 said...

Cukup giler kalau 6 jam tido, terutamanya kalau yang dah berkahwin. Dapat 6 jam tu org kata dah dapat bonus extra time utk. tido......

Az Azrinudin Alidin said...

yer ke 6 jam jer dah cukup..aku tak kawin lagi so tak tau camne keadaanye hehe

Alfian_Troxion said...

6 jam mmg cukup gilerrrrrr kalau orang2 dah kawin dan beranak... tapi kalu bujang... ish... kejap sangat tu. hehehehehe

weh MDH, mana ada bonus extra time... tu dah kira extra time + replay match dah tu. hua hua hua!!!

MRM said...

Aku rasa dari segi kesihatan (despite kahwin, beranak bercucu, or none of those lah ya), 6 jam tu waktu minimum. Baik ko check la kat internet utk jumlah masa yang paling 'afdhal' sekali :P.

But it's not just the matter of how long you sleep, but 'when you sleep' is also important. Contohnya kalau tidur from 1am - 7am dengan tidur from 11pm - 5am, benefit untuk badan sangat berlainan sbb ada organ berfungsi masa kita tidur and not just that, but at a certain time. Haaa, tu pun ko kena google la kalau nak tau lebih lanjut :P

Oyis said...

betul kata mas tu. tp aku pon kdg2 struggle nak cukupkan 6 jam tu. ni kat msia ni lg la weih, anak aku jetlag x abis2 nih. ni aku dok baca blog ko ni pon pkl 5 pg okeh, dia bgn nak mkn cereal. tido smlm pkl 1 pg. tiap2 mlm mcm tu sejak balik msia nih. pengsan aku. dia x pe la, siang nya tido from 10 pg - 1 tghari, then sambung pkl 3 ptg - 10 mlm mcm tu. kalo aku kejut jgk mmg dia menagmuk mengaruk la, satu hal plak nak pujuk... huhu..

ni balik UK minggu dpn x tau la camne. ko send la reminder kat aku jam dah +1 ye. jam2 dlm umah aku still time lama, x de sapa ubahkan hehe. karang ada org yg lewat sejam segala2 hehehe

Oyis said...

oh satu lg nak komen psl last entry, syabas dah terror guna latex. aku x berani guna latex all out, start kecil2an dulu guna LyX. apa2 esok ada la tempat aku nak merujuk coding ye :)