Minggu lepas kami sume (aku, Azlina, Osman and wife, Siti dan anak dia, Husna) pegi ke Bern. Kami pegi sana pasal Embassy Malaysia panggil students untuk sesi kenal2 mcm tu la. So event tu dorang buat hari minggu, jadi kami pun gerak hari sabtu, and tinggal semalam kat sana. Pagi sabtu tu kami gerak dalam jam 9 dan singgah sekejap kat Luzern.
Wednesday, 24 December 2008
Luzern and Bern, Switzerland
Tuesday, 9 December 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Rasanya ramai orang akan pakai tajuk ini untuk post yang dekat2 dengan raya korban. Kat sini aku beraya dengan cuaca sejuk..huhu..sungguh tak best sampai bibir pun nak pecah2. Kat sini pas sembahyang raya takder pulak dorang buat korban. Lepas sembahyang tu ramai berkumpul sesama dorg untuk sembang2. Ada yang g minum kat kedai (sini panggil bar) untuk sarapan kot.Aku ngan geng mesia yg lain pegi rumah azlina..dia buat makan2 yang simple sambil kitaorg bersembang pasal next trip. Tu jer la hari raya aku kat sini. Balik dari rumah azlina pun dah pukul 3.30pm. Maghrib pkul 4.20 lebih kurang..so mmg takder buat aktiviti pape laa
Tuesday, 2 December 2008
Circus, Snow and Florence
Ok ok dah lama tak update. Minggu lepas ader sarkas show kat area rumah aku. Aku tak tau ader sarkas nih, time aku nak pegi beli groceries la aku ternampak khemah2 sarkas nih. So aku pun pegi la tgk dari luar...tiket dia 20chf paling murah..huhu tak jadi la nak tgk. Jadi ambik gambar dari luar jer la.
Hari jumaat lepas, snow turun kat sini. Best jugak tgk snow turun. Lebat pulak tu. Tapi nasib baik suhu tak turun mendadak, at least masih ok la tak sejuk sgt. Takder la aku menggigil kat luar tu. Pasal ini first time tgk snow, mmg kena ambik gambar...hehehe

seronok gak bila snow turun, sume jadi putih. Tapi satu jer tak best, kasut basah..maksud aku kat dalam kasut basah..ntah dari mana air tu masuk..mmg tak best bila berjalan. Rimas jer rase.
Then petang jumaat tu aku pegi Florence, Italy. Naik train dekat 5 jam, dekat pkul 12 mlm baru sampai Florence pasal aku transit jap kat Milan. Ape ade kat Florence? Market macam pasar malam kat M'sia..hehe..being tipical Malaysian, aku mmg suke tgk market dia. Mcm2 barang jual terutamanya barang kulit. So tgk la gambar2 nih ek..
So mmg experiences yang menarik jalan2 kat Florence nih. Tengok bangunan dia berukir penuh seni, mmg cantik sgt. Then kebanyakan bangunan dorg nih dah berkurun2 duduk kat situ. Ada yang dari zaman Roman ngan Medieval lagi..then satu yg menarik kat sini kebanyakannye pandai ckp english tak mcm kat Lugano..I wonder why???
So mmg experiences yang menarik jalan2 kat Florence nih. Tengok bangunan dia berukir penuh seni, mmg cantik sgt. Then kebanyakan bangunan dorg nih dah berkurun2 duduk kat situ. Ada yang dari zaman Roman ngan Medieval lagi..then satu yg menarik kat sini kebanyakannye pandai ckp english tak mcm kat Lugano..I wonder why???
Tuesday, 18 November 2008
swiss miniature
Sabtu lepas pegi swiss miniature, model2 bandar2 swiss dalam skala kecil. Hari tu cuaca pun ok, cerah, tak sejuk sgt. Aku pun bersemangat la jugak nak tengok ape yang best kat tempat nih. Tapi Osman ckp kat aku tak best sgt kecik jer tempatnyer. Tapi dah alang2 duduk Lugano nih takkan la tak nak pegi kan semata2 org ckp tak best. Kite tgk du
lu gambar2 nya..
Ini kat depan pintu masuk..kena letak muke aku la ek pasal ader la orang tu nak tengok..
Ini kat dalam swiss miniature tu, tak la besar sgt pun kawasannyer, lebih kurang separuh padang bola..
Bangunan ni skala bangunan parlimen switzerland kat bern, kalau tak silap. Kawan aku cakap mcm kat putrajaya pulak stail bangunannyer...btul ker??
ini aku tak ingat, church ker castle..korang rase aper ek??
yang ni aku ambik kat luar swiss miniature. Ade tasik kat situ, mmg releks la klu nak baca buke ker, study ker, atau saje nak lepak2. Aku suke tgk pokok kat blakang tu, mcm akar dia kat atas, pasal takder daun kat situ. Klu tgk dekat2 mmg nampak mcm akar.
Kat sini, swan ngan itik dia begitu mesra skali, tak takut kat orang. Tapi nak pegang pandai pulak dia lari kecuali klu bagi makan. Lupe plak, anjing sini pun mesra gak..hehehe
Sunday, 9 November 2008
Sunday, 2 November 2008
Campus 2
Disebabkan hari tu aku letak gambar campus tapi dipenuhi oleh muke aku (ader orang tak puas hati..hehehe), jadi aku post la lagi gambar campus USI ni dah kawasan persekitarannya. USI ni campus dia kecik jer, takder pagar dan open 24/7. Bole masuk asalkan ader student pas dengan stricted access. Stricted access ni macam ni, macam aku, aku cume bole masuk kawasan bangunan faculty of informatic jer dan tak bole masuk bangunan pentadbiran USI. Kad dia lebih kuran same mcm kad staf UPM tapi takde la rosak selalu mcm barrier gate fakulti tu..hehehe. OK banyak pulak cerita, kasi tengok gambar dah ler ek.
Sunday, 26 October 2008
Monte Bre
Soooooo, hari sabtu lepas, dengan tanpa disangka2 dan takder plan2, aku bersama2 Osman (blajar ambik master in finance), Siti (bini osman, pun blaja gak ambik master in finance) dan Husna (anak osman, baru 3 thn umurnyer). Aku ni time tu baru jer pas shopping barang2 nak makan utk mlm ngan esok since sini ahad sume kedai tutup. So, dalam perjalanan tu mmg lalu rumah si Osman ni, jd aku pun menyinggah la kejap. Kebetulan dorg ni pulak satu family nak pegi Monte Bre, jd aku dengan cepatnyer ckp, "Jom la pegi skali." Hehehe... So begitula cetanyer camner aku bole terpegi Monte Bre ni..kite tgk gambar la dulu ek...
Sepanjang perjalanan mendaki Monte Bre nih, banyak la permandangan yang menakjubkan yang amat2 jarang aku dapat lihat sepanjang hidup aku nih. Monte Bre nih takder la tinggi sangat, tapi pemandangan dia..Masya-Allah...terase mcm berader kat atas puncak dunia...dengan satu side nampak bandar Lugano, satu side lagi nampak kawasan pergunungan Alps kot, aku tak pasti..yang pasti mmg cantik permandangan hari tu..so kite tgk gambar lagi..



tak nampak lak muke osman ngan anak dia si husna nih..jauh gak kitaorg berjalan tu nak dekat 1/2 jam, penat la jugak...gambar aku ambik pakai camera kat hdpon cikai aku nih jer..tapi dari pada takder gambar..ok la jugak kan gambar tuuuuu..:D
Subscribe to:
Posts (Atom)